ads

31 August 2009

menu nasi himpit


kuah lodeh


kalau makan nasi himpit xade kuah lodeh memang xlengkap menu ni. di bawah ialah  resepi kuah lodeh

100 gm udang kering (titumbuk)
rm2 santan segar
sayur pucuk
suhun
1 keping tahu (goreng dan potong )
1 keping tempe (goreng dan dipotong anggaran 1/2 inci dan
1 batang carrot
15 batang kacang panjang (dipotong nipis2)
jangung muda

dalam periuk campurkan semua sayur2 keras bersama santan dan masak hingga mendidih, perlu di kacau selalu supaya santan tidak meruap, masukkan udang kering, bila semua sayur agak hempuk baru masukan tempe, suhun, pucuk,   tahu, masak sekejap jagan lupa bubuh garam ,biar semua sayur layu baru di angkat

kuah kacang

ini pula resepi kuah kacang untuk dimakan bersama nasi himpit

15 cili kering (dimesin halus)
150 gm udang kering (ditumbuk halus)
400 gm kacang tanah tumbuk
2 camb gula merah
2 camb gula putih
garam
secukup rasa asam jawa atau asam keping
air

untuk di mesin sekali
2-3 inci  lengkuas
5 batang serai
1 ulas bawang besar
10 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih

panaskan minyak tumiskan bahan yang dimesin, bila dah garing dan wangi masukkan cabai, masak hingga cabai betul2 garing dan wangi masukkan asam keping atau air asam jawa, garam.gula merah, dan gula tambahkan air jika perlu, masukkan udang kering, masak lagi supaya udang betul2 masak akhir sekali baru masukan kacang tumbuk, biar kuah mendidih dan pecah minyak baru angkat.

30 August 2009

nasi himpit segera

la ni senang dan mudah, nak makan ketupa nasi, beli je yang bungkus. 1 jam je siap direbus. kalau dulu nak anyam daun nyoq ambik masa juga. tapi aroma semula jadi daun nyok tu memang umph, xpalah tunggu raya nanti boleh lah cari daun nyok kat market banyak jual, kaknab dan husband boleh anyam nanti, xnak lah guna nasi himpit segera ni. tapi untuk hari ni kaknab guna nasi himpit segera.

ayam masak merah

hari ni masak ayam masak merah untuk dimakan dengan ketupat nasi


1 ekor ayam  (dipotong 16)
goreng dengan garam dan kunyit

bahan A (di mesin sekali)
10 biji cabai merah
1 cambesar ketumbar (rendam dulu dengan air panas)
1 cam teh jintan manis
1 cam teh jintan putih
1/2 cam teh sajira

=====
bahan B (untuk di mesin sekali)
1 inci halia
1 inci lengkuas
10 ulas bawang merah
1 ulas bawang besar
3 ulas bawang kecil
3 batang serai

=====
santan
garam
penumis 4 sekawan (lawang, cengkih, kk manis, buah pelaga)
2 camb sos tomato
1 camb madu
2 biji tomato dibelah 4
minyak untuk menumis

panaskan minyak tumiskan penumis 4 sekawan, dan bahan B hingga garing dan wangi, kemudian masukkan bahan A biar ia garing dan naik minyak. masukkan ayam yang telah digoreng tadi, biar mendidih sekejep kemudian masukkan santan, garam. masak hingga ayam betul2 masak dan kuah agak kering sedikit, masukkan tomato. siap.

28 August 2009

cream puff kaknab

cemuih sangat dok jait baju melayu minggu ni, sampai naik binau mata, masuk dapur timbang semua bahan2 terus buat cream puff. kalau nak tau cream puff ni kaknab buat masa sekolah lagi kira dah 38 taun xbuat, masa tu kaknab ambik cookery, pastu terus ghaib langsung xbuat dah . kira trial and error lah jadi jadi xjadi pun xpa lah sebab dah xberapa nak pass lagi. tau tau amboi mak jadi elok laaaaaah, kira okaylah tu. jum tengok bahan bahan yang kaknab perlukan.
250 ml air atau 1 cup
150 gm butter atau 1/2 cup
125 gm tepung atau 1 cup
4 biji telur grade A
1 teasp gula
1/2 teasp garam
buka oven 205 c untuk menghangatkannya.
masukkan butter ke dalam periuk (boleh masak direct ke atas api atau pun masak secara double boiler), di sini kaknab guna double boiler, masak hingga butter cair, perlahankan api, kemudian masukkan tepung, kacau dengan cepat hingga adunan masak dan tidak melekat di periuk
angkat adunan tadi, masukkan telur sebiji demi sebiji sambil memukul hingga adunan tadi smooth dan kental. scoop dengan sudu dan bakar, kalau ada kertas pipe lagi baik dia akan jatuh bulat bulat gitu. tapi kaknab xdak kertas pipe so kaknab guna sudu je lah. kemudian bakar selama 15 minute dengan api 205c kemudian kecilkan api ke 175 c selama  25 minute lagi.. apabila cream light brown angkat dan sejukkan. bila dah sejuk bubuh inti custard.
custad filing
3 telur kuning
200 gm sugar (tidak sampai 2 cawan) - di sini kaknab guna 1 cawan je, sebab kaknab guna susu pekat manis, takut custard ni terlebih manis. kalau guna susu biasa bolehlah guna 200 gm sugar.
750 cc susu (anggaran 3 cawan) - kaknab guna 1 cawan susu pekat manis dengan 2 cawan air.
20 gm tepung (1 1/2 camb)
20 gm tepung jagung (1 1/2 camb)
1/2 tsp vanilla.
pukul telur kuning dengan gula, kemudian masukkan susu kacau lagi hingga sebati, baru masukkan tepung jagung dan tepung gandum dan vanilla kacau hingga better tu betul2 smooth dan tidak berketul. masak adunan ini di atas api yang perlahan hingga pekat. bila dah sejuk mauskkan ke dalam cream puff.

25 August 2009

masih ku ingat lagi dolu dolu di bulan ramadan

masa berlalu, keadaan di bulan ramadan amat berbeza sekali, dulu masa kaknab kecik2 sekitar tahun 60'an kalau bulan puasa, memang seronok, awat xcam tu, xada orang jual kueh2 macam kat pasar ramadan, tiap tiap petang, jiran jiran akan bertukar bekas, jadi kalau time berbuka penuhlah hidangan yang beraneka rasa, tapi la ni, dah xada lagi, , tidak ada episod hantar menghantar, ramai yang beli kat bazar ramadan, camna nak hantar kat jiran jiran kan.
kaknab dulu petang je, pakat  pi kedai beli ais sorang seketul, seketul sekupang, penjual akan potong ais, di ikat dgn tali. pekedai tu akan simpan ais di dalam habuk kayu xmau bagi dia cair. masa tu tidak ramai rumah yang ada peti ais. tapi la ni semua rumah wajib ada peti ais, xgaduh nak pi beli ais lagi.

gebunya kek span ku

tepat pukul 2.30 pagi siaplah kek span kaknab hihihihi. gebu nya. ni yang seronok ni, anak2 dah jemu lah pula makan kek mak, 2 hari sekali buat kek. jahit jahit juga, buat kek pun ada masa kalau dah minat tu.

23 August 2009

menu berbuka hari ni

cok keria kaknab

mi goreng kaknab


resepi cok keria

600 gam keledek (direbus dan dilecek)
2 cawan tepung gandum(atau ikut kelembutan)
1 cawan gula
1/2 cawan air

campurkan tepung dengan ubi dan uli hingga menjadi adunan yang kenal
bentukan seperti dalam gambar kemudian goreng.

untuk menyira gula

masukkan gula dan air ke dalam periuk, biar ia mendidih dan  bertali, baru masukkan cok keria yang digoreng tadi, kacau2 sambil melambung2 supaya gula menjadi kering dan gebu, caranya, lambung dan letak semula ke atas api, lambung lagi buatlah hingga gula kering dan gebu.

22 August 2009

tudung yang dah siap

tudung hajaba

semua ukuran dalam inci.
ni pula cara nak letak atas kain

 
nanti dah siap jahit kaknab paste gambar, ni baru potong, belum jahit lagi.

21 August 2009

masa lemak siput sedut dengan keledek

hari ni kaknab masak lemak siput sedut dengan keledek. keledek buat kuah lebih manis dan pekat.

600 gm siput sedut (potong hujungnya)
rm2 santan segar
sehelai daun kunyit
garam
1 biji keledek sederhana besar (potong nipis nipis)

bahan untuk dimesin

4 biji cabai merah
1 labu bawang besar
1 batang serai
1 inci kunyit hidup

panaskan minyak, tumis bahan mesin. biar hingga garing. masukkan keledek, biar keledek empuk, kemudian baru masukkan santan, setelah santan mendidih baru masukkan siput sedut, daun kunyit dan garam. masak hingga siput betul2 masak

20 August 2009

kek lagi


tadi petang buat kek lagi kali ni buat kek orange pula. kaknab buat ala ala kek sponge, saja lah buat experiment. hehehe jadi lembut juga

salam semua

selamat menyambut ramadzan al mubarak.dan selamat berpuasa

19 August 2009

kenduri di surau


nilah menu kenduri di surau IPD sempena menyambut ramadzan al mubaraq

18 August 2009

kekurangan gula

kenapalah kekurangan gula dimalaysia, nak puasa, nak raya tentu banyak nak pakai gula, nak masak untuk berbuka puasa, nak buat kueh raya, semuanya memerlukan gula. kaknab pi supermarket jusco kat sini, boleh beli sorang 2 kilo je, xboleh lebih, selalu kaknab beli at least 10 kilo. kena catu ke gula ni. so kaknab kena pi tiap hari2 beli gula kalau satu hari 2 kilo, 5 hari 10 kilo lah. boleh lah simpan stock mana lah tau mai dekat nak raya tau tau gula xdak langsung mampuih mampuih.

roti irish

6 cups all-purpose flour
1 cup sugar
1 teaspoon baking soda
1 teaspoon salt
1 (15-oz.) package dark raisins
6 large eggs
3 cups buttermilk 6 cups all-purpose flour
1 cup sugar
1 teaspoon baking soda
1 teaspoon salt
1 (15-oz.) package dark raisins
6 large eggs
3 cups buttermilk (buttermilk kita panggil tairu, iaitu susu yang dicampur dengan air limau, dia akan masam.. bila dah dicampur dengan limau akan pekat sedikit.)
1 tablespoon vegetable oil

Preheat oven to 350 degrees F. Lightly grease two 9-inch round cake pans and set aside.

Combine the flour, sugar, soda, salt, and raisins in a large bowl.

In a separate bowl, combine the eggs, buttermilk, and oil, mixing until the eggs are broken.

Move the dry ingredients to the sides of the large bowl and pour the liquid ingredients into the center. Fold the dry ingredients over the liquid pool with your hands until the dough is sticky.

Scoop the dough from the bowl, dividing it between the prepared pans.

Bake for one hour. Test for doneness with a sharp knife, making the shape of a cross in the center of each loaf. If the knife comes out clean, the bread is done.

Serve warm with softened butter.

6 Minute-Bake Naan Recipe


Makes 6 flatbreads

½ cup warm (105-115 degrees F) milk
2 tablespoons honey
One ¼-ounce package active dry yeast
½ cup plain lowfat yogurt, lightly beaten
1 large egg, lightly beaten
2 tablespoons vegetable oil, plus additional for brushing
3 ¼ cups all-purpose flour
1 teaspoon salt
1 teaspoon baking powder
2 teaspoons sesame seeds, optional

Position a rack in the lower third of the oven. Place a baking stone (or heavy baking sheet) on the rack and preheat to 450 degrees F.

Stir the warm milk and honey in a 2-cup glass measuring cup. Sprinkle the yeast on top and set aside until the yeast softens, about 5 minutes. Stir until dissolved. Stir in the yogurt, egg, and 2 tablespoons of oil.

Pulse the flour, salt, and baking powder in a food processor fitted with the metal blade. With the machine running, pour in the yeast mixture and process until the dough forms a ball on top of the blade. If the dough feels sticky, add a tablespoon of flour and process again.

If it is too dry, add a tablespoon of water and process. Knead the ball of dough in the machine for 45 seconds.

Empty the dough onto a lightly floured surface, knead briefly, and form into a ball. Lightly oil the inside of a large bowl. Place the ball of dough in the bowl and turn to coat with the oil. Cover the bowl tightly with plastic wrap. Let stand in a warm place until doubled in volume, about 1 hour.

Punch down the dough and knead on a clean surface for 2 minutes. Divide the dough into 6 equal pieces, form into balls, and cover loosely with plastic wrap. Working 1 ball at a time and, keeping the others covered, roll and pull each piece of dough into a tear shape about 10 inches long and 5 inches wide. If the dough retracts, cover with plastic wrap and let rest for 5 minutes before trying again. Lightly brush the tops with oil and sprinkle with sesame seeds if you like. Cover the breads loosely with plastic wrap.

Using a well-floured baker's peel or an unrimmed cookie sheet, slide 2 or 3 breads onto the baking stone. Bake until puffed and golden, 6 to 8 minutes. Repeat with the remaining dough. Serve

Banana Bread


resepi ni macam kek pisang saje. anyway looks like very simple recipe. lets do it.

INGREDIENTS

1. 1/2 cup butter, at room temperature, plus more for pan
2. 1 cup sugar
3. 2 large eggs
4. 1 1/2 cups unbleached flour
5. 1 teaspoon baking soda
6. 1 teaspoon salt
7. 1 cup mashed very ripe bananas
8. 1/2 cup sour cream
9. 1 teaspoon vanilla
10. 1/2 cup chopped walnuts or pecans

METHODS OF COOKING

COOKING DIRECTIONS

1. Preheat oven to 350 degrees F. Butter a 9-by-5-by-3-inch loaf pan; set aside. In an electric mixer fitted with the paddle attachment, cream butter and sugar until light and fluffy. Add eggs, and beat to incorporate.
2. In a medium bowl, whisk together flour, baking soda, and salt. Add to the butter mixture, and mix until just combined. Add bananas, sour cream, and vanilla; mix to combine. Stir in nuts, and pour into prepared pan.
3. Bake until a cake tester inserted into the center of the cake comes out clean, about 1 hour 10 minutes. Let rest in pan for 10 minutes, then turn out onto a rack to cool.

16 August 2009

pulut sekaya


hari ni kaknab masak pulut sekaya untuk makan petang nanti.
pulut ni adalah kaknab punya favourite since kecik lagi. pulut sekaya dan serimuka xsama, serimuka kita kukus bersama kepalanya, tapi pulut sekaya kita kukus berasingan kalau nak makan letak je sekaya di atasnya, macam dalam gambar. inilah resepi kalau nak cuba

3 cawan beras pulut direndam selama 2 jam.
1/2 cawan santan pekat
garam sedikit

untuk sekaya


3 biji telor
1 cawan santan
3/4 cawan gula
1/2 cawan air daun pandan

kukus pulut hingga masak. angkat dan gaulkan dengan santan pekat. kemudian kukus semula sekejap je selama 5 minute atau 10 minute supaya santan masak dan pulut boleh tahan lama sikit.

telur santan gula dan air daun pandan diblender sekali. kemudian masukkan kedalam bekas dan kukus. bila dah masak cedok dan letak atas pulut semasa nak makan.

15 August 2009

minuman petang



minuman petang untuk suami. mai kopi secewen

pound cake




boring sangat menjahit, kaknab luangkan masa memasak kek pound. kek ni ialah kek yang mula-mula sekali kaknab buat di sekolah semasa kaknab ambik kelas masakan pada tahun 1970 masa tu kaknab form 1. dulu ukuran semua dalam ounce dan pound xguna metric system lagi dan xlah guna tepung kek, tapi kaknab modified semua dalam metric system dan guna tepung kek. aiseh men modenkan kah kah kah kah
ingat lagi masa tu semua bahan kami xpayah bawa semua ambil kat sekolah, oleh kerana tamak nak kek yang besar dan banyak sikit, semua kami boh extra kalau ukuran 4 oz kami bubuh 8 oz pendek kata semuanya double. last last sekali kek kami jadi besar tentulah lambat nak masak kalau 4 period pun xcukup. kah kah semua nya nostalgia belaka.
hari ni ni kaknab guna semua dalam metric system, jom tengok

320 tepung kek naik sendiri
1 camteh baking powder) (diayak sekali sebanyak 3 kali)

250 gm butter
220 gm caster sugar
4 biji telor
1 cambesar serbuk cocoa
sedikit kulit limau sunkist diparut
1 cam besar air limau sunkist
2 cambesar susu (kaknab guna susu cair)

pukul butter dengan gula hingga creamy and fluffy, masukkan telor sebiji demi sebiji, kacau lagi, kemudian masukkan susu cair, parutan kulit limau, dan air limau.
bila dah semua creamy and fluffy baru masukkan tepung sedikit demi sedikit.
bahagikan 2 bahagian, 1 bahagian dibubuh serbuk cocoa. masukkan kedalam acuan dan bakar dengan api 180c selama 40 minit. siap dah pound cake. oklah tu

14 August 2009

masak lomak cili api ikan keli


tadi pi market beli ikan keli 3 ekor murah je rm3 je. yang best ikan keli ni memang fresh dok hidup hidup lagi masa pak cik tu siang. balik rumah, masak lomak cili api pun best juga. jum tengok resepi.


3 ekor ikan keli
cili api 15 biji kalau nak pedas boleh tambah lagi
bawang besar 1 labu
bawang putih 2 ulas
halia sikit (kalau masak ikan air tawar kaknab selalu boh halia, kalau xmau xpa aih)
1 inci kunyit hidup
1 helai daun kunyit
10 biji belimbing buluh
santan segar rm2
3 biji limau kasturi ( ambil airnya, untuk perap ikan dan boh dalam kuah 1 cambesar)
garam
1 keping daun kunyit

ikan keli di bersih dengan asam keping supaya hilang lendirnya. kemudian perapkan dengan garam, kunyit dan air limau. perap selama 30 minute kemudian bakar, seeloknya di atas dapur arang, oleh kerana kaknab xade dapur arang so kaknab bakar dalam oven lah. bakar sampai garing.

bawang besar, bawang putih, kunyit, halia di tumbuk lumat.
panaskan minyak, tumis bahan yang ditumbuk tadi, masak hingga garing dan wangi.
kemudian masukkan santan tambahkan air kalau santan terlalu pekat. buka api perlahantakut kuah nanti meruap, kacau selalu, bila dah mendidih masukkan ikan keli, garam dan belimbing buluh. biar ia mendidih hingga ikan betul2 empuk, masukkan air limau kasturi 1 cambesar. that's all dah siap pun masak lomak ikan keli.

12 August 2009

hidangan hari ni


buah kerdas atau buah geduaq


hari ni kaknab masak sambal udang petai, masak lemak kobis, ikan jacket belah belakang, sambal belacan ulam buah geduaq (kerdas)


buah kerdas atau buah geduaq

nak berlumba tu


READY, GET SET, GO

11 August 2009

dalca penang


1/2 kilo daging tetel (daging cincang dengan lemak)
300 gm tulang
2 bungkus rempah kari daging
2 cawan santan cair
50 sen kacang dhall

penumis 4 sekawan
1 camteh jintan putih
1 camteh kas kas

2 biji terung bulat
1 biji carrot
2 biji kentang
2 biji tomato
4 biji cili hijau


untuk di tumbuk

4 ulas bawang putih
10 ulas bawang kecil
1 inci halia.

daging direbus bersama kacang dhall, ketepikan airnya pun diambil.
panaskan minyak tumiskan bahan yang ditumbuk, 4 sekawan tumis hingga garing dan wangi, masukkan serbuk jintan putih, kaskas, rempah kari, bila dah garing dan naik bau, masukkan daging dan dhall dengan airnya sekali. masukkan santan biar ia mendidih, masukkan kentang, carrot, biar kentang dan carrot sedikit lembut baru masukkan terung dan tomato, garam, masak hingga semua betul2 empuk.

ayam 4 rasa


10 ketul ayam

bahan untuk diperap

5 ulas bawang putih
1 1/2 inci halia
sedikit serbuk lada
sedikit serbuk kunyit.
perap ayam selama 1 jam
xpayah garam sebab sos tiram dah cukup masin

bahan untuk di tumis

2 cam besar sos tiram
2 cam besar cili sauce
1 cam besar sos tomato
2 camca besar gula

goreng ayam hingga garing dan toskan
panaskan minyak, masukkan bahan untuk ditumis biar masak sekejap kemudian masukan ayam goreng tadi, kacau hingga ayam betul2 berpalut dengan sos2 tadi. biar hingga kering dan angkat.

menu hari ni


tadi pi market, ikan mahai nak mampuih, mahai xpalah, ni xdak pula. so kaknab hari ni punya menu xada ikan. masak nasi tomato, dalca dan ayam 4 rasa. jom kita tengok.
nasi tomato
beras 1 kilo
1 cawan tomato sup heinz
1 cawan susu cair
1 camteh serbuk jintan manis
1 camteh serbuk jintan putih
1 camteh serbuk kas kas
2 cambesar minyak sapi (kaknab guna butter)
1 camca besar rempah briani
1 camca besar minyak masak
garam
1 batang serai
daun pandan
air ikut sukatan beras
penumis 4 sekawan (kulit kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih, bunga lawang)
bahan untuk di mesin
10 ulas bawang kecil
5 ulas bawang putih
4 biji badam
4 biji gajus
1 inci halia
1 inci kunit hidup (boleh guna serbuk, untuk mencantikan nasi)

caranya

basuh beras dan toskan.
panaskan minyak masukkan daun pandan dan serai (diketuk), bahan yang dimesin,
masak hingga wangi, masukkan serbuk jintan manis, jintan putih, kas kas dan 4 sekawan.
masak hingga garing, kemudian masukkan tomato sup, biar 5 minit baru masukkan susu cair, garam biar ia mendidih baru masukkan air. sukatan air mestilah agak2 supaya tidak terlalus keras dan lembik nasi nanti. bila dah mendidih baru masukkan beras.
bila nasi dah masak barulah kemburkan dan masukkan kismis atau bawang goreng
(kaknab xbubuh sebab xade stock hehehe) akhir sekali tabur daun pudina.

10 August 2009

kucing cuci badan

fishing rods


inilah fishng rods yang kami sekeluarga pakai, sekali bawa haaa jenuh usung. memang seronok hobby memancing ni, lepak kat laut masa berjalan xterasa.



sapa yang xtau pakai rod bolehlah pakai helikopter punya, pusing pusing, punggai ke dalam laut.tapi helikopter xboleh pi jauh, tempat yang ada batu xboleh pakai habis sangkut.

08 August 2009

kari ikan sembilang


salam semua, hari ni kaknab masak kari ikang sembilang, ikan sembilang yang abang pancing malam tadi. kaknab kalau masak kari mestilah rempah home made, buat sendiri rempahnya, barulah umph, sedap dan wangi, sebab fresh, kami orang penang kalau masak kari bawang mestilah lebih, baru lah kari tu sedap hingga menjilat jari. jom kita tengok apa yang kaknab guna untuk resepi kari ni.

2 ekor sembilang

bahan A
untuk dimesin atau digiling

10 biji cili kering
2 camca besar ketumbar biji (rendam dulu dengan air panas)
1 camca teh jintan putih(rendam juga dengan air panas)
1 camteh penuh kas kas (kaknab guna yang serbuk punya) boleh dibeli dikedai mamak
1 inci kunyit hidup
secubit sajira (jangan boh banyak sebab bau dia kuat sikit, lagi pun dia mahal, sikit je dah cukup)

note: campurkan sedikit minyak masak ke dalam blender supaya cepat halus.
--------

bawang besar 5 labu (3 diblender dengan bawan putih, 2 lagi di potong bulat untuk dimasukkan bersama bendi dan ikan nanti.
25 ulas bawang kecil - dimayang
3 ulas bawang putih(diblender dgn bawang besar)
1 cawan air asam jawa
2 mangkok air
rm1.00 santan segar
12 biji bendi,
3 biji tomato (sebiji, dipotong dadu, dua lagi di belah 4)
sedikit daun kari
garam
1 pokok daun bawang - dipotong anggaran 1 inci atau lebih sikit.
4 biji cabai hijau (2 ditumis awal, 2 lagi dimasukkan bersama bendi dan ikan)
minyak untuk menumis
cara-caranya

panaskan minyak, tumiskan bawang kecil yang sudah dimayang hingga kuning dan wangi, kemudian masukan bawang besar dan bawang putih yang sudah dimesin tadi, masak sampai kering airnya dan wangi baunya. masukan tomato yang dipotong dadu, dan 2 biji cabai hijau dan daun kari masak hingga wangi baru masukkan bahan A. masak lagi sampai pecah minyak dan wangi, masukkan air asam jawa, kemudian baru masukkan santan. bila gulai dah mendidih baru masukkan bendi, biar bendi agak layu sikit baru masukkan ikan, tomato, cabai hijau yang 2 biji lagi, dan bawang besar yang dipotong bulat, bila ikan dah masak dan bendi dah lembut, perlahankan api supaya kuah pecah minyak. jangan lupa boh garam. akhir sekali masukkan daun bawang yang sudah dipotoh tadi.

oleh kerana banyak menggunakan bawang xperlu lagi boh aji nomoto. masakan kaknab semua xade ajinomoto.

oklah inilah kari pure orang penang. cubalah

ikan sembilang beb


semalam kaknab and family pi memancing kat siti salwa teluk kumbaq, aiseh men dapat ikan sembilang. apa lagi masak kari lah jawabnya.

07 August 2009

menu hari ni


GULAI KETAM, IKAN SELANGAT GORENG, SAMBAL BELACAN TEMPOYAK, ULAM TIMUN, DAUN SABUNG NYAWA DAN DAUN ULAM RAJA DAN KERABU TIMUN&TAUGEH

gulai ketam nenas tumis darat


salam semua, apa khabar, harap semua dalam baik baik belaka. hari ni kaknab masak gulai ketam dengan nenas tumis darat. Tumis darat ialah rebus semua kuahnya bila dah masak. berasingan, kita tumis bawang hingga garing dan masukkan saje kedalam kuah bersama2 minyaknya sekali, jom kongsi resepinya.

8 ekor ketam
2 bungkus rempah kari ketam dan udang (kaknab guna cap hang tuah), cap adabi dan cap tarbus pun ada dalam pasaran. bungkusan pek 25 gm.
300 gm santan pekat
2 gelas air, kalau nak cair lagi tambah air
1 biji nenas sederhana (dipotong 4 segi anggaran 2"x2")
20 ulas bawang kecil (hiris)
3 ulas bawang putih (hiris)
2 cqmcabesar kerisek

1. rempah, santan dan kerisek bersama air di jerang di atas api yang sederhana, bila dah mendidih, masukkan ketam, nenas, garam, biar semua nya masak tutupkan api Di dalam kuali lain, tumiskan bawang kecil dan bawang putih biar garing, masukan dengan minyaknya sekali di dalam kuahnya. siap sudah gulai ketam, simple dan cepat.

06 August 2009

kucing yang manja




betapa manjanya putih dengan suami kaknab, tapi dengan kaknab xberapa manja, nampak saja abang tidor mula lah baring di atas dada.

04 August 2009

masak udang berlado


petang tadi kaknab dah masak udang berlado dari resepi blog mat gebu. memang sedap. tenQ mat. ni gambar dan resepinya.

500 gm udang sederhana besar
bawang besar 2 labu (dihiris bulat)
kacang panjang 7 batang (dipotong anggaran 1 inci)
santan pekat 1 cawan
garam
2 batang serai diketuk
6 bii belimbing buluh
minyak untuk menumis


bahan untuk dikisar

cabai kering 15 biji
bawang kecil 6-8 ulas
bawang putih
hali 1 inci
lengkuas 1 inci
udang kering 50 gm

cara-caranya.

panaskan minyak tumis serai, bawang besar hingga garing, masukkan bahan kisar tadi masak hingga wangi, kemudian masukka kacang panjang, bila sudah agak masak masukkan santan, kemudian masukkan udang, biar ia masak baru masukkan belimbing buluh. biar kuah agak pekat sedikit baru diangkat, siap untuk dihidang.

kek chiffon




lepas jahit baju lebih kurang pukul 1.30 pagi kaknab buat kek chiffon. buka blog matgebu ambik resepi terus buat, amboi jadi gebu. nilah first time kaknab buat kek chiffon jadi. terima kasih mat gebu. maka kaknab pun kejutkan suami pukul 3.15 pagi bangun makan kek kaknab. husband kata niaya betui, kalau jadi susah juga kejut dia tengah pagi suruh makan, kalau xjadi pun susah juga, dok termenung kat dapoq awat lah kek aku xjadi ni. kah kah kah kah.

ni lah resepinya.

BAHAN A

1 3/4 TEPUNG KEK NAIK SENDIRI
1/4 CAWAN GULA
6 BIJI TELUR KUNING GRADE A
1/4 CAWAN MINYAK JAGUNG
1/4 CAWAN SANTAN PEKAT (KAKNAB GUNA SANTAN, DALAM RESEPI MAT GEBU XDAK, NI KAKNAB YANG PANDAI2 TAMBAH. HIHIHIHI
2 CAMCA SERBUK KOKO

BAHAN B

6 BIJI TELUR PUTIH GRADE A
3/4 CAWAN GULA
1 CAMCA TEH CREAM OF TARTAR


CARA-CARANYADARI BAHAN A, PUKUL TELUR KUNING,GULA, MINYAK JAGUNG DAN SANTAN, BILA SEMUA DAH HANCUR DAN SEBATI, GAULKAN TEPUNG YANG SUDAH DICAMPUR SERBUK KOKO DAN SUDAH DIAYAK. KACAU SAMPAI ADUNAN INI SEBATI, KETEPIKAN.

BAHAN B - PUKUL TELUR PUTIH SAMPAI KEMBANG, MASUKKAN GULA, PUKUL DAN CREAM OF TARTAR PUKUL LAGI HINGGA THE MIXTURE XBOLEH JATUH APABILA DITUNGGANG, KIRA VERY LIGHT AND FLUFFY LAH TU. KEMUDIAN CAMPURKAN SEDIKIT DEMI SEDIKIT KE ADUNAN BAHAN A TADI SAMPAI KACAU SAMPAI SEBATI. KEMUDIAN BAKAR DENGAN OVEN 180 DEGREE C. BAKAR SELAMA 45 MINUTE.
MASAKLAH KEK KU TEPAT PUKUL 3.00 PAGI

03 August 2009

kucing mata 2 warna



kiri blue, kanan brown. so cute