25 August 2011

biskut dam

Ini adalah kueh favourite kaknab tiap kali raya, sebab kaknab memang suka buat sebab bagi kaknab biskut ni cantik berkolor2. anak2 kaknab selalu kata, cantik apa mak ni, renyah lah nak buat kueh ni, kena susun satu satu, budak2 memang malas nak buat kerja yung remeh temeh ni, bagi kaknab renyah pun xpa asal cantik heheh.

250 gm butter
250 gm gula
2 biji telur
4 camca besar tepung jagung
4 camca besar tepung casterd
tepung gandung secukupnya.
esen vanilla.

seperti biasa butter, gula di pukul hingga putih masukan telur, pukul lagi, masukkan tepung jagung, tepung castard, akhir sekali tepung gandum secukupnya sehinga menjadi douh yang boleh dicanai. kemudian bahagi dough kepada 2. satu dicampur dengan serbuk koko. canai dan potong empat segi kecil2 kemudian cantumkan berselang seli, boleh guna telur putih untuk mencantum supaya senang ia melekat. kemudian sapu kuning telur atasnya dan bakar.

kueh bangkit kelapa.

tepung sagu yang dah digoreng masih ada lagi, takut membazir, kalau simpan mau rosak nanti, so kaknab buat kueh bangkit kelapa. resepinya macam bangkit biasa juga cuma kaknab masukkan kelapa kering. memang sedap dan rangup.

22 August 2011

kueh samperit

kueh samperit adalah kueh wajib bagi kaknab pabila menjelang raya. kalau xbuat kueh ni xraya lah kaknab. masih ingat lagi, kueh ni kaknab start buat masa kaknab form 2 iaitu tahun 1970. bayangkan dah 41 tahun, kira kueh traditional lah, namun masih tetapi jadi idaman setiap kali raya. resepi kaknab senang je.

250 gm butter
150 gula
6 biji kuning telur
1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung custard
tepung jagung secukupnya.( sehingga bancuhan menjadi dough iaitu sudah boleh ditekan dengan acuan.}
esen vanilla
cherry merah.

pukul telur dengan butter hingga kembang, masukkan telur kuning sedikit demi sedikit, kemudian masukkan tepung gandum, kemudian tepung custard, akhir sekali masukkan tepung jagung secukupnya hingga menjadi dough dan boleh ditekan ke dalam acuan. senang kan.

21 August 2011

kueh bangkit traditional

hari ni kaknab luangkan masa buat kueh bangkit, berkobar2 nak raya, bukan xade keje, jahit baju melayu pun lum siap lagi, tapi pasal buat kueh tolak jahit dulu.

bahan2nya:

satu mangkok tepung gandum

1 mangkuk gula halus
3 biji telur campurkan 1 camteh esen vanilla.
2 mangkuk tepung sagu rembia atau tepung ubi kayu.
kalau tepung sagu lagi cantik kuehnya.
santan

caranya:
goreng tepung gandum dan tepung sagu hingga kuning. sejukkan.
campurkan gula, tepung sagu, tepung gandum, ratakan. masukkan telur
sedikit demi sedikit sambil hingga habiskacau dengan tangan hingga menjadi macam 
serbuk roti,setelah itu masukkan santan demi sedikit demi 
sedikit sambil menguli hingga menjadi dough yang lembut.
hingga tidak rasa gula yang melekat di tangan. ia mengambil
masa yang lama untuk menguli kemudian canaikan dan bakar hingga kuning.

tepung yang sudah siap diuli.
kueh yang sudah siap di tekap. siap untuk dibakar.
kueh bangkit yang dah dibakar.

ini pula kolor kuning dan pink

Ada besa tak