ads

19 March 2015

jalan jalan ke medan indonesia part 2

ok sambung perjalanan ke medan.

semasa dok di hotel tanjung balai banyak juga kaknab snap gambar. kaknab, suami, anak dan besan berjalan2 di bandar tanjung balai dengan menaiki betor atau beca motor. kaknab dan suami satu beca dan anak kaknab dan besan lagi satu beca. sewa yang dikenakan 75,000 ruppiah. 

selfie jap

adik betor yang membawa kami

beca yang kaknab naik

betor memang laju




nama kedai makan di tanjung balai- alor setar


pasar borong

pasar borong

pak betor isi minyak sebotol 10000 rupiah

pelabuhan telok nibong

pintu masuk

tak ada helmet pun tak apa

jambatan tanjung balai


pasar tanjung balai yang sibuk dengan motosikal

kebanyakan transport yang digunakan ditanjung balai asahan motosikal, depa nak potong kah, apa kah cuma bunyi horn dan terus potong, kita yang tak biasa memang takut, tapi yang best semua tak ada marah2 ke maki2 ke, semua menunggang macam tak ada apa, kalau kita kat sini, mampuih kena maki. yalah potong ikut suka, horn ikut suka, mencelah kereta suka hati, semua motosikal jalan ditengah satu line dengan kereta. memang terrer depa.

tobe continued part 3

jalan jalan ke Medan Indonesia (part 1)

Melancung sambil menghadiri kenduri kahwin anak kaknab berlangsung di tanjung balai asahan sumatera utara. Perjalanan 5 hari 4 malam bersama keluarga.

Bertolak dari sungai petani pada 5/3/15. Bermalam di hotel DR hotel bujet di sungai tiram bayan lepas, kerana flight ke medan akan berlepas pada pukul 7 pagi 6/3/15. Kena check in awal. Bayan lepas pagi2 buta memang jam gila. Kereta parking kat rumah anak di permatang damar laut.

Tepat pukul 7.15 flight pun berlepas. Dalam pesawat kan depa bagi borang untuk arrival
and departure, dalam dok tulis untuk 2 orang suami dan kaknab tau tau pilot announced kita akan mendarat sebentar lagi. Fuh cepatnya.

Sampai di medan pukul 7 pagi waktu medan. Satu jam awal dari malaysia.
sampai di airport kena tunggu anak kaknab yg naik kat klia, belum sampai lagi.

Sementara menunggu anak kami pakat beli SIM card. Yang lawak sales tu Tanya ibu nak pulsar yang berapa ribu. Pulsar tu natang apa pula. Rupanya pulsar tu top up lah. Susahnya kalau tak paham Hehe

Puku 9.30 pagi baru flight dari yang anak naik baru landed. Pak supir yang dan yang anak booking pun datang dengan Sepanduk.'zaily'.

Pukul 1100 am baru bertolak dari airport menuju ke tanjung balai asahan, dimana majlis pernikahan anak kaknab akan berlangsung.

Singgah makan tengahari di restaurant simpang tiga, masakan memang sedap tapi macam kena katok je. Makan 16 orang 1.2 juta rupiah lebih kurang. Rm330 duit kita.

Kedai makan di medan akan hidang semua lauk yang ada, kalau tak disentuh tidak dikira:

Perjalanan agak mendebarkan sebab jalan sibuk pemandu disana pandu ikut suka hati, potong pun Selamba je macam tak takut mati. Kita yang dalam van yang kecut perut.

Lebih kurang 5 jam kami pun sampai di hotel Malahayati tanjung balai. Hotel tak ada star. Kira ok lah bermalam untuk 2 hari. Janji bilik selesa dan ada aircon.



Malam tu kami makan malam kat kedai makan kat bawah hotel tu. Mungkin hotel tu punya kut. Tak banyak pilihan. Makan nasi goreng je lah semua.

esok pagi kami bersarapan di hotel package dengan breakfast. setelah bagi coupon breakfast, bila dihidangkan nasi goreng dan secawan teh oh panas. kami tinggal 2 malam di hotel ni, dua hari makan nasi goreng. suami panggil hotel nasi goreng hehehe.

hari sabtu malam makan di rumah pengantin kerana malam sabtu majlis pernikahan anak kaknab. hari ahad berlangsung jamuan kenduri. yang best majlis bermula 9 pagi dan berakhir 11 malam. kira satu hari lah jamuan,
siap dengan persembahan nyanyian nasyid dan dangdut. pakaiannya penyanyinya pun sopan.

akad nikah


selesai sudah. sah jadi suami isteri






sessi bergambar bersama








tobe continued part 2