31 December 2008

BIJI janggus @ gajus


Dulu masa kaknab kecik2 ambik upah belah biji janggus di rumah cina di tanjong tokong.
belah dengan kacit, pastu isinya dikorek dengan pengorek , jemur dan digoreng. biji janggus, memang panas, bukan nak pegang panas tetapi getahnya akan buat tangan kita melecup, nak mengerjakannya kena menggunakan kapor sirih, lumur pada tangan dulu sebelum belahnya. kalau tak nanti getahnya boleh buat kulit kita melecup macam kena api, walaupun guna kapor pun akan lekat jadi juga macam lapisan merah dekat kulit, tapi taklah sakit cuma tak sedap mata memandang mengambil masa juga untuk menghilangnya. . bila dah habis belah semua getah yang lekat dekat tangan kena basuh dengan minyak tanah pula, kalau tak payah nak keluar. Kalau tak mau lekat lepisan yang merah tu, kami gunakan sarong tangan. kalau tak guna sarong tangan, jari dibalut dengan kain, memang menyusahkan, tapi apa boleh nak cari duit sekupang dua.

Semua hanya tinggal kenangan.

30 December 2008

BUAH KERIANG

buah keriang adalah buah yang hampir pupus. Ada yang belum pernah tengok buah ni. ianya warna hitam kalau masak.memang sedap dimakan, pokoknya besar, banyak terdapat di utara semenanjung di tepi laut. ada 2 jenis buah ni, keriang lada, keriang aceh, teringat masa kecik2 dulurumah pak karim dekat dengan sekolah kami, sek keb tanjongtokong, kalau musim keriang, pak karim akan panjat danjual, satu kelongsong 5 sen. nak banyak sikit 10 sen. awas makankalau tidak berhati2 habis baju kena warna biru gelap memangxboleh keluar warnanya.

resepi CHAR HOR FAN


ni aalah resepi kegemaran keluarga kaknab, jomlah share bersama


1 kati hor fan (1 kilo rm2.50)
sedikit bihun (rendam dulu) - xmau boh pun xape, tapi kalau campor sedap sikit xlah jemu makan hor fan.
sawi
udang (kepala jgn buang blender ambik airnya)
sotong
isi ayam
bawang putih - cincang
kicap masin
sedikit tepung jagung
sos tiram
serbuk lada
1 cube ayam
air
2 biji telur (pukul dulu)
kalau mau pedas sedikit masukkan 2-3 biji cili api (tumbuk halus)


1. campor kan hor fan dan bihun. masuk kan kicap masin rata kan keduanya. masak minyak dalam kuali, masak sekejap kedua2 bahan ini. angkat.

untuk kuahnya.

1. panaskan minyak, tumis bawang putih, masukan udang, sotong, isi ayam.masukkan air udang anggaran 4-5 cawan. masukkan sos tiram, serbuk lada, bila dah mendidih masukkan sawi, masukkan telor, sedikit demi sedikit sambil kacau, akhir sekali masukkan tepung jagong yang sudah dicampur dgn air.

untuk menghidang, baru bubuh kuahnya keatas hor fan itu.

p/s oleh kerana sos tiram agak masin jgn boh garam lagi rasa dulu kalau xberapa masin baru tambah garam. seeloknya kuahnya pekat sikit baru sedap kalau kurang pekat camporkan tepong jagong. tapi jgn pekat sangat tau.

cubalah

27 December 2008

condo regency klang

nila condo yang anak kaknab sewa kat klang.
condo regency, belakang
centro klang. seronok juga
dok kat sini, dekat dengan
town, tapi klang, sana
sini jam, puuuh, boring
betul. kita yang xberapa
biasa dengan jam ni memang boring, orng
klang dengan kl dah xkisah
lagi dah dengan jam ni.

amirul


amirul mandi kat kolam condo regency klang.

19 December 2008

Tudung


tengok ni gambar kaknab terbaru dengan tudung yang baru buat, kain jersey 1 meter rm3.8 kain awning 1/4 meter rm2. so modal rm5,80 dapat satu tudung.

04 December 2008

PATTERN TUDUNG


NI ADALAH PATTERN TUDUNG BARU DARI HAJABA YANG DI POSTKAN OLEH FORUMER WMC, UNTUK KITA TATAP BERSAMA.

18 November 2008

KUAH ROJAK

Ni resepi kuah rojak, dulu kaknab jual rojak buah dan calit sengkuang. cubalah

1 cawan kicap pekat
500 gm gula merah atau gula melaka
10-12 cili kering (kalau nak pedas boleh tambah lagi) digoreng dan tumbuk dengan belacan
1 inci belacan bakar
4 camca besar otak udang (petis orang selatan panggil)
kacang tanah (goreng dan tumbuk)
cili sauce 1 cawan (ini cuma optional, kalau xbubuh pun xape)
4-5 camca cabai makau (kalau xade pun xape, setengah tempat payah nak cari, kat penang memang rata2 kedai cina jual.)
gula pasir
300 gm biskut merrie (hancurkan bagi jadi serbuk, ini untuk memekatkan kuah)
sedikit garam

masak gula merah dengan kicap sampai hancur, masukkan bahan2 lain seperti, cabai, cili sauce,
otak udang, cabai makau, gula pasir, garam masaklah biar lama sedikit, akhir sekali masukkan serbuk biskut merrie kacau sampai dia sebati dengan kuah, masak biar betul2 pekat, boleh masukkan kacang kalau suka, atau boleh campurkan kacang semasa membuat rojak.

16 November 2008

BUAH NAMNAM




Buah namnam sejenis buah yang hampir pupus, jenerasi sekarang dah xpernah tengok lagi buah namnam. rasanya menang sedap, kalau betul2 masak, buah ni adalah nostalgia semasa kecik dulu, kami selalu curi pokok mak bi, kat tanjong tokong, makbi ni kedekut, kdg2 buah ni xsempat masak pun dah kena curi, sebab buahnya di pangkal so senang nak ambik. hehhehe

siput remis

ni siput remis.
pernah tengok dan pernah makan x siput remis ni?
teringat kecik2 dulu siput remis memang banyak kat pantai tanjong tokong, korek je kat pasir, guna tempurung banyaklah dapat, boleh jual lagi, kalau buat kerabu dengan bunga kacang katok memang sedap, orang tg tokong saja tahu bunga kacang katok tempat lain xtau barangkali.

15 November 2008

BELANKAS


sebut pasal belangkas, wow sedapnya, kalau bakaq atas api, yang paling sedap teloq dia lah. kalau bakaq satu kampung wangi. pernah x makan belankas. orang la ni ramai dah xkenai belankas, sedapnya hingga menjilat jari. memang banyak di pantai tanjung tokong dulu, nanti naik sepasang, ambik yang bawah, betina baru ada telur jgn ambik yang atas jantan xdak telur, yang lawak kaknab nak banyak ambik semua, sebab xtahu masa tu,bawa balik, pak putih jiran kata, yang hang ambik yang jantan buat apa xdak telur, nak makan kaki mana sedap ekekekeke

nostalgia semasa kecil

kaknab ni dibesarkan ditanjong tokong, penang. dulu tanjong tokong memang seronok, tepi laut, boleh cari kerang, siput remis, kepah, kdg2 cari belangkas, syoknya rasa macam nak kecik baliklah.
kami dulu xlah nakal sangat macam budak2 la ni, kena tolong mak angkat air dulu baru boleh main sebab rumah kaknab xade paip, rumah orang lain dah ada, so kaknab pi angkat air dari pancoq awam, kena angkat banyak kali baru penuh satu tempayan. woooo penatnya.
semasa kaknab umoq 7 tahun, darjah satu, kaknab start juai kueh, masa tu makcik embun yang buat nasi lemak, orang yang juai nasi dia demam, so , adalah lagi 6 bungkus yang tinggai, sebungkus 5 sen je, yang besar 10 sen. yang tinggai tu rege 5 sen punya, so semua sekali 6 bungkus jadi 30 senlah. dia minta kaknab tolong juai, so kaknab pun bawalah, jaja nasi lemak, nasi lemak, dengan suara lantang, dia macam berlagu sikit, orang penang mesti tau, macam mana orang jaja juai kueh. sampai kat satu rumah kaknab ingat lagi rumah kawan kaknab salbiah, bapa dia panggil, kaknab pun pi, dia ambik 6 bungkus sekali, tapi petang baru mai ambik duit, terpinga2 kaknab nasi dah ambik duit xdak pula, mau x mau anggok je, balik cakap kat makcik embun orang hutang, so petang baru pi kutip, nak buat macam mana kan. start from that day lah kaknab pun juai kueh sampai kaknab form 2 1970. dah besaq malulah nak juai.
dulu ramai orang susah banyaklah kawan2 kaknab yang juai kuih, salah sorang kami yang juai kueh tu rockydin yang dulu menyanyi lagu 60'n. yang suka pakai spek hitam tu. dia pun juai kueh juga, tapi dia tua sikit dari kaknab, baya baya abang kaknab gitu.
sebutlah kueh apa semua kaknab juai, bawa 6 raga, 3 belah kanan 3 belah kiri, tau x macam mana kaknab bawa 6 raga, tak kat lengan 2 pegang di tangan 1 so kiri dan kanan jadi 6 lah.
tapi kami xsedih walaupun kenal juai kueh, sebab dalam poket skirt kaknab ada mainan, belah kiri ada gasing, belah kanan ada goli, bila juai, singgah kampong mana musim main goli, stop sat main dulu, letak raga kat tepi, kampong mana main gasing, stop sat main gasing. pastu sambung juai semula.
itulah serba sedikit kisah kaknab kecik2 dulu, kalau ada member2 orang tanjong tokong tanyalah kat depa nab yang juai kueh semua orang kenai.
upah yang kami dapat rm1 upahnya 30 sen.

09 November 2008

tangan kembong ala SPA Q


nak buat tangan kembong ala SPA Q cam ni

formulanya camni



ni pola tangan potong dua dari line merah. so jadi 2 keping 1 dan 2.
ukuran line merah kaknab ambik 8 inci sebab labuh tangan ni 20 inci saje. so atas sikit dari siku. bila dah potong, pola no. 2 kaknab tambah extra 7 inci 3 1/2 x2 di atas, di hujung tangan kaknab tambah 5 inci 2 1/2 x2

dasar no. 2 kaknab buat kedut atas dan bawah, kemudian cantumkan ke dasar no. 1. bawah kaknab boh getah atau buat caf 1/2 inci. ikut customer dia nak apa.

kalau 7 inci kedut memang banyak kembong cantik, ada customer xmau kembong sangat so kaknab cuma ambik atas 5 inci bawah 4 inci saje.

itu saja.
kaknab is online now Report Post Edit/Delete Message

28 October 2008

TIPS BAJU KEBAYA SUPAYA TIDAK MELEMBONG BELAKANG

kadang2 buat baju kebaya yang agak ketat sikit kembong belakang betul x
petunya, semasa letak dasar ke atas kain, dekat pinggang lipat sikit kertas dasar tu dekat pinggang di sebelah bahagian yang kita lipat kain tu, entah faham ke x ni.

list of aerobic songs

chi ki cha (batuka)
best thai tech lalalalala (thai)
boom boom boom boom (venga boys)
hindi & punjabi - bhangra remix
sejak ku bertemu pada mu (sanisah huri)
love potion no. 9 (60's \song)
mambo italiano
gentengnya pacarku - nini carlina
poco poco - yopie latul
spirit of the hawk
rasputin
mambo rock
zokalypso (zumba)
zumba hip hop (beto peres)
batu danz (batuka)
4 minuts (madonna)
ling ka pan (thai)


kalau boleh habis semua lagu ni poooh berpeluh dibuatnya. apa lagi jum aerobik
kalau nak tau stepnya carilah dalam youtube, kalau nak lagi stepnya masuklah
copperknob. link ada dlm blog kaknab.

24 October 2008

FORMULA UKURAN

ini formula ukuran. baju memang sedap dipakai

BAJU KETAT

DADA

FORMULA 1

DADA BAHAGI 4 + 1 (DEPAN) E.G: 34 bhg 4 + 1 = 9 1/2
DADA BAHAGI 4 (BELAKANG) 34 bhg 4 = 8 1/2

FORMULA 2

DADA + 2 BAHAGI 4 + 1/2 (DEPAN) e.g. 34+2 bhg 4 = 1/2 = 9 1/2
DADA + 2 BAHAGI 4 - 1/2 (BELAKANG) E.G: 34+2 bhg 4 - 1/2 = 8 1/2

PINGGANG


pinggang + 1 bahagi 4 + 1/2

punggong

formula 1 - punggong bahagi 4 + 1 (depan)
punggong bahagi 4 + 1/4 stau 1/2 (belakang)-
untuk lagi ketat xyah campor 1/4 atau 1/2 - bahagi 4 sahaja.



formula 2 - punggong + 1 bahagi 4 + 1/2 (depan)
punggong + 1 bahagi 4 (belakang)

------------------------------------------------------------

BAJU LONGGAR

DADA

formula 1 - dada bahagi 4 + 1 atau lebih ikur kelonggaran (depan)
dada bahagi 4 + 1/2 (belakang)

formula 2 - dada + 3 atau lebih bahagi 4 + 1/2 (depan)
dada + 3 atau lebih bahagi 4 (belakang)


PINGGANG

formula sama macam yang ketat kalau nak longgar lagi tambah je extra

PUNGGONG

FORMULA 1 - punggong bahagi 4 + 1 (depan)
punggong bahagi 4 + 1/2 (belakang)

formula 2 - punggong + 1 bahagi 4 + 1/2 atau lebih (ikut kelonggaran)
punggong + 1 bahagi 4

ukuran membuat baju

neck to chest
neck to waist
chest
waist
shoulder
hip
stomach
armhole
length of sleeve
width of sleeve
length of dress
length of skirt
bust point
crotch
width of thigh
waist to knee
length of pants
width of pants

that's all. happy measurement. hehehe

23 October 2008

tips baju kurung

untuk buat baju kurung yang sedap turunkan bahagian bahu 1 inci atau 1 1/4 atau 1 1/2.
jadi bahu akan terletak elok dan tidak akan berkeremot dekat ketiak.

biscuit snowy

Bahan:
500gm tepung kanji (aka tepung ubi kayu)
600 – 800 gm tepung gandum (sampai boleh dicanai)
16 oz ghee (1 tin ghee yg kecik) -448gm
12 oz gula aising (1 oz = 28 gm) – 336gm
1 sudu teh soda bikarbonat
Susu Nespray – atau mana2 susu yg sedaplah, kalau susu yg ada honey pun sedap kot. Roz guna susu Nespray utk budak besar, tak tau lah pulak apa rasanya kalau guna susu formula anak ek.


Cara Menyediakannya:
1. Ayak tepung kanji, tepung gandum dan soda bikarbonat. Ketepikan.
2. Pukul ghee dan gula halus hingga sebati.
3. Masukkan campuran tepung sedikit demi sedikit dan gaulkan hingga tepung hingga sebati. Kalau adunan masih tak boleh dicanai dan terap, tambahkan tepung gandum sikit-sikit dan uli hinggalah adunan boleh dicanai.

4. Canai alas plastik, terap dan bakar dengan api sederhana (oven kita yg pakai nombor 1 hingga 5, kita pakai between 3 & 4 dan bakar dalam 10 min, kalau oven yg lain tu, agak2lah ek...tak leh nak nolong)
5. Bila dah masak sira dengan susu Nespray. Biskut ni bila dah masak jadi putih, tak yah bakar sampai kekuningan.


selamat mencuba

22 October 2008

TIPS TIPS JAHITAN

salam,
ukuran baju hendaklah diambil ngam ngam jangan lebihkan. dengan ukuran ini kita boleh semua fesyen baju, kebaya, kurung, seluar, baju kedah,jubah blouse atau apa apa saja.
dasar dibuat mengikut formula bagi longgar dan ketat.

gambar family

buat live di tik tok