Showing posts with label jahitan. Show all posts
Showing posts with label jahitan. Show all posts

14 October 2018

Kalau benang tak lekat jahit kain lycra

Kadang kan kalau jahit kain lycra atau kain yang memeri, benang tak mau lekat atau dia lompat lompat jahitannya. Jangan risau petuanya bungkus tapak mesin dengan celotape. Jarun masih boleh menembusi, jahit seperti biasa, insyaa Allah boleh benang akan elok lekat pada kain.


28 December 2011

pola baju kurung

kaknab terjumpa pola baju kurung dalam simpanan, pola ni kaknab guna semasa mengajar baju kurung menggunakan pola. gambar ni gelap sikit sebab kaknab snap guna camera. apa pun boleh juga faham kalau betul2 perhatikan okay.

14 December 2010

lengan baju kurung tidak tercunggit

kaknab xtau nak guna bahasa apa untuk tercunggit, ini bahasa utara harap dapa paham ye hehehe.


19 November 2009

koleksi mesin jahit ku.



ni lah mesin jahit kaknab yang banyak berjasa dekat kaknab, penuh rumah, bila nak pencen jait pun xtaulah, xtau sapa lah nak mewarisi semua mesin jait ni, anak2 pompuan pun xminat menjait,

20 October 2009

pola baju kebaya (hadapan)

ada yang tertinggal di bahagian ini, pls take note.

E-J = keliling punggung bahagi 4 + 1" atau 3/4" mengikut kelonggaran yang dikehendaki.

06 October 2009

BAHU BAJU KURUNG

masih ramai kawan kawan yang hantar msg kat kaknab sebab xfaham apa yang dikatakan turun kan 1 inci atau 1 1/2 inci bahu baju kurung. di sini kaknab tunjuk gambar lebih clear.


ini baju kaknab sendiri, oleh kerana bahu kaknab jatuh banyak
kaknab turunkan 1 1/2"
 

 


kalau potong bahu begini memang sedap dipakai apa tah lagi yang badan langsing mangsing lagi cantik.
selamat mencuba. terima kasih

05 October 2009

carta ukuran badan

di sini kaknab tunjukkan carta ukaran badan lebih mudah cepat


14" = lebar bahu
9"  = dari leher ke bucu dada
15" = dari leher ke pinggang
32" = keliling dada
26" = keliling pinggang
36" = keliling punggung
38"= labuh baju
38" - labuh kain
21" = panjang lengan
13" = lebar lengan

cepat dan mudah, xyah dok tulis panjang panjang. 

30 September 2009

pola kain duyung


ni kaknab buat pola kain duyung untuk kawan kawan. kaknab xberapa pandai nak paint, tapi boleh lah harap kawan kawan boleh faham

dari A turunkan 1/2" boleh kalau xmau
A-B = labuh kain = 38"
A-C = 8" (ini ukuran biasa dari pinggang ke punggung)
A-D = 18" untuk yang xberapa tinggi 20" untuk yang tinggi
           (di sini kaknab gunakan 18" untuk labuh kain 38") atau boleh juga ukur dari pinggang ke lutut

A-E = pinggang bahagi 4 tambah 1 (kalau nak buat getah tambah 2 inci lagi untuk getah)
C-F = punggung bahagi 4 tambah 3/4" (kalau nak ketat lagi tambah 1/2" saja)
D-G = 8 1/2" atau 9" (ini untuk size punggung 38" tapi kalau size punggung besar macam 42-48 kenalah besarkan sedikit.iaitu  ukuran punggung yang sudah dicampur kelonggaran tolak 1 1/2" atau 2". (contoh:  ukuran punggung 44 bahagi 4 + 3/4" = 11 3/4" - 1 1/2" = 10 1/4"
B-H = 14" atau ikut suka ukuran minimum ialah 14" untuk senang melangkah
H-I =  naik kan 1 inci dari H kemudian lukis ikut pembaris bengkok dari I ke B
cantumkan E,F,G,I
A=K = 4 1/2"
dari K lukis ke ke bawah 4" di sini kaknab xtanda. jadi kita tandakan x
K-L = 1/2"
K-M = 1/2"
cantumkan L-x dan M-x ini ialah untuk lisu

note: semasa nak meletak pola ke atas kain line ACDB diletakkan keatas lipatan kain,
         yang bertanda gelap hendaklah dibuang  antara BH dan AE

kaknab harap kawan kawan boleh faham. kalau xfaham boleh shout at kaknab.

17 June 2009

kelas jahitan

sesiapa yang berminat ingin membuka kelas jahitan, boleh contact kaknab, dapatkan beberapa orang yang berminat, siapkan tempat dan mesin jahit kaknab boleh pergi ke tempat yang disediakan dan yuran berdasarkan kehadiran pelajar..jika ramai, yuran yang dikenakan kurang. pekej terpulang ke atas permintaan kelas itu. untuk keterangan lanjut boleh hubungi kaknab seperti di bawah

email: nabrejab@yahoo.com.my
tel no: 0134317198

05 June 2009

TIPS JAHITAN

jahit zip sembunyi supaya xkedut

kalau jaht zip sembunyi, kadang2 kain tu kedut sikit, xmau kedut, lapik kertas agak2 panjang 1 kaki lebar 1 inci atau 2 inci letakan dibawah kain yang nak jahit, nanti xkedut lagi.

kola baju melayu supaya cantik.

untuk mendaat kola baju melayu yang cantik, kepingan yang dilikat kain keras hendak dipotong memanjang, iaitu ikut era kain, kepingan yang lagi satu dipotong melintang atau serong, kemudian masa menantum kedua2nya, hendaklah tarik sikit yang melintang, supaya tidak berkedut atau melembung apabila kola dilekong nanti.


ada banyak tips tips jahitan nanti kaknab postkan kemudian ye.

Me the latest