Showing posts with label kueh serabai. Show all posts
Showing posts with label kueh serabai. Show all posts

16 October 2022

kuih serabai.

hari ni maknab buat serabai. jadilah buang kempunan. lama tak buat serabai. husband request. so buat ja la. yeast memang ada dalam rumah. bukan susah pun buat serabai. dah bancuh perap sejam boleh ja masak. sambil menunggu tepung kembang buat kuahnya. my favaurite ni. resepi boleh ja scroll dalam blog ni juga.

click ja label kueh serabai kat bawah kiri post ni. boleh keluar semua post kueh serabai

untuk resepi serabai ni ada banyak cara dan bahan2 yang digunakan. apa pun semua serabai yang maknab buat memang lembut dan resepi yg ada dalam ni semua maknab dah cuba buat. so pilih yang mudah ja, ada yang guna tapai nasi, tapi bagi maknab payah juga, yang simple dan ringkas pun lembut juga. selamat mencuba.


21 January 2021

Kuih serabai


Hari ni knab buat serabai untuk sarapan. 



Ni resepi nya

1 cawan beras direndam semalaman
1/2 cawan tepung beras paket
2 camca tepung gandum
1 camca makan guna
1 sudu teh yis maripan
1/2 cawan santan pekat

Beras yg direndam kaknab blend halus dengan 1  1/2 cawan air. Dah halus masukkan tepung beras, tepung gandum, santan, gula, blend semua sekali. 
Tapis tepung tadi masukkan yis dan perap selama dua jam. 

Pastu blh la dimasak dgn guna acuan serabai. Tutup acuan supaya cepat masak dan elok naik. Jangan lupa sapu minyak pada acuan ya 

25 December 2018

jom kita tengok serabai yang kaknab buat hari ni. kali ni kaknab menggunakan yeast dan nasi sejuk. entry kaknab yang dahulu kaknab menggunakan tapai nasi. agak troublesome sikit, nak buat tapai kerja yang remeh.

Dengan menggunakan yeast dan nasi sejuk, lebih mudah cepat dan memang lembut sangat.


Resepinya

2 cawan tepung beras
1/2 cawan nasi sejuk
2 cawan santan cair
2 camca gula
Sedikit garam
1 camcateh yeast
1/2 cawan air suam

Larutkan yeast bersama air suam
Nasi sejuk, santan, gula,garam diblend sampai halus.
Camporkan tepung beras bersama bahan blend dan yeast. Kacau hingga jadi adunan yang licin tidak berketul.
Perap sejam atau adunan naik berbuih. Blh masak gunakan acuan kuih serabai

10 August 2017

kuih serabai

Hari ni kakna buat serabai, tapi kali ni serabai yang simple ja, guna yis, dua jam perap dah blh buat

Lembut gila serabai kali ni, sebab tepung beras buat sendiri, beras pula beras basmati. Knab mmg mkn beras basmati, dah tak ada beras lain, buat juga la. Malam knab rendam beras esok baru blender,  buat dua tiga biji dulu, lembut sangat, mungkin terbancug cair kut. so knab tambah dua camca tepung gandum, baru la elok, cantik naik, lembut tetap lembut. Jom kita tgk Resepi nya

2 cawan beras direndam semalaman
1 cawan air digunakan untuk blender beras
2 camca makan gula
1/2 cawan santan pekat
1 camca teh yis maripan
Sedikit garam.
2 camca makan tepung gandum

Larutkan yis dgn gula dlm air suam hingga hancur, campur kan semua bahab di atas . Perapkan selama dua jam blh lah di masak dl kuali kecil yg berkeluk, atau acuan serabai. Knab ada acuan serabai ni, tapi besa b uat di melekat. Tu xguna, instead knab guna kuali kecil, jadi elok pula 

05 February 2013

KUEH SERABAI - AMBOI AMBOI AMBOI

petang ni buat kueh serabai. Lama dah kaknab teringin nak buat, tapi tak tau nak buat, so, kaknab telepon kawan kaknab yang buat kueh serabai untuk dijual. Dia pun bagi resepi, tapi dia pesan jangan bagi kat orang tau, kaknab kata kalau hang tak mau bagi kat orang aku tak mau lah, sebab aku nak masuk dalam blog aku, hang jangan lah kedekut sangat bukan nak bawa mati, kalau aku masuk blog orang lain pun buat hang dapat pahala aku pun tumpang sekali. dia kata oklah, jadi baru kaknab masuk dalam blog.

memang sedap serabai ni, lembut dan bersarang, selalu kaknab dok beli pun tak sesedap macam ni, terima kasih kawan kaknab yang bagi resepi tu. jasamu dikenang. sepatut nya kena bubuh air kelapa tapi kaknab tak dak air kelapa, kaknab guna air masak panas untuk matikan santan, kalau perap lama sikit pun tak lah basi.


jum kita tengok resepinya.

400 gm tepung beras
200 gm tapai nasi
1 camca teh baking powder
250 gm santan campur dengan air masak jadikan 750 ml (seeloknya air kelapa, sebab kaknab tak dak air kelapa, kaknab guna air panas sahaja).
sedikit garam

 kuahnya:
250 gm santan\ campurkan dengan 1 cawan air
100 gm gula merah (kaknab guna gula melaka)
1 camca besar gula pasir
2 camca besar tepung gandum atau tepung jagung

< caranya: ayak tepung beras bersama baking powder. tapai nasi di blender dengan santan. hingga halus. campurkan tepung beras dan garam kacau hingga semua hancur atau boleh diblender semua sekali untuk mendapat batter yang halus. perap lebih kurang 2 jam atau 3 jam, kaknab perab 3 jam. Bila sudah cukup 3 jam, boleh lah di masak dalam acuannya, jangan bubuh penuh sangat. tutup acuan dengan tudung periuk bila sudah jernih maknanya dah masak. tang nak keluarkan kueh ni payah sikit, kaknab baru beli acuannya, dia melekat walaupun sapu minyak lebih, kena cungkil perlahan2 supaya ia tak pecah. 


 kuahnya: 

masak semua bahan2 kuah kecuali tepung gandum, hingga hancur gulanya, kacau selalu supaya tidak meruap, akhir sekali baru masukkan tepung untuk memekat kuahnya. 

Perhatian: 

untuk membuat tapai nasi. 600 gm nasi 3/4 ragi (dari 1 biji yang bulat tu, tinggal sedikit). kalau boh sebiji habis, nanti banyak sangat air tapai bila dah jadi. peram 1 hari atau 2 hari. kaknab peram 1 hari dah jadi manis tapi nasi ni.

RESEPI kuih koswi lembut