ads

29 January 2013

Mi rebus kuah ketam/udang

Hari ini tiba2 tekak teringin nak makan mi rebus kuah ketam/udang. Apa lagi start moto pi mini market, beli 4 ekor ketam, bahan2 lain dah ada dalam peti ais. Lepas sembahyang zohor gigih buah kuahnya.



Bahan2nya:

1 labu bawang besar*
3 ulas bawang putih *
* ditumbuk 

4 camca makan udang kering di rendam dengan air panas**
4 camca cili  boh**
1 camca makan otak udang (yang selalu bubuh dalam laksa tu)**
** diblend semua sekali hingga halus udang keringnnya

200 gm udang hidup ***
400 gm keledek ***
*** rebus sekali dengan 2 mangkuk air. toskan kemudian blend hingga halus. ambil Air rebusannya 

4 ekor ketam - rebus dengan 2 mangkuk  - toskan ketam ambil air rebusannya - ambil isi ketam dilenyek dengan camca supaya hancur atau kalau nak blend saja. kaknab lenyek lenyek saja, supaya nampak isi ketam,.

2 camca makan tomato sos****
2 camca makan cili sos****
1 camca makan sos tiram****
**** campur sekali 

1 kilo mi kuning _dicelur
50 sen taugeh - dicelur

garam

Untuk hiasan
daun sawi (potong dan dicelur)
2 biji kentang (rebus dan potong nipis)
2 biji telur (di rebus dan potong nipis)
2 biji tomato dipotong nipis



Caranya - tumis bahan * hingga garing, kemudian masukkan bahan**, biarkan ia garing dan wangi. masukkan bahan **** kemudian masukkan bahan *** air rebusan udang&keledek, air rebusan ketam biar ia mereneh di atas atas api, masukkan gula dan garam secukupnya. akhir sekali masukkan isi ketam yang sudah dilenyek tadi. Jangan bubuh aji no moto dalam kuah kerana sudah manis ubi, udang dan ketam.

hidang mi dengan letakkan bahan hiasan di atasnya.  

28 January 2013

siput belitung dengan sayur keladi

Semalam dari rumah anak kaknab Setia Alam, singgah kat Pantai Remis, Selangor, beli siput belitung dengan sayur keladi. Kat situ, siput2 semua fresh2, baru naik semua, memang sedap kalau masak. sayur keladi pula siap dengan ada ubinya, kalau kat BM emmmm asyik dapat batang saja, ubi tak dak langsung. murah pula tu kat sana rm2/- saja. 

 bahan2nya. 
1 kilo siput belitung 
sayur keladi 
6 biji cabai merah 
1 labu bawang besar 
3 ulas bawang putih sedikit bilis (kat sini kaknab guna cube bilis,) 
kalau guna bilis tumbuk lumat sekali dengan cabai dan bawang besar/putih 
santan rm2/ 

Cara-caranya -  Siput di basuh bersihh, potong ekornya dengan plier, keladi di siang, rebus airnya. (kaknab buah air pertama) rebus sekali lagi, dan toskan. dalam periuk masukkan santan, siput dan bahan2 yang ditumbuk. masak hingga mendidih, kemudian masukkan sayur keladi, garam biar di atas api yang perlahan sambil dikacau kerap, hingga masak lemak siput/keladi masak.

cucur udang halus

Pagi ni kaknab buat cucuq udang halus. Ada orang panggil udang geragau, tapi kami belah tanjung tokong penang, memang panggil udang halus. udang yang orang buat belacan dan cincalok, kaknab beli rm3.00 setengah kilo lebih sikit. udang ni kalau buat cucuq memang sedap. Udang ni jarang2 orang jual kat market, dah 8 tahun dok kat BM ni lah kali pertama jumpa orang jual, apa lagi mesti beli punya hehehe.


Teringat kecik2 dulu kaknab memang jual udang ni, boh dalam talam, buat 3 longgok sja tak boleh lebih sebab muat untuk 3 longgok saja, letak kayu untuk asingkan longgok udang. satu longgok 2 kupang (20 sen) kalau jual habis 3 longgok upahnya 0.15 sen. Dulu 15 sen besar tu. La ni kat market orang jual sekilo rm5.00. Mai kita tengok resepi cucuq udang halus 

 200 gm udang halus 
3 sendok tepung cake
air garam daun sup (dipotong)
daun bawang(dipotong)
seulas bawang besar (chop2)
1 biji telor

Cara-caranya -  campur semua bahan di atas kacau sampai sebati pastu goreng. senang je. Ok siap untuk dihidang.

23 January 2013

Pulut sekaya la pula




Hari ni kaknab buat pulut sekaya untuk sarapan, pulut sekaya adalah kaknab punya favourite.
Ingat lagi masa kaknab kecik2 kaknab jual kueh keliling kampung, pulut sekaya, pulut inti, pulut tetai dan  lopeh pulut adalah antara list2 kueh yang kaknab jual. Jadi kaknab nanti makan tiap2 satu pulut di atas, potong kaknab punya komision lah.

Pulut sekaya dengan pulut seri muka tak sama, pulut sekaya kita cedok sekaya letak atas pulut, pulut seri muka kita kukus sekaya sekali dengan pulut. tu bezanya.

mai kita tengok bahan bahannya

3 cawan beras pulut direndam selama 2 jam.
1/2 cawan santan pekat
garam sedikit

untuk sekaya
3 biji telor
1 cawan santan
3/4 cawan gula
1/2 cawan air daun pandan

sedikit jintan manis (optional, kalau tak boh pun tak apa, tapi kalau boh wangi)jintan manis boleh lah di mesin sekali dengan daun pandan.

CARA MEMASAK


kukus pulut hingga masak. angkat dan gaulkan dengan santan pekat. kemudian kukus semula sekejap je selama 5 minute atau 10 minute supaya santan masak dan pulut boleh tahan lama sikit.

telur santan gula dan air daun pandan diblender sekali. kemudian masukkan kedalam bekas dan kukus. bila dah masak cedok dan letak atas pulut semasa nak makan.
 

22 January 2013

Laksa penang

Assalamualaikum semua, semoga semua pengunjung blog kaknab dirahmati Allah hendaknya.

 hari ni kaknab buat laksa penang. nasi dan lauk tengah hari belum masak lagi, makan laksa je. sebab yang tinggal kat rumah pun kaknab dengan mak kaknab saja, dua dua ni hantu laksa. dah makan laksa tak makan nasi lah jawabnya.
Bila makan laksa kaknab teringat zaman kanak2 semasa kaknab di tanjung tokong dulu. masa tu tahun 60'an. Masa raya nanti ada sorang makcik nama tok yah, dia jual laksa pada hari raya. laksa yang dibuat oleh Mak Timah Laksa, tok yah cuma ambik commission saja. Sebab pada hari raya lah kami budak2 loaded sikit, duit banyak sebab dapat duit raya, apa lagi makan bermangkuk2 lah laksa tok yah. mangkuk kecik 10 sen, mangkuk besar 20 sen. Masa dulu 10 sen memang besar nilainya. 

 Laksa yang dibuat oleh Mak Timah laksa, memang sedap, kira kaknab pun tak pernah jumpa lagi laksa yang sesedap tu, Mak Timah pun dah aruah, entah sapa lah yang dapat resepi dia, atau dia mati bawa sekali resepi laksanya. 

 Untuk kuah laksa kalau nak bagi sedap, masukkan nenas ke dalam kuahnya, rasa manis2 nenas membuat kuah laksa bertambah sedap. Nenas cukup sekadar dipotong nipis2 saja, tak perlu dihancurkan.

frequency radio

Tadi tiba tiba kaknab teringat nak buka radio konon2 nak dengar radio pula, selama ni, kaknab bukan pernah pun buka radio dan tv, yang kaknab tau intenet saja. so kaknab bukan main gigih lagi nak tau frequency2 untuk radio apa. kaknab jenuh dok tekan cari stesen, dah jumpa dok listen pula radio apa depa sebut, maklumlah tak pernah buka, bukan kaknab tau stesen2 radio. dah dapat tapi semua melayu saja. ada yang kaknab dengar dia sebut clear ada yang tak berapa clear hehehe. yang lawak ada satu stesen tu dia kata apa tak tau, macam kaknab dengar macam PIMAI FM stesen penang punya tapi bukan mutiara fm,  betul ke tak tau lah. nanti anak kaknab balik boleh tanya dia. 

88.2  -  hot fm
89.9  - radio fly
90.25-  pimai fm (betui ke ni)
91.1  -  radio mix fm
94.95-  classic nasional
95.75-  mutiara fm
97.5  - kedah fm
100.55 - nasional fm
103.6 - radio era
106.9 - suria fm

Husband tak ada dia pi Melaka, kalau dia balik mesti dia kata, dah buang tebiat pa Nab ni, tiba tiba nak dengaq radio pula.

21 January 2013

SUP IKAN HARUAN

Assalamualaikum semua, apa khabar, sihat ke hari ni, semoga semua dirahamati Allah hendaknya. Amin

 2 ekor ikan haruan yang kaknab pancing masih belum masak lagi, jadi kaknab buat sup lah sebab tak berapa besar ikan ni, jadi kalau buat sup kelazatan dan khasiat ikan haruan tidak hilang.
ikan haruan, 4 ulas bawang putih, 2 batang serai diketuk , 1 camca teh serbuk lada, 1 inci halia, garam
air, daun sup dan  minyak untuk menumis
 caranya. - bawang putih dan halia di tumbuk, panaskan minyak tumiskan bawang putih dan halia yang sudah ditumbuk tadi, kemudian masukan serai, biar ia garing dan wangi, masukkan 1 mangkok air, serbuk lada dan garam, biar ia mendidih baru masukkan ikan haruan, akhir sekali masukkan daun sup. siap sup ikan haruan, boleh dihidangkan panas2.

AISEY MAN "READ MORE" TAK BERAPA MENJADI

Kaknab test tengok blog kaknab konon konon nak buat read more lah, so kaknab pun masuk html dalm template kaknab, bila dah save semua post yang dulu2 ada "Read More" macam ni, semua tu memang lah dah penuh entery tak ada short short cut lagi.


Emmmmmmp mai kaknab test entery ni. jadi ke tak

entry yang dulu masuk "Read more" tapi post memang full hehehe. ni yang ni pula tengok betul ke ada yang tak show muka depan. kalau jadi, lain kali bolehlah kaknab tak show panjang2 dekat muka depan. try tengok ok. testing testing testin 123. 


 okay okay dah menjadi terima kasih pada "tutorial untuk blogspot" jasamu dikenang.

20 January 2013

Lauk kegemaran kita

Kaknab tengah masak kat dapur, sambil berblog, kira pc kaknab sentiasa on lah hehehe. Jom kita sembang lauk lauk kegemaran kita.

Kaknab oghang Penang, dok di Tanjung Tokong, kalau lauk wajib dari kecik2 lagi atas meja mestilah kari, tak kira lah kari ikan apa, tapi dulu kecik2 mana ada duit nak beli ikan mahal2, buat gulai ikan kecik2 lah macam ikan temenum, biji nangka, anak ikan rambai, ikan gelama, ikan otek - sebab ikan ni semua murah. Tahun 60'an Kaknab kecik2 pi market, ikan ni yang selalu kaknab beli. memang dari kecik keje beli ikan sayur keje kaknab lah, sekolah petang, pagi pi market dulu, mak kaknab cakap lah nak masak apa, kaknab pun beli ikut list yang dia bagi, sebab tu dari kecik dah kenai semua jenis ikan, siap boleh cakap hokien lagi. dulu tak main kilo semua dalam kati, jadi kaknab nanti tanya, chi kin ku lui (sekati berapa), selalu kaknab minta 'pua kin" (setengah kati), memang selalu beli setengah kati, tapi kalau nak ikan fresh, ikan yang baru naik, kena pi tunggu tepi laut, tunggu boat balik dalam pukui 11 ke 12 tengahari macam tu, bila boat balik kena randuk air laut nak pi dekat boat, tak boleh tunggu boat naik atas nanti peraih dah tunggu, kira macam sekat tengah jalan, ikan memang murah, main pakai agak2 je, kadang2 ikan temenum tu kadang ikan temenum 20 ekor cuma 1 ringgit . ikan hijau2 dok berlendeiaq lagi, masak kari ikan baru memang lah sedap.

Dah balik market, kena giling rempah pula, mak kaknab dah rendam2 siap2 ketumbar, cabai kerring, dll. giling pula sampai lumat, sebab tak pernah beli rempah kedai, kalau dulu rempah kari ikan yang ada kat penang cuma Alagapas lah. kami panggil cabai gapa, hahahaha orang penang memang malas nak sebuat panjang, Alagapas jadi gapa.

 Selain dari kari ikan. gulai parpu pun selalu mak kaknab buat, orang penang, tak kiralah mami ke melayu ke, memang suka makan gulai parpu, gulai parpu pecah telor, gula parpu ikan bilis dengan meronggai (bunga munggai, buah kelo) udang memang jarang beli lah. phuuuuh sedapnya gulai parpu ni, gulai parpu ni selalu tumis darat, tau dak apa tumis darat, dah masak semua baru tumis minyak dengan bawang, dalam kuali lain, dah garing baru tuang dalam kuah parpu tu, daun kari memang tak boleh miss lah, tapi la ni kalau kaknab masak anak2 kaknab tak pandai makan pula, kalau masak kaknab makan sorang lah depa makan juga tapi sikit2 je, kalau kaknab makan amboi berpalut2 kuahnya, sedapnya.

 Lagi satu favourite kaknab gulai pajeri nanas, amboi kalau masak ni kaknab makan nasi 2-3 pinggan, pajeri kaknab memang kao kao punya. tapi kan walaupun kaknab suka pajeri, kaknab tak berapa suka beli pajeri kat kedai makan nasi campur, sebab depa masak bagi kaknab kureng sedap heheehe. Mak kaknab selalu juga masak gulai nangka, sebab buah nangka, free tak payah beli, ambik kat pokok saja, kadang2 boh bilis, kadang boh udang, cuma masak gulai nangka saja mak kaknab suruh beli udang, sebab kalau xdak udang tak sedap.

 Kaknab ni tekak MPSP (majlis perbandaran Seberang Perai,) Apa pun makan, tak ada benda yang tak lalu, ikan ke, sayur ke, apa2 je lah, bagi kaknab semua sedap hehehe. tu anak2 panggil MPSP. kaknab kalau pi jalan rumah adik beradik ke mana ke, senang orang apa yang orang masak kaknab makan tak kisah tak lalu, Kaknab mancing pun ikan darat, kaknab sorang yang makan, kaknab masak apa pun makan sendiri, yang depa makan ikan darat bila dah buat pekasam, baru makan, macam2 orang kan, yang hidup tak makan yang dah jadi pekasam makan pula hehehe. Itulah serba sedikit tentang lauk pauk dari kecik sampai tua macam ni, panjang pula cerita noooooo.

18 January 2013

KARI IKAN BAJI

Assakamualaikum semua, dah pergi pasar ke? Masak lauk apa hari ni.
Kaknab dah p market, beli ikan baji, 3 ekor 2 kilo rege rm15/- dah ada harga ikan ni. Ikan ni ialah favourite kaknab and husband, kalau jumpa memang tak lepas mesti beli punya. tambah pula ikan baru, isang dok berlender lagi, apa lagi masak kari lah jawabnya.

Balik rumah, terus je, rendam rempah ketumbar, cabai kering, jintan putih, sedikit lada hitam, dengan air panas supaya kembang, sebab nanti kaknab nak blender untuk masak kari. amboi sembang kat sini pun dah teliuk hehehe. kaknab suruh apek tu potong kepala dan buang sisik, tapi kaknab ada upload gambar ikan ni original punya yang belum siang, sebab ada orang tak kenal ikan ni, sebab ikan ini tak dak rupa, tak cantik langsung, ramai yang tak tahu, sedapnya ikan ni, lebih sedap dari ikan bawal, lebih sedap dari ikan siakap.

ni belum siang lagi, tengok lah hodohnya 

ni yang beli tadi, dah digondol kepalanya

ikan dah pun disiang ready to cook

4 camcabesar ketumbar, 20 biji cili kering, 1 camcateh penuh jintan putih, sedikit lada hitam, sedikit kunyit hidup, direndam dengan air panas selama sejam supaya kembang,

dah pun siap dimesin halus

dah pun masak kari ikan baji, amboi 
dah pun dihidang.

cara memasak kari ni boleh lah refer kaknab punya entry label "resepi kari dan gulai" masaknya lebih kurang sama. yang penting mesti banyak bawang baru kari sedap rasanya, dan jangan bubuh ajinimoto, nanti hilang rasa rempah originalnya. pure punya penang mari.

16 January 2013

HASIDAH - KUEH PALING SIMPLE DALAM DUNIA

Salam semua, apa khabar, semoga semua dirahmati Allah hendaknya.

Kaknab tak tau orang negeri lain panggil apa, tapi kalau belah Kedah, panggil Hasidah, macam lawak je kueh ni, macam nama pompuan pula. tapi itulah kenyataan, kueh ni mak kaknab buat hari Isnin, tapi kaknab tak sempat nak postkan. very very simpe in the world, bubuh tepung, campur air, campur gula, kacau kacau kacau sampai masak, dah masak letak dalam loyang, kemudian taburkan dengan bawang goreng, dengan minyak sekali. tapi jangan terlalu banyak minyak tau.
mudah dan cepat.


KENYANG TERMONYEH MONYEH

Pernah ke, dengaq perkataan ni, lama dah kaknab tak  dengaq, lawak bunyinya pun ada. kaknab dengan mak makan nasi hari ni, kena pula gulai perangat kelmarin, gulai tu rempah home made, apa lagi, lagi perangat, pekat2 amboi sedapnya, sampai makan nasi tambah2 lagi, kaknab suruh mak kaknab tambah lagi, dia kata tak mau dah kenyang termonyeh monyeh ni, kadang2 orang kata malu termonyeh monyeh, amacam besa dengaq dak perkataan ni, pure punya Kedah mari.

14 January 2013

kerabu perut

Ini pula krabu perut, kerabu perut memang kaknab punya favourite, perut kena lah rebus lama sikit supaya betul2 lembut,


300 gm perut tuala (rebus dengan halia, kulit kayu manis, bunga lawang, cengkih, sedikit garam) sampai lembut
2 batang serai di mayang nipis
bawang besar 1 labu dimayang nipis
2 camca besar air limau nipis
2 cambesar kerisik
1 biji tomato di potong nipis - jangan terlalu nipis agak2 lah

bahan untuk di tumbuk
3 biji cabai merah
sedikit belacan
sedikit garam

perut di potong nipis2, dalam satu inci panjang, campurkan semua bahan2 di atas, itu saja siap. simple and nice.


Kari ikan nyok nyok

Assalamualaikum semua, hari ni, kaknab tak pi memancing parit, jadi awal lah kaknab masuk dapur pukul 10.30 dah siap masak untuk makan tengahari, menu hari ini, kari ikan nyok nyok, kerabu perut, sayur goreng kangkong, ikan goreng.

Ikan nyok nyok yang anak kaknab pancing berat 2 kg, kaknab buat kari memang lah ummmph, tambah pula ikan baru bertambah sedap, apa lagi dengan rempah kari kaknab buat sendiri, lagi lah terangkat.


12 January 2013

ikan tilapia pekasam

Ikan tilapia yang kaknab dan suami mancing, buat pekasam, dah pun jadi , kaknab memang suka pekasam ni, tambah pula ikan tilapia lagi lah sedap. Nak buat pekasam tak lah susah, tapi agak renyah sikit tang nak goreng beras tu lah liat sikit huhuhu. Nak buat serbuk senang je, boh dalam blender, sat saja siap. Hari tu mancing dapat 26 ekor, jadi beras kena goreng lebih sikit, supaya seluruh badan ikan boleh disalut dengan serbuk beras.

ikan tilapia pekasam. taburkan dengan bawang goreng dan cabai kering goreng.


resepi pekasam

1 kilo ikan tilapia atau puyu 
2 mangkuk beras (basuh, tos dan goreng hingga kuning gelap, mesin halus)
3 camca besar garam
air

basuh ikan bersih, ambil 2 camcabesar garam gaul dengan ikan dan perap selama 1-2 hari.
serbuk beras di campur dengan air dan garam, supaya menjadi paste jangan terlalu cair, kalau tak bubuh air, nanti kering beras tak lekat dekat ikan. salut dengan ikan yang sudah bergaram itu, simpan dalam bekas kedap udara, pastikan tidak ada apa2 boleh masuk, takut nanti berulat, peram selama 2-3 hari, lepas tu boleh lah disimpan dalam peti ais. 





11 January 2013

PELUK LEBIH NIKMAT BERUMAHTANGGA

Kemesraan suami isteri haruslah dijaga dan dipupuk. Semakin lama usia perkahwinan itu, maka semakin lebih sayang menyayangi dan semakin mesra antara suami dan isteri.

Di. sini kaknab ingin berkongsi tentang kehidupan rumahtangga yang begitu romantik, tahun ini tarikh 15/10/13, genap lah 30 tahun perkahwinan kaknab dengan suami. Zainab/Zainal mungkin nama yang  sama, cuma bezakan huruf dihujung,  Perkahwinan yang simple saja, kenduri kahwin kaknab cuma hidangan bihun goreng, sebab bapa kaknab tak mau susah2 lagi pun kaknab tidak ada hantaran yang tinggi cuma maskahwin rm200 saja, bapa kaknab ambik yang wajib saja, yang menyusahkan dia tak mau, kepala macam dia tak ada dalam malaysia, hahaha.

Kaknab banyak bertolak ansur, kaknab selalu cool, tidak dinafikan, suami memang panas baran, tapi tak pernah pula pukul kaknab, cepat marah tapi cepat sejuk, kadang marah dia tak sampai pun sejam, masa dia marah, kita jangan dok layan sangat, biar dia pot pet sorang2 nanti penat pot pet dia diam lah, bila dia diam kita pula yang pot pet baru kontra. 

Masa berlalu terlalu cepat pejam celik pejam celik, dah 30 tahun usia perkahwinan kaknab, lagi lama lagi romantik, pergi mana pun berdua, tak pernah dia tak bawa kaknab kecuali ke tempat kerja, itu pun kalau boleh bawa bini, dia bawa apa. hahaha. Macam belangkas, kadang2 mandi pun berdua. Orang selalu tanya, apa kaknab buat kat abang zainal, tak pernah keluar rumah, memerap je kat rumah, kaknab tak buat apa2 pun, abang zainal  bukan kaki jalan, melepak, kalau keluar pun dgn  anak2 dan kaknab, tapi anak2 dah besar, mana mau depa ikut lagi, kami berdua lah, kadang2 naik moto, kadang2 naik kereta, kalau naik moto, kaknab akan peluk dia, macam girlfriend/boyfriend lah, kawan2 panggil kaknab Bobby, sebab gambar hindustan Bobby kan ada adegan naik moto. Bila kaknab tengok ada orang naik moto dengan suaminya tak pegang langsung, sanggup pegang belakang seat, kaknab heran juga, kenapa, malu kah nak pegang suami sendiri, mau moto tu brake haaa, boleh jatuh tau.

Perangai temperr abang Zainal lama kelamaan beransur hilang, dah terikut2 macam kaknab pula, tak begitu panas sangat, ini membuat hubungan suami isteri bertambah mesra, Abang Zainal memang cerewet tentang makan, kalau kita makan sedap, belum tentu lagi dia kata sedap, tapi kalau dia kata sedap, kita kata tersangatlah sedap, jadi, kaknab kena pandai masak, kalau kaknab tengok makan nasi bertambah tu memang sedap lah, dia selalu berterus terang, kalau tak sedap direct je dia kata tak sedap, tak ada selindung2 lagi, tapi selalunya sedap lah hahahaha.

Tidak dinafikan, kaknab dan abang zainal, selalu peluk cium, selalu bagi kaknab pelukan dan ciuman isteri dan suami adalah sebagai theraphy, boleh membuat hidup kita lebih ceria. Orang kalau tengok muka abang zainal memang macam serious, tapi disebalik muka yang serious dia selalu buat kaknab tak kering gusi, hari2 gelak, dia cakap biasa je tapi memang lawak, kaknab selalu cakap, jangan bagi nab gelak sangat nak terkencin ni, hahahaha, begitulah muka serious tapi penuh sense of humor.

Tidak ada bumi yang tak ditimpa hujan, kadang kadang ada juga kekeruhan tapi tak pernah pun sampai setengah hari, kaknab lah selalu yang mula, bagi kaknab tidak rugi kalau kita mengalah, dan tidak untung kalau kita nak menang saja, bagi kaknab tak payah dok ego ego sangat, ada orang tak cakap dengan suami sampai seminggu, eh macam mana ni, nak makan, nak minum, nak tidur, kalau masam memanjang, kaknab dok pikiaq juga, sebab tak besa lagu tu.

Ada pasangan yang hangat masa awal perrkahwinan, bila sampai ke usia emas, masing2 bawa hal, masing2, nak jalan berdua pun rasa malu malu, nak bergambar berpeluk pun rasa janggal.

Selalu2 lah mengurut suami, setelah balik dari kerja dipejabat, terlalu lama dok depan komputer sakit belakang lah kan, mengurut dengan penuh kasih sayang, Pandai2 mengambil hati pasangan kita, jangan buat apa yang dia tak suka, dia pun begitu juga, jangan buat apa yang kita tak suka,.

Kami sama2 berkongsi hobby, iaitu memancing, tak kira lah memancing laut ke parit ke, mesti berdua, kalau kaknab tak boleh pi dia pun tak dak mood nak pi, Dengan berkongsi hobby yang sama boleh bertambah kemesraan, mau tak macam tu dua orang dok mancing, memang kamcing

Akhir sekali yang paling penting ialah, hubungan intim di tempat tidur, Walaupun diusia emas, kalau kita mampu melayani suami teruskan walaupun sudah monopos, tapi tidak bermakna kita tak mampu melayannya. Ramai yang kaknab dengar, dah monopos maka layanan  ditempat tidur pun dingin. Lelaki lain, walaupun tua, tapi masih montop. hahaha

07 January 2013

mentarang goreng.

assalamualaikum semua, banyak hari kaknab tak masuk blog ni, sebab kaknab p jalan2 rumah anak kat setia alam, terus p JB rumah adik ipar, sebab mak mertua ada di sana, jadi tak dan nak masuk internet, balik rumah baru boleh masuk, Tadi bertolak dari Setia Alam, rumah anak, singgah kat Pantai Remis Selangor, saja je, nak tengok pantai, ronda2 sambil ambik gambar, bestnya pantai kat sana, penuh dengan khazanah laut, kaknab singgah kat gerai yang jual kerang, siput biji nangka, siput belitung, siput remis, mentarang. kebetulan, pompuan yang jual tu, baru je balik dari mencari mentarang, fresh2 lagi, kaknab borong semua, ada pun 2 1/2 kilo saja, rm17 saja, kira murah lah, kalau nak cari bukan senang, kaknab dulu biasa juga cari masa dok di tanjung tokong, penang, seluk dalam selut, nasib tak baik memang luka tangan, Selain dari beli mentarang, kaknab beli remis 1 kilo rm5, belitung 2 kilos rm15. Semua siput siput memang dijamin fresh dan masih hidup, kalau masak memang sedap.

Kaknab balik rumah, mentarang yang kecik2 kaknab  basuh bersih dan rebus, kemudian kopek, kaknab terus goreng dengan kentang, nak masak gulai lambat sebab suami dah lapar nak makan hehehe, penat bawa kereta. Selain dari mentarang goreng, ikan duri, dan ikan2 yang sewaktu denganya ada dalam peti ais, ikan2 ini anak kaknab yang sulung mancing hari sabtu, masih, jadi kaknab masak asam pedas saja lah, tengok2 asam jawa dah habis, jadi kaknab modified, guna asam keping je. bila dah siap rasanya pun sedap juga, ni lah pertama kali kaknab guna asam keping, selalu kaknab guna asam jawa.

mentarang masih fresh lagi.





1 mangkuk isi mentarang yang sudah direbus dan di kopek (pastikan buang kulit kerang kecil yang ada dalam isi mentarang)
garam
kunyit serbuk
1 camteh serbuk lada hitam
1 camteh serbuk ketumbar
1 biji kentang, potong nipis
1 biji cabai merah (dibelah empat)
1 labu bawang besar (dimayang bulat)
sedikit daun sup

gaulkan isi mentarang dengan garam, kunyit, serbuk lada, serbuk jintan manis,  perap sekejap.
panaskan minyak tumiskan bawang besar, cabai merah dan kentang, kacau hingga bawang garing dan kentang lembut, masukkan isi mentarang tadi goreng sampai kering air, dan mentarang garing,
masa nak hidang taburkan dengan daun sup.

01 January 2013

Mi maggi rajin

Baru balik memancing parit kat perda, dapat lah tilapia 26 ekor, kata suami, laparlah pula, Nab buat mi maggi rajin kat abang boleh? mesti lah boleh, mi maggi rajin ialah, mi yang ditumis dengan sayur, telor, udang apa2 je lah, kalau mi maggi malas tu bubuh dalam mangkuk tuang air panas, masuk perencahnya, tutup, siap.

Sayur, udang  baru beli kat market pagi tadi sebelum p memancing, Kalau cuaca redup begini, kalau kena mi maggi rajin, pekena dengan secawan kopi O 434, yang kami beli kat muar, memang terangkat, tambah pula perut tengah lapar, penat memancing, apa lagi jum makan mi maggi rajin