30 January 2023

Pengalam naik ets.

Mai maknab cerita pengalaman naik ets.
Dari sungai petani ke ipoh maknanya dari utara menghala selatan. Maknab booking coach E 13D. Rupanya seat ni membelakang jadi kalau train jalan kita macam gostan 😁😁😁😁. nasib baik tak pening.
Sepatutnya kena ambil seat yang menghala ke selatan.




pastu dari ipoh ke sungai petani pula pun seat yang booking pun tersilap juga. pun membelakang,


lain kali dah tahu dah kalau nak booking. harap tak la membelakang lagi memang tak enjoy, 🀣🀣🀣🀣

frozen shoulder (bahu kaku)

Ingat dak post maknab yang lalu berkenaan dengan sakit lengan iaitu frozen shoulder atau bahu kaku. sekarang ni dah kurang banyak. tak sakit lagi kalau nak kenakan butang bra pun. Dah boleh  angkat tangan tinggi.. tahu kenapa lengan maknab dah lega sikit, bukan makan ubat apa pun., maknab cuma exercise tai chi. Kebetulan dekat taman sebelah ada satu nyonya yang dok ajar tai chi secara percuma saja. 

senaman tai chi ni kan banyak pergerakan tangan. lepas dua kali maknab join group senaman tu, tau tau maknab boleh cakok bra dari belakang. tangan tak sakit lagi. kalau tidak mak ai amboi sakit. sukanya.

mungkin sebab sendi yang kaku sebab tu sakit. bila dok gerak lengan selalu sakit pun hilang. sib baik tak pi hospital kalau tak lagi laa depa nanti buat fisioterapi lagi la sakit. alhamdulillah.

ni link post sakit lengan yang lalu
https://kaknab-jomjahit.blogspot.com/2022/09/sakit-lengan.html



28 January 2023

Kasut jogging

Order kasut untuk jogging. Orang perempuan kan memang macam tu walaupun ada 2-3 pasang kasut jogging bila buka lazada mula la order.πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

Ok order dari cina 25/1/23 dapat 27/1/23. 3 hari je beb. Kalau order kat malaysia pun seminggu kadang lebih baru dapat. 

Murah dan sedap sangat kalau pakai. Sedap di sini maksud sangat selesa. Dah lah murah, cantik pula dan jalan jauh pun tak sakit langsung. Harga 27.97 dengan post 4.90 baru 32.87






Eau de toilette

Satu hari seorang pakcik order perfume avon dari shoppee, black suede hot. Eau de toilette.

Bila dah dapat dia pun sembur, dia kata awat tak wangi pun. Tipu punya avon ni.

Pastu dia baca kat botol tulis eau de toilette. Ooo patut lah tak berapa wangi, ini untuk digunakan dan spray dalam toilet.

So dia pun letak dalam toilet. Datang isterinya baca ooh toilette perfume.  Perfume juga tapi formula kewangian 5-15 % tahap dari perfume original. 

Toilette bukan untuk toilet. Toilette dari bahasa perancis sebutannya toi-let-te. 

Perfume ada banyak peringkat dan jenis nya

strength of the fragrance is based on the concentration of perfume oil in it. Based on this the perfumes are classified into Parfum (20-30% of perfume), Eau de parum (15-20% of perfume), Eau de toilette (5-15% of perfume), Eau de cologne (2-4%) and Eau fraiche (1-2%). 

25 January 2023

Kasut order kat lazada sudah sampai

Hari ni sampai dah kasut yang order kat lazada. Cepat juga. Kalau tak cuti lagi cepat. Barang order dari cina memang cepat depa post.  Dah order kasut yang sama kolor khaki ke brown entah lah. Sedap pakai walaupun nampak tak berapa cantik yang pentint jalan jauh pun tak sakit. Relax ja.

Ni yang sampai hari ni. Cantiknya. Esok 
Boleh jalan pakai kasut ni.

Dari tepi. 

Ni yang dah lama order. Sbb sedap pakai
Order black pula






24 January 2023

Cucu maktok fatin nuwairah

Maktok simpan sini gambaq cucu yang maktok ambil dalam kereta. Hobby maktok memang suka ambil gambar.  



14 January 2023

Turn maknab jaga mak

5/1/23 maknab pi ambil mak dari rumah adik.

Turn maknab pula jaga dia. Umur mak sebenar 92 atau 93 tapi umur dalam ic tahun 90. Mcm mana jadi lagu tu, sebab tahun 1948 masa buat ic cari surat beranak dia tak jumpa haha orang dulu main hentam saja. Mak juga masih ada adik yg berumur 90 tahun. Tapi adik dia tu muda dia 2 tahun. Masih hidup tau. Keluarga semua umur panjangπŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

Mcm mana tahu pula umur dia 92. Sebab anak sulung dia lahir tahun 1948. Masa tu umur dia 18 tahun masa melahirkan anak sulung. Jadi kalau kakak maknab masih hidup umur dia 75 sama umur dengan adik bongsu mak maknab yang kami panggil Chu.  Umur Chu dah 75 tahun ni. 

Mak maknab tak ada sakit kencing manis atau darah tinggi. Tapi sejak kebelakangan ni ada sakit jantung pula dan sakit lutut. Biasalah tak kan umur 92 nak sihat macam dulu. Mesti ada sakit sebab usia tua. Badan pun sakit urat sana sini. Tapi mak masih boleh berjalan dengan perlahan2. 

Kalau setakat pi bilik air atau ke sinki boleh jalan lagi. Dia akan basuh pinggan, cawan yang dia makan dan minum. Solat atas kerusi. Mata terang tak payah pakai spec kalau mengaji. Rajin mengaji, sebulan boleh khatam quran. sebab tak buat apa dia mengaji ja. Maknanya setahun 12 kali khatam quran. Langsung tak nyanyok semua dia ingat lagi. Nama cicit dia pun dia boleh ingat lagi. Cicit dah 23 orang.


13 January 2023

tukar theme pula

saja je tukar theme blog page baru. jenuh pening nak cari blog edit post. sib baik jumpa. theme ni memang ada read more. so ok lah juga.

rupanya kalau nak buat new post kena pi powered by blogger

dan bila check gambar yang post tak  ikut pixel asal ia  compress to the smaller size.
dan theme tu nak tengok post sebelum atau selepas tak ada pula. so balik ke theme lama lah.

testing



Test image pixel





09 January 2023

Gambar upload blog

Baru tahu gambar yang maknab post masuk blog pixelnya dikecilkan jadi 320x320 pixel.

Gambar ni kat bawah asalnya 2992x2992

Maknab screenshot details dua gambar ni sebelum post dan selepas post masuk blog
Sebelum post pixelnya
mmg besar. Ni dlm
Gallery

Masuk blog jadi 320x320






06 January 2023

Jalan jalan ke langkawi 4 dan 5/1/23

pi pula ke langkawi 4 dan 5/1/23. tahun baru pembukaan jalan jalan makan angin. walaupun sehari saja bermalam di langkawi, tak lah boring sangat, kalau duduk lama lagi boring dan duit pun lebih banyak habis. kali ni maknab tak beli satu biji pinggan atau periuk. tahun 2019 dah beli sampai beli beg baju lain nak isi pinggan2 saja. kesian suami dua beg heret naik ferry. berat pula tu. mau tak berat kaca semua hahaha.

so kali ni cuma beli chokelat saja. sebab memang plan nak beli chokelat pun. menginap di hotel hig untuk kali kedua. murah ja satu malam rm147.00 sekali dengan breakfast. bilik yang luas dam cantik dan  juga boleh solat dua orang sekali. 

hotel tu sediakan sejadah dan telekung, tapi maknab bawa sendiri. suami guna sejadah hotel. bagi yang tak bawa telekung boleh ja guna telekung yang disediakan di bilik tu. kenapa suka booking hotel hig sebab kedainya di bawah turun hotel boleh ja shoppping kalau nak.

dari sungai petani maknab dan suami pi dengan kereta dan park dekat rumah orang yang memang sediakan parking ke langkawi. satu malam rm15.00 sebab letak dibawah bumbung. memang selamat dekat situ. suami parking untuk 2 hari so rm30.00 semuanya. mula plan nak naik komuter dair sp ke arau. last last tukar plan pi dengan kereta. sebab kalau sampai arau kena cari grab atau taxi ke kuala perlis. lepas tu masa balik nak kena booking komuter dan grab kalau nak pi arau. pi dengan kereta sendiri senang masa kita dan nak pi mana lepas tu senang kan,

nama pakcik yang rumah dia ada parking tu pak man. dari tempat parking jalan dalam 200 meter saja ke jetty kuala perlis. 





























1 January 2023

Ada beza tak