Showing posts with label jalan jalan. Show all posts
Showing posts with label jalan jalan. Show all posts

14 September 2019

Boring boring jalan

Kaknab dengan suami kalau dok rumah lama sikit Mula la boring, Kira nak jalan la. Selalu tak plan tiba tiba ja pack bag terus jalan.

Semalam kami di muar menginap hotel muar traders, dari traders the next day bermalam pula hotel oyo city muar tepi sungai tempat kaknab selalu mancing udang galah, suami mancing ikan malim.

Dari city muar, check out menuju ke Kota tinggi. Di Kota tinggi menginap Pula hotel oyo Kota heritage.  Hotel murah ja. Tapi selesa untuk bermalam boleh tidur Lena. Janji Ada ruang untuk solat.

Yang peliknya masa bermalam kat oyo city muar selepas  solat isya berehat sambil hafal surah sujadah ayat yang 12-13,
Tiba tiba dengar macam orang tumbuk sambal kuat yang amat. Malam malam buta ni Sapa yang nak buat sambal belacan. Lagi pun ni hotel orang yang bermalam bawa baju takkan nak bawa lesung Batu macam chef wan, hihi. Misteri?????

Bermalam Kat oyo Kota heritage kota tinggi pun sama dalam pukul 10 malam pun dengar macam orang tumbuk sambal tapi Kali ni Tak berapa kuat macam Kat hotel oyo city muar. Misteri lagi??????😅😅

Ok makan kat mana di Kota tinggi pula

  • Petang dinner Kat restaurant Hasan ong., Memang sedap sangat Dan harga pun Tak berapa Mahal. Dia punya sharkfin soup memang sedap.






Lain kali kalau datang Kota tinggi boleh  datang makan lagi.

08 October 2011

jum jalan jalan

hari ni kaknab datang lagi ke shah alam rumah anak sebab kena jaga cucu lagi sebulan
bertolak dari penang kul 11.00 pagi, tidak lalu  lebuh raya, lalu jalan lama
saja, wpun lambat sikit sampai tapi best boleh tengok pemandangan,husband lalu
pantai remis, melalui pantai remis tidak berapa jauh, jalan short cut agaknya

jum kita tengok apa yang kaknab rakam dalam perjalan.
ni laki aku dengan topi sambil bawa kereta
ni

ni aku terperasan sikit hehehe

laki aku, kalau ambik gambaq dia buat le muka pe' pe'ot, ishhhh menyampah aku.
haaaa ni kan okay sikit.

singgah kat pasar malam beli jagung bakar buat mengunyah dlm kereta
sawah padi yang cantik
rumah ni, macam balai polis tanjung tokong dulu dulu, masa kaknab kecik2, sungguh nostalgia

ikut belakang van rempah trichy, ada ke rempah cap ni, xsampai penang kut. rempah ni.emmmm

jalan lurus macam pembaris, xpayah lah masuk lebuh raya kena bayar tol, jalan lama, pun ok apa.




RESEPI kuih koswi lembut