Showing posts with label resepi ikan darat. Show all posts
Showing posts with label resepi ikan darat. Show all posts

21 May 2016

singgang ikan keli

Semalam kaknab masak singgang ikan keli. Ikan keli yang kaknab mancing ada lagi, tak tahu nak masak apa, gulai dah, masak lemak cili api dah, sambal pun dah. 

Oleh kerana kaknab sorang saja yang makan ikan keli, suami dan emak kaknab pun tak makan, tak kisah la masak apa ikut tekak kaknab.
dah siap masak sedap pula, jadi kena simpan resepi ni dan kita kongsi bersama. Ikan keli ikan darat kena cuci bersih2, kalau cuci cincai2 memang tak lalu nak makan.

Apabila serai, lengkuas, halia, daun kesum mesra dengan isi keli, ikan keli sedap dengan isi yang lembut dan segar memang sedap. ikan keli yang kaya dengan omega 3, baik untuk menurunkan kolesterol dan baik untuk jantung.

jum kita tengok resepinya yang simple

walaupun tak boh minyak, kuahnya berminyak sebab lemak ikan keli

isi ikan keli
air agak banyak nak masak
lengkuas
serai
20 biji atau lebih cili api kalau nk pedas boh lebih. di ketuk2.
halia
daun kesum
2-3 keping asam gelugur.
garam

rebus semua di atas kecuali ikan. biar rebusan tadi mendidih dan berbau wangi serai dan lengkuas. baru masukan isi ikan keli. perlahankan api biar singgang mereneh hingga ikan masak.  bila dah siap tutup api, tutup periuk rapat supaya kuah yang wangi serai, lengkuas, halia dan daun kesum meresap ke dalam isi ikan. 

21 January 2013

SUP IKAN HARUAN

Assalamualaikum semua, apa khabar, sihat ke hari ni, semoga semua dirahamati Allah hendaknya. Amin

 2 ekor ikan haruan yang kaknab pancing masih belum masak lagi, jadi kaknab buat sup lah sebab tak berapa besar ikan ni, jadi kalau buat sup kelazatan dan khasiat ikan haruan tidak hilang.
ikan haruan, 4 ulas bawang putih, 2 batang serai diketuk , 1 camca teh serbuk lada, 1 inci halia, garam
air, daun sup dan  minyak untuk menumis
 caranya. - bawang putih dan halia di tumbuk, panaskan minyak tumiskan bawang putih dan halia yang sudah ditumbuk tadi, kemudian masukan serai, biar ia garing dan wangi, masukkan 1 mangkok air, serbuk lada dan garam, biar ia mendidih baru masukkan ikan haruan, akhir sekali masukkan daun sup. siap sup ikan haruan, boleh dihidangkan panas2.

31 December 2012

gulai tempoyak ikan tilapia

Assalamualaikum semua, dah makan tengah hari ke? kaknab baru saja dah, makan nasi sampai pecah peluh, apa tak nya, kena gulai tempoyak ikan tilapia yang kaknab mancing tadi pagi, kaknab buat kaw2 pedas pula, sebab yang lain memang tak makan ikan darat, kaknab sorang je, kaknab buat pedas2 sebab kaknab suka makan pedas, kalau yang lain makan, kaknab tak boleh lah bubuh cili api banyak2 nanti depa tak tahan pedas, tempoyak yang besan bagi ada banyak lagi dalam peti ais, asyik buat sambal belacan tempoyak bila nak habis, jadi kaknab buat gulai tempoyak, amboi sedapnya kaknab makan nasi, ikan pula ikan baru mancing lagi lah umph.


4 ekor ikan tilapia sederhana besar
3 camcabesar tempoyak
1 keping asam gelugor
garam
1 camca minyak
2 batang serai - dititik
1/2 inci lengkuas - dititik
1 mangkuk air


10 biji cili api**
1 ulas bawang kecil**
1 inci kunyit hidup**
** tumbuk lumat

panaskan minyak tumis bahan yang ditumbuk hingga garing, masukkan air, garam, serai, lengkuas, tempoyak dan 1 keping asam keping, Biar ia mendidih kemudian masukkan ikan tilapia, masak sekejap di atas api yang perlahan.

29 December 2012

ikan tilapia masak cabai

assalamualaikum semua, kaknab baru je masak, dah lewat, sebab pagi makan nasi goreng, jadi masuk dapur lambat sikit, ikan tilapia yang pancing dah pun disiang, kata suami masak cabai bubuh daun kunyit tentu sedap, good idea, masak pun senang je.



8 ekor ikan tilapia, goreng dengan garam dan kunyit
1 mangkuk kecil cabai mesin dengan sedikit belacan,
1 batang serai, sedikit je halia, sedikit je lengkuas, 3 ulas bawang kecil, 2 ulas bawang putih ( tumbuk lumat)
minyak,
garam,
1 cambesar gula
1 helai daun kunyit - potong kecil2
1 mangkuk kecil air asam jawa


panaskan minyak masukkan bahan yang ditumbuk, biar garing dan wangi, kemudian masukkan cabai mesin, masak hingga wangi dan garing, kacau selalu, supaya tidak hangit, masukkan air asam jawa, kacau lagi, masukkan garam dan gula, masak sampai kuahnya agak kering, masukkan daun kunyit, kemudian akhir sekali masukkan ikan, biar ia bersalut dengan cabai. okay siap.



19 December 2012

asam rebus a.k.a. pindang keli

ada orang panggil pindang, ada orang panggil asam rebus, apa pun panggilannya, rasanya memang serupa. Ikan keli yang suami dapat masa memacing 3 hari yang lalu, sudah pun masuk dalam periuk. pindang keli, memang sedap, rasa masam, masin dan pedas, wangi serai, lengkuas dan bunga kantan, tambah pula ikan keli bendang, isinya yang lembut dan manis. Sejak gila memancing kaknab tak pernah beli lagi ikan keli kat pasar, sebab ikan keli kat pasar banyak yang bela, ikan keli yang pancing, ikan keli bendang, rasa isinya lebih lembut dan sedap, dan tidak hanyir.



Bahan2nya

1 ekor ikan keli di potong empat
3 biji cili merah       )
2 ulas bawang kecil)
sedikit kunyit hidup)
sedikit belacan      ) tumbuk lumat semua bahan ini

3 keping asam gelugor
1 bunga kantan - belah 2
3 batang serai - diketuk
sedikit lengkuas
garam
air - agak2 nak banyak mana kuahnya.

masukkan semua bahan2 di atas kecuali ikan. biar ia mendidih, kemudian masukkan ikan. senang kan.
bila ikan sudah masak boleh lah dihidangkan.

Resepi yang paling mudah in the world.

10 December 2012

ikan haruan masak cuka

Ikan haruan yang suamiku pancing, ada 3 ekor lagi, tak tahu nak masak apa, semalam dah masak gulai, aku yang makan sorang, hari ini masak cuka pun aku sorang juga yang makan huhu. anak2 dan suami tak lalu ikan haruan, ikan haruan kan sedap, fresh lagi, tak apa lah, masak apa pun aku sorang yang makan, masak cuka pun sedap juga, rasa masam2 masin, pedas cili api. lagi pun air rebus tu buat khasiat ikan haruan tidak hilang. tapi awas kepada yang sakit gastric jangan makan tau, nanti pedih perut. sebab cuka tajam.

3 ekor haruan fresh2 untuk disiang

dah siap disiang

dah siap untuk dimakan

17 July 2012

ikan puyu masak lemak cili api.

salam semua, hari ni kaknab nak masak ikan puyu masak lemak cili api. pilih ikan puyu yang besar2 dalam equarium, ikan yang kaknab pancing. Sebab dalam rumah kaknab sorang saja yang makan ikan ni, so boleh lah masak pedas2 dan kow kow sikit, family kaknab banyak yang tak makan pedas, kalau masak cili api pun kena kurang pedas mana ada ummph, lebih pedas baru lah best. senang yang lain tak makan, pedas2 pun kaknab sorang yang makan tak sapa nak complain hehehe.

10 ekor cukuplah untuk kaknab sorang, ni pun jenuh juga nak makan.


tengok besar kan ikan puyu ni, satu tapak tangan kaknab.
masak lemak puyu sudah pun dimasak. pedas dan kow kow punya.

08 March 2012

gulai ikan tongsan

hari ini masak gulai ikan tongsan, tadi p jusco tengok cantik sangat ikan ni, kaknab pun ambik lah 5 ketul, murahnya tak sampai pun rm4. Ni lah kali pertama kaknab masak ikan tongsan,  lembut dan manis isinya. Ikan tongsan ialah ikan air tawar. Kena hati hati sikit sebab dia ada tulang dalam isinya, tapi tak lah susah nak perisi tulangnya tu.



ni pula gambar ikan tongsan kaknab ambik dari satu blog, terima kasih tuan blog, kaknab sendiri pun tak pernah tengok ikan tongsan, malah tak kenal pun hehehe.

06 March 2012

gulai puyu dengan keledek

Ikan yang kaknab pancing dah banyak dalam aquarium, jadi ambil yang besar2 10 ekor untuk buat gulai dengan keledek. luak sikit dalam aquarium tu tak lah padat sangat, boleh lah yang kecik2 berenang2 dengan selesa.
kaknab menggunakan rempah sendiri. sepatutnya rempah giling lah, tapi dah tak ada batu penggiling atau lagan, kaknab blend sampai halus semua bahan2nya. bahan2 yang digunakan untuk rempahnya ialah, cili kering, ketumbar biji, jintan putih, kunyit, bawang kecil, bawang putih dan kunyit, kaknab juga bubuh kas kas. kalau tak nak boh kas kas pun tak apa, tapi kalau boh lagi ummmph. Bahan2 kaknab rendam dengan air panas 2 jam bagi dia betul2 kembang supaya senang di mesin, sebab ketumbar agak liat sedikit.

ikan yang siap di siang
gulai puyu dah siap dimasak.

RESEPI kuih koswi lembut