Showing posts with label resepi apom. Show all posts
Showing posts with label resepi apom. Show all posts

26 January 2024

Apom gebu

Hari ni maknab buat lagi apom gebu. Kali ni maknab guna 1 cawan tepung beras dan tepung gandum sama banyak iaitu satu cawan tiap tiap satu. dan resepi ni tak masuk baking powder.  Apom jadi  gebu juga tapi tak merekah. Saja maknab nak test tengok.





1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung beras
1 cawan nasi sejuk. 
3/4 cawan gula
1/2 sudu besar yeast
1 1/2 air suam

Mula kisar nasi sejuk gula dan yeast hingg halus dengan separuh dari 1 1/2 air. Blend hingga halus sebab kalau tuang semua air 1 1/2 cawan nasi sejuk payah nak halus. Bila dah halus baru tambah separuh lagi air blend lagi. Bila nasi sejuk, gula dan yeast dah hancur baru masukkan tepung beras dan tepung gandum. Blend lagi hingga semua sebati. Kemudian perap selama sejam. Tuang ke dalam acuan yang sudah disapu minyak. Boleh lah dikukus selama 10 minit atau hingga masak. Bila dah masak makan dengan kelapa parut yang sudah digaul sedikit garam. 

26 December 2023

Apom gula hangus




Tepung gandum  - 1 cawan = 120 gm
Tepung beras  - 1 camca besar = 10 gm
Telur 2 biji
Susu pekat  - 1/2 cawan = 130 gm
2 sudu besar margarine = 30 gm
B.powder 1/2 sudu teh
B.soda 1 sudu teh
Esen vanilla
Air 1 cawan
Gula 1 cawan (manis sangat, maknab bubuh 1 3/4 saja

Mula buat caramel gula.
Masak gula di atas api perlahan hingga golden brown
 Masukkan air sedikit demi sedikit sambil kacau. Supaya gula tak keras. Bila dah cair semua gula masukkan margarine kacau hingga caramel sebati dan sekata. Sejukkan 

Tepung gandum, tepung beras, baking powder, bicarbonate soda. Campur kan semua dan ayak.

Kemudian masukkan telur yang sudah ditambah esen vanilla, susu pekat. Kacau sebati hingga semua teradun elok
 Masukkan caramel sedikit demi sefikit hingga habis. Kacau hingga sekata dan sebati. Tapiskan dulu sebelum tuang ke dalam acuan.
Sapu minyak ke dalam acuan supaya senang keluar bila dah masak.
Tuangkan adunan tepung ke dalam acuan jangan terlalu penuh. Nanti dia naik. Kukus selama 15 minit. 


27 November 2023

apom gebu

hari ni maknab buat apom, guna acuan twister. memang menjadi apom ni gebu sangat. so maknab kongsi resepi. resepi ni pun maknab ambil tik tok.cuma tik tok xbubuh baking powder tapi maknab bubuh sikit.  terima kasih kepada puan empunya account tik tok yang baikhati kongsi resepi ni.




1 cawan nasi sejuk)
1 cawan air )
1 sudu teh yeast)
3/4 cawan gula)
Blend sampai halus.
Pastu tambah lagi 1/2 air suam blend lagi hingga adunan betul2 halus
Perap selama 15 bagi ia berbuih tanda yeast active 

1 1/2 cawan tepung beras))
1/2 cawan tepung gandum))
1 sudu teh baking powder))
Campur. Kacau2 biar rata.
2 sudu mkn minyak masak ( optional tak letak pun xmengapa) hari buat tak letak bukan tak nak letak tapi maknab terlupa๐Ÿ˜„๐Ÿ˜„๐Ÿ˜„ apom gebu juga.

 Selepas 15 minit. Baru lah campurkan adunan yeast yang berbuih tu ke dalam  tepung. Kacau adunan hingga sebati. Agak lambat juga. Maknab blender semua ni bagi sebati dan rata.
Kemudian maknab bahagi dua sebab maknab nak apom yang berwarna warni. Lepas tu perap selama sejam. Tapi maknab cuma perap 30 minit tengok adunan naik lalu maknab tuang. Ke dalam acuan dan kukus selama 10 minit.
Selepas 10 minit angkat dan letak kelapa yang sudah dicampur dengan garam. 

06 February 2019

Buat apom lenggang lagi

Kelmarinn hari selasa buat lagi apom lenggang sebab anak yang balik cuti suka makan. 





Resepinya ada di di sini

http://kaknab-jomjahit.blogspot.com/2019/01/apom-lenggang.html?m=1







15 January 2019

Apom lenggang

Hari ni kaknab buat apon lenggang. Ini adalah kuih kegemaran kaknab. Kalau kita buat cukup bahannya mesti sedap. Orang yg meniaga mesti nk untung lebih jadi depa kurang kan bahannya. Nak sedap punya buat sendiri puas makan.
Kaknab buat sikit ja, nk makan 3 orang tu pun rasa banyak dah

1 cawan tepung beras
1/4 cawan tepung gandum
3/4 cawan gula (knab suka manis, klu xsuka manis kurang kan gula)
1/2 cawan santan pekat
Telur sebiji
1/2 sudu teh yis
Sedikit nasi sejuk)
3/4 cawan air) blend halus kedua ni

Bancuh semua di atas. Kalau agak pekat tambah air.

Perap sejam. Pastu lenggang dalam kuali kecil. Tutup hingga masak. Sedap.



22 July 2018

Apom lenggang

Knab buat adunan yg sikit saja, sebab knab saja suka kueh ni, suami dan anak2 kurang.

1 secawan beras )
Agak2 secekut nasi sejuk)
1 camcabesar sagu kecil) rendam ketiga ni selaman 5 jam, blender halus.
1 camca besar tepung gandum
 1camca teh yis maripan jgn penuh.
1/4 cawan gula.
3/4 santan pekat
Sebiji telur

Campurkan adunan blender dengan tepung gandum, gula, telur. Kacau adunan sampai jadi adunan yg licin.
Masukan maripan perap selama dua jam atau adunan sudah naik.  Masukkan santan bila nak melenggang dlm kuali. 


Me the latest