31 August 2022

keyboard fujitsu laptop info for me to refer next time

this button situated next to p
if I press this button by itself  comes out  [
if I press shift + this button comes out {
if I press fn then this button will be spacing

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++


this button is situated at the 2nd row, 3rd from the left.
press by itself is =
shift+ this button will get

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++


if press by it self   '
if press shift+this button  "
if press together with fn button  *



Osteoarthritis Of The Fingers Heberden's Nodes - Everything You Need To...

28 August 2022

telur separuh masak yang cantik jadinya

mai maknab ajaq macam mana nak buat telur separuh masak yang cantik. macam telur separuh  yang dijual dikedai kedai roti bakar. dia memang separuh masak. telur setengah masak ni kalau terlebih lama nanti keras isi putihnya, kalau terkurang pula nanti jadi cair dan jernih macam telur yang tak masak tu.

Ok. didihkan air betul betul mendidih. tutup api. masukkan telur hingga tenggelam dalam air. biar ia terendam dalam air panas jangan tutup periuk biar ia begitu. selama 10 minit kalau telur yang baru keluar dari peti ais, iaitu telur yang sejuk.  6-7 minit saja bagi telur yang suhu bilik *room temperature. maknanya bukan telur sejuk la. 



26 August 2022

testing read more

macam mana nak buat read more. dulu aku besa buat, tapi dah lama tinggai, susah juga nak ingat balik, biasa la kita kalau tinggal lama memang lupa ghiup.  macam buat dasar baju la kalau kita buat selalu memang dalam kepala guarantee cekap ingat semua buat pun lancar. contoh baju kurung, dok jait bertahun2 memang pakar.


macam buat kuih juga cuba kita selalu buat maksud maknab tiap tiap hari buat kuih seri muka. semua sukatan memang dalam kepala, kuih jadi elok. buat hari2 memang menjadi.

25 August 2022

usb headset computer and phone.

Baru saja terima order dari China. Cepatnya penghantarannya.  Order 20/8/22. dapat 25/8/22. 5 hari saja. walaupun jauh nun di China, cepat sungguh. Kadang order barang local ja, sampai seminggu lebih baru dapat. Banyak juga maknab order barang dari China, cepat penghantaran dan barang pun ada quality juga walaupun murah.



23 August 2022

bengkang gandum

hari ni maknab terajin la pula. buat bengkang gandum. hari ni punya memang sedap. rasa manis lemak semua cukup. walaupun dah ada dalam blog resepi bengkang gandum, tapi maknab still nak bagi juga. tak payah nak selak selak page dia kan😊😊😊😊. elok jadinya bengkang gandum maknab. maknab tak guna pewarna hijau. cuma air daun pandan saja. hijau natural.




2 cawan tepung gandum
1 1/2 gula
4 biji telur
2 camca besar butter atau margarine
2 cawan santan
satu cawan air daun pandan

maknab masuk semua bahan dalam blender. blend sampai semua sebati. tapiskan dan bakar dengan oven  200 c api atas bawah selama sejam. mula maknab biar loyang bawah sekali dekat dengan api, maksud maknab letak rak paling bawah, lepas 45 minit maknab pindah rak kat atas bagi bengkang yang atas garing. bila dah masak still yang bawah tak berapa garing, dan yang atas memang garing elok sebab loyang agak tebal. so kalau kawan2 yang ada loyang yang nipis agak lebih elok. 

19 August 2022

nasi pilaf

jom masak nasi pilaf.  
sebenarnya maknab pun tak biasa masak nasi ni. pagi ni try masak, tak tau sedap ka tak. kalau sedap suami suka boleh buat lagi, kalau tak sedap the first and the last la. sebab suami maknab jenis makan nasi kuah banjir. kalau nasi kering kering tak ada kuah macam nasi arab dia kureng la sikit. sebab tu maknab jarang sangat pi makan nasi arab kat kedai yang ada jual.

bangun tadi pukul 5 pagi maknab dah rendam beras dengan air panas. letak garam sikit. daging maknab potong besar2.  pastu maknab masukkan 1 camca makan minyak sapi, dan satu camca besar minyak masak. dalam pressure cooker, maknab masukan daging yang sudah dibersihkan. masukkan rempah serbuk jintan putih, jintan manis dan ketumbar. 3 serbuk ni memang maknab dah campur siap2 dalam bekas, nak guna cedok ja. maknab kacau kacau daging biar mesra dengan minyak. maknab masukkan bawang besar yang sudah di mayang nipis. biar daging dan bawang sedikit garing. maknab masukka air 1 cawan tutup pressure biar dia masak selama 8 minit. pressure cooker cornel ni daging dan ayam set 8 minit saja. tapi selalu kalau daging maknab masak ikut setting tendon dan bean. 

Lepas subuh maknab basuh dan toskan beras. carrot maknab potong panjang2 dalam 2 inci. kacang kuda memang maknab dah rendam semalaman, jadi dah lembut.

bahannya:
400 gm daging
1 batang carrot potong panjang 2 inci
2 genggam kacang kuda
kismis
2 cawan beras
1 camca besar minyak sapi
1 camca besar minyak masak
2 labu bawang besar
1 labu bawang putih (optional)
sedikit jintan putih (maknab tak ada ni, maknab guna serbuk jintan manis, serbuk jintan putih, serbuk ketumbar)

ok caranya step by step

1. tumis minyak sapi dan minyak masak 1 camca makan tiap2 satu.
2. minyak dah panas masukkan 2 bunga cengkih, 2 kelopak bunga lawang, yng keping ja bukan the whole bunga lawang. 2 buah pelaga, 1 inci kulit kayu manis. *sebenarnya resepi asli nasi pilaf tak ada masukkan 4 sekawan ni, saja ja maknab agak sensitive dgn bau daging, bagi wangi sikit. masukkan daging, bawang besar yang dipotong nipis. kacau kacau biar garing.
3. masukkan 1 camca teh serbuk jintan manis,serbuk  jintan putih dan serbuk ketumbar. seeloknya guna jintan manis jintan putih yang fresh tidak tumbuk. sebab maknab tak ada yang fresh so guna yg serbuk ja.
4. masukkan carrot,
5. kacau kacau hingga carrot layu, 
6. masukkan kacang kuda, kismis, garam
7. masukkan beras, tambah air hingga menutupi beras. optional boleh mauskkan 1 labu bawang putih ke atas nasi.
8. masak hingga mendidih dan air kering. sebab maknab guna pressure cooker, so maknab tekan ja butang rice cooker, masak selama 12 minit.bubuh ja pewarna kalau nak. maknab tersilap  masuk pewarna. ingat kolor orange rupanya pewarna kelor merah. hihihi pak andiaq.😂😊😂😂😂😂😂

lepas nasi dah masak maknab rasa okla juga sedapnya cuma tak ada kuahnya ja. ya la dah memang nasi pilaf makan macam tu takkan nak tukar macam makan nasi kandaq pula. 🤣🤣🤣

dah makan sedap juga. 



14 August 2022

nasi impit kuah lodeh,

menu hari ni. kalau masak macma ni, memang tak masak nasi lagi. nasi impit pun nasi juga kan. kuah lodeh, kuah kacang dengan ayam masak cabai.



13 August 2022

Tension thread spare parts untuk mesin jahit tepi yamato

Tak tahu nak panggil apa. Tengok dalam shoppee, ada jual rupanya. Lama dah mesin jahit tepi maknab tak ada benda ni.

Dulu dulu suami repair dia buka tension thread ni, kalau tak silap tahun 2006, letak di mana pun tak tahu. Lama juga jahit tepi tak ada tension thread. walau pun tak berapa cantik, sedikit longgar. Jahit juga la. Lagi pun maknab jahit baju sendiri saja. Tak kisah la, tak berapa elok boleh ja.

Murah ja, satu set 10.00 order dua set dengan postage 24.60 ja. Sib baik maknab cari dalam shoppee. Ada jual rupanya. 

Maknab beli mesin jahit tepi yamato ni tahun 95, tu pun beli second hand.  Maknab dah guna 27 tahun, mesin ni elok lagi, walaupun tak ada tension thread yang dua tu masih elok jahitan tapi sedikit longgar. Sekarang dah beli tension thread ni lagi cantik jahitan dia. Ni original mesin dari japan, tu yang tahan lama. Model ni tak ada lagi dah. Spare parts pun tak ada lagi.




12 August 2022

pengalaman meningkat tua

kini maknab sudah jadi warga emas senior, umur maknab sudah 66 tahun. Tahun ini baru maknab rasa sakit urat.  Sakit urat di bahagian lengan atas, bawah bahu sedikit. Sekarang maknab tak boleh angkat tangan kanan 100 percent tinggi, macam selalu maknab buat kalau aerobic. Sebelah kiri okay boleh lagi angkat 100 percent tinggi.. Lengan kanan yang sakit hanya sakit kalau maknab nak angkat tangan contoh, nak sangkut penyapu atau mop yang tinggi. memerlukan mengangkat tangan.

Kalau nak pakai baju atau buka baju kita mengangkat tangan, masa ni lah baru merasa sakit. Suami suruh makan ubat urat. tapi maknab sakit kalau angkat tangan saja, kalau tak angkat tangan, tak sakit boleh buat kerja macam biasa. Nak cakok bra pun susah, aduih. tak payah makan ubat lagi. Dok dengar kawan kawan yang sebaya maknab atau yang muda sikit maknab sakit sana sakit sini, kini maknab sudah dapat sakit tu.  Tidak dapat dielakkan bila kita meningkat tua. 

lagi satu cramp kaki. kadang kadang cramp teruk, jari akan turun. sakit yang amat. kadang kaki kiri kadang kaki kanan. Mungkin maknab kekurangan calcium. Tapi maknab ni jenis tak kaki makan ubat atau supplement. Bukan tak beli calcium supplement, makan lah mula ja lepas tu mula la maknab pass dekat husband. Dia la tolong habiskan 😀😀😀😀



09 August 2022

Kaki cramp

Maknab selalu juga kaki cramp. Memang sakit sangat, kadang kiri kadang kanan. Kaki cramp memang tak ada ubat, kena makan supplement calcium banyak. Tapi maknab ni jenis, tak kaki makan ubat ka supplement ka. 🤣🤣🤣🤣🤣

Bukan tak beli supplement, beli juga calcium, vitamin c, omega 3. Tapi tak makan sungguh2. Gambar ni jari maknab turun ke bawah, memang sakit sangat tapi sempat juga ambil video. Hahahaha 










08 August 2022

Mimpi ghupanya.

ku naik taxi dgn husband. Turun dari  taxi aku kata kat dia tunggu sat nab nk tukar kasut. Kasut ni, sakit pulAa, kebetulan ada lagi sepasang dlm beg. Dia xtunggu jln terus. Xpa nanti aku ikut later. Dah pakai kasut aku jln tapi xjumpa dia.  Kasut yg aku tukar ganti tu aku boh dlm beg tertinggal kat bangku yg aku dok tadi.

Aku jln sendiri sbb husband dah jalan dulu dia naik ferry sorang2. Aku pun naik ferry lain. Tengah dok lap spec aku tiba2 patah, turun ferry aku singgah supermarket yg dekat komplex bworth, kena buka kasut kedai spec tu. Aku beli spec power ja. Nk keluar, kasut aku hilang. Haaa mampuih. Kasut yg aku ganti dlm beg tertinggal atas kerusi tadi.Nk kena beli kasut pula ka. 

07 August 2022

kek pisang

Hari ni Maknab buat kek pisang. Pisang yang dah masak ranum ada lagi, kalau simpan nanti rosak sayang. Tapi buat kek pisang tak lah guna banyak pisang, sekurangnya luak la juga.  Maknab dah bagi jiran jian keliling rasa pisang ni.  Dua kali tuai dua tandan, semua dapat rasa. Alhamdulillah rezeki Allah bagi.

Resepi kek pisang ulang tayang. Walaupun ada dalam blog ni post yang duludulu. maknab still bagi juga supaya mudah. 
kek paling simple in the world 😀😀😀😀





resepinya: 

2 cawan tepung gandum - maknab tambah lagi 1 camca makan tepung supaya tak berapa manis.
1 cawan butter yang sudah dicairkan
1 cawan gula - maknab guna gula icing supaya senang hancur bila diputar
4 biji telur 
1 camca teh baking powder
1 camca teh sod bicarbonate
1 camteh esen pisang. 
5 biji pisang lemak manis-lenyek lenyek bagi hancur (pisang apa pun boleh)

 cara2nya 
ayakkan tepung, baking powder dan soda bikabonate sebanyak 3 kali. ketepikan. lenyek pisang hingga hancur, ketepikan dalam bekas lain pukul gula, telur dan butter cair dan esen pisang hingga kembang, masukkan pisang yang sudah dilenyek tadi dan pukul lagi hingga kembang. masukkan tepung sedikit sedikit, kemudian bakar selama sejam dengan api 180c..



lagi gambar raya 2024