Showing posts with label masih ku ingat lagi. Show all posts
Showing posts with label masih ku ingat lagi. Show all posts

30 December 2012

jangan ambik moktan (rambutan) bapaku

Ini adalah satu peristiwa semasa kaknab kecik kecik iaitu tahun 1969, kaknab dalam remove class, sekolah sesi petang. oleh kerana pada hari jumaat sekolah petang masuk 2.45 jadi lambat lah sikit pi sekolah. so buat apa, baling rambutan pokok pakdin. pokok rambutan terletak di atas bukit, dekat rumah kaknab. buah rambutan ni pun bukanlah yang sedap sangat rambutan kampung , xlekang langsung, tapi suka juga baling dan kira curi lah tu. kaknab bersama kawan kawan kaknab, Idah, Lah mak timah, Noriah, Pawancik dan abang kaknab Latif. dah dapat banyak tangkai juga, ambik rambutan tu pi lah bagi dekat Saparbi Paknamad, kebetulan Saparbi, mengandung, mungkin badan dia lemah kut, habis saja dia makan tiba tiba dia menjerit menjerit macam kena rasuk hantu, kecut perut kami sebab takut, pak Putih iaitu pak saudara Saparbi pi panggil mak Mah Khalid, mai tengok, mak Mah ni memang pandai lah juga, entah apa dia buat, Saparbi, sambil jegil kat kami semua, mata dia perhati sorang sorang dekat kami, kebetulan ada kat situ, dalam takut takut pun nak tengok juga apa terjadi seterusnya. tengok apa mak Mah cakap

mak mah: hang mai mana, kacau anak cucu kami, pasai apa kacau anak cucu kami
saparbi: depa curi buah motan bapa aku.
mak mah: sapa bapa hang,
saparbi: pak din bapa aku.
mak mah: balik rumah hang, tempat asai hang, jgn kacau anak cucu kami.
saparbi: aku memang nak balik ni, (sambil menjerit adui adui adui, sebab mak mah kepit lada
hitam kat ibu jari nya)

apa yang mak mah baca lepas saparbi jatuh pingsan, mak mah sapu air kat muka dia, baru dia sedar. rupa rupanya belaan pakdin telah masuk ke dalam badan saparbi, apa lagi kami semua kena marah lah. mak mah berleter pok pek pok pek, tengah hari rembang baling rambutan, marah lah hantu dia. kira setia sungguh hantu dia jaga kebun pak din. kami stop sat baling rambutan dalam 2 minggu gitu, pastu buatlah semula, budak budak mana tahu serik. ekekekeke

sampai sekarang kaknab masih ingat peristiwa tu, anak Saparbi yang dalam kandungan dia masa tu dah dekat 42 tahun umur dia sekarang.

12 December 2012

Masih ku ingat lagi


telex tape. bahkan kaknab belajar buat ketupat nasi pun menggunakan tape ini, tapi tape kosonglah yang belum di punch.
masa kaknab bekerjaIni lah rupanya  kat boustead shipping dari 1978-1992 kaknab buat telex. masa ni taip memang laju 80 p.s.m. sebelum ada email semua communication melalui telex, boleh hantar message terus ke machine telex. tape digunakan untuk mempercepatkan penghantaran, taip dulu message tape akan di punch, kemudian hantar message dengan menggunakan tape ni, cepat jimat cos, kalau nak taip memang lambatlah. beginilah rupa tapenya, dulu kaknab memang boleh baca tape ni, kalau type salah, nak rerun tape tu memang lah lambat, so nak bagi cepat, kaknab cut and join tape tu dengan menggunakan uhu gum. bila semua dah edit dan pasti xdak error baru lah run tape tu, so the other side tempat yang kita nak hantar akan dapat message. telex message ni panjang panjang, kadang2 sampai 10 pages. tahun 1993 email dah diguna dengan meluas, so telex tidak digunakan lagi, masing2 hantar msg melalui email dengan pc sendiri, tahun 1993 hingga 1998 kaknab buat account


Ini pula telex tape yang sudah di punch, kaknab ambik dari internet, cuma gambar kecil tak boleh besarkan nanti blur.




Ini lah telex machine, besar, tapi taip  memang cepat.



Semua hanya tinggal kenangan

30 November 2010

masih ku ingat lagi kenangan silam.

tengah tengah jait baju, boring lah pula, masuk blog lagi baik, xade apa nak cerita, jum kaknab cerita pasal make make up kaknab. kaknab dah 54 tahun, kaknab mula kenal make up tahun 1975, baru habis sekolah, masa tu keje kilang motorola kat bayan lepas, baju hijau, ada bolero lagi memang cantik uniform dia, masa tu, dapat gaji 2 minggu sekali. hari khamis, kaknab ingat lagi, kalau hari tu kat penang road, asyik jumpa budak motorola je, pi shopping, xketinggalan kaknab juga. 

masa tu supermarket xbanyak, yang ada sayang supermarket kat atas chowrasta market tu, oriental departmental store, sekarang dah jadi komtar,  lipstick yang mula2 kaknab beli ialah outdoor girl kolor hijau pack dia, dulu outdoor girl kira lipstick yang mahal juga lah chewah, pastu mary quant, siapa masih ingat lagi mary quant, mahal juga tu, yang kaknab paling suka mascara, amboi kalau xpakai mascara xpi keje lah, mascara make up yang paling cepat habis, bulu mata ku yang panjang dan lentik amboi sampai sekarang pun dok lentik lagi eksyen lah tu. hehehe. masa tu rajin pula pi buat facial, kedai saloon and perm parlour kat dalam bazar penang, mak nya tu ada anak kembar, anak kembar dia ni lah yang buat facial, masa tu buat facial murah rm7.00 saja. siap cabut bulu kening, tapi kaknab mana ada cabut bulu kening dari dulu hingga sekarang cam tu lah lebat, xcabut langsung kira original lah hahaha. 

dulu ingat lagi cream yang selalu orang dok pakai nama 'ching lon' sapa pakai kream ni muka jadi putih licin, gebu, tapi kaknab xboleh pakai sebab muka kaknab berminyak, so tengok orang pakai je lah, yang kaknab pakai hezeline snow, yang iklan dia sejuk macam salji, penipu punya iklan hahahaha.dulu dulu lipstick orang pakai merah menyala, ingat lagi bapa kaknab selalu komplain pakai merah sangat, mulut macam jubuq ayam hahaha, dah aruah pun bapa kaknab. semoga rohnya dicucuri rahmat. 

sejak dulu lagi kaknab pun dah tahu pakai cleanser kaknab pakai ann french dia milk cleanser, tapi dalam dok jaga pun muka kaknab tumbuh jerawat batu besar2 huhuhu sian kaknab, apa boleh buat mewarisi bapa kaknab lagu tu, nak buat camna, kaknab beli clearasil untuk menghilangkan jerawat, tapi yang satu xkecut lagi tumbuh yang lain pula huhuhu, tu lah muka kaknab berlubang lubang macam tar jalan hahahaha, sian kaknab. memang xhilang punya parut jerawat ni, melainkan pi laser lah baru muka licin kut, biaq pi kat dia lah, janji sihat sudah noooooo.

16 October 2009

gambar lama sekolah abangku sekolah tanjung tokong


abangku bernama  Ali berdiri belakang barisan kedua, sudah kembali ke rahmatullah pada 23/4/08. Ini gambar kenangan dia darjah 2 tahun 1959.

25 August 2009

masih ku ingat lagi dolu dolu di bulan ramadan

masa berlalu, keadaan di bulan ramadan amat berbeza sekali, dulu masa kaknab kecik2 sekitar tahun 60'an kalau bulan puasa, memang seronok, awat xcam tu, xada orang jual kueh2 macam kat pasar ramadan, tiap tiap petang, jiran jiran akan bertukar bekas, jadi kalau time berbuka penuhlah hidangan yang beraneka rasa, tapi la ni, dah xada lagi, , tidak ada episod hantar menghantar, ramai yang beli kat bazar ramadan, camna nak hantar kat jiran jiran kan.
kaknab dulu petang je, pakat  pi kedai beli ais sorang seketul, seketul sekupang, penjual akan potong ais, di ikat dgn tali. pekedai tu akan simpan ais di dalam habuk kayu xmau bagi dia cair. masa tu tidak ramai rumah yang ada peti ais. tapi la ni semua rumah wajib ada peti ais, xgaduh nak pi beli ais lagi.

17 June 2009

ORANG YANG INGIN KAKNAB JUMPA

orang yang paling kaknab ingin jumpa ialah cikgu Sabarudin yang mengajar kaknab masa darjah 1 tahun 1963, di sekolah kebangsaan Tanjung Tokong, pulau pinang. Dia baik sangat, kalau umur kaknab dah 53 tahun maknanya umur dia mungkin dalam 70'an sebab dia mengajar selepas keluar maktab, itulah sekolah yang mula2 sekali dia mengajar. Dia penah datang cari kami murid-muridnya, tahun 1972 masa tu kaknab form 3. Entah masih ada kah guruku yang baik ini, wallahualam

15 November 2008

nostalgia semasa kecil

kaknab ni dibesarkan ditanjong tokong, penang. dulu tanjong tokong memang seronok, tepi laut, boleh cari kerang, siput remis, kepah, kdg2 cari belangkas, syoknya rasa macam nak kecik baliklah.
kami dulu xlah nakal sangat macam budak2 la ni, kena tolong mak angkat air dulu baru boleh main sebab rumah kaknab xade paip, rumah orang lain dah ada, so kaknab pi angkat air dari pancoq awam, kena angkat banyak kali baru penuh satu tempayan. woooo penatnya.
semasa kaknab umoq 7 tahun, darjah satu, kaknab start juai kueh, masa tu makcik embun yang buat nasi lemak, orang yang juai nasi dia demam, so , adalah lagi 6 bungkus yang tinggai, sebungkus 5 sen je, yang besar 10 sen. yang tinggai tu rege 5 sen punya, so semua sekali 6 bungkus jadi 30 senlah. dia minta kaknab tolong juai, so kaknab pun bawalah, jaja nasi lemak, nasi lemak, dengan suara lantang, dia macam berlagu sikit, orang penang mesti tau, macam mana orang jaja juai kueh. sampai kat satu rumah kaknab ingat lagi rumah kawan kaknab salbiah, bapa dia panggil, kaknab pun pi, dia ambik 6 bungkus sekali, tapi petang baru mai ambik duit, terpinga2 kaknab nasi dah ambik duit xdak pula, mau x mau anggok je, balik cakap kat makcik embun orang hutang, so petang baru pi kutip, nak buat macam mana kan. start from that day lah kaknab pun juai kueh sampai kaknab form 2 1970. dah besaq malulah nak juai.
dulu ramai orang susah banyaklah kawan2 kaknab yang juai kuih, salah sorang kami yang juai kueh tu rockydin yang dulu menyanyi lagu 60'n. yang suka pakai spek hitam tu. dia pun juai kueh juga, tapi dia tua sikit dari kaknab, baya baya abang kaknab gitu.
sebutlah kueh apa semua kaknab juai, bawa 6 raga, 3 belah kanan 3 belah kiri, tau x macam mana kaknab bawa 6 raga, tak kat lengan 2 pegang di tangan 1 so kiri dan kanan jadi 6 lah.
tapi kami xsedih walaupun kenal juai kueh, sebab dalam poket skirt kaknab ada mainan, belah kiri ada gasing, belah kanan ada goli, bila juai, singgah kampong mana musim main goli, stop sat main dulu, letak raga kat tepi, kampong mana main gasing, stop sat main gasing. pastu sambung juai semula.
itulah serba sedikit kisah kaknab kecik2 dulu, kalau ada member2 orang tanjong tokong tanyalah kat depa nab yang juai kueh semua orang kenai.
upah yang kami dapat rm1 upahnya 30 sen.

Me the latest