salam semua dan selamat datang, hobi menjahit dan memasak boleh menjanakan pendapatan. Senaman aerobik untuk jantung yang sihat. semua masakan dalam blog ni adalah masakan kaknab untuk family
29 November 2008
23 November 2008
20 November 2008
18 November 2008
KUAH ROJAK
Ni resepi kuah rojak, dulu kaknab jual rojak buah dan calit sengkuang. cubalah
1 cawan kicap pekat
500 gm gula merah atau gula melaka
10-12 cili kering (kalau nak pedas boleh tambah lagi) digoreng dan tumbuk dengan belacan
1 inci belacan bakar
4 camca besar otak udang (petis orang selatan panggil)
kacang tanah (goreng dan tumbuk)
cili sauce 1 cawan (ini cuma optional, kalau xbubuh pun xape)
4-5 camca cabai makau (kalau xade pun xape, setengah tempat payah nak cari, kat penang memang rata2 kedai cina jual.)
gula pasir
300 gm biskut merrie (hancurkan bagi jadi serbuk, ini untuk memekatkan kuah)
sedikit garam
masak gula merah dengan kicap sampai hancur, masukkan bahan2 lain seperti, cabai, cili sauce,
otak udang, cabai makau, gula pasir, garam masaklah biar lama sedikit, akhir sekali masukkan serbuk biskut merrie kacau sampai dia sebati dengan kuah, masak biar betul2 pekat, boleh masukkan kacang kalau suka, atau boleh campurkan kacang semasa membuat rojak.

16 November 2008
BUAH NAMNAM
Buah namnam sejenis buah yang hampir pupus, jenerasi sekarang dah xpernah tengok lagi buah namnam. rasanya menang sedap, kalau betul2 masak, buah ni adalah nostalgia semasa kecik dulu, kami selalu curi pokok mak bi, kat tanjong tokong, makbi ni kedekut, kdg2 buah ni xsempat masak pun dah kena curi, sebab buahnya di pangkal so senang nak ambik. hehhehe
siput remis
ni siput remis.
pernah tengok dan pernah makan x siput remis ni?
teringat kecik2 dulu siput remis memang banyak kat pantai tanjong tokong, korek je kat pasir, guna tempurung banyaklah dapat, boleh jual lagi, kalau buat kerabu dengan bunga kacang katok memang sedap, orang tg tokong saja tahu bunga kacang katok tempat lain xtau barangkali.

15 November 2008
BELANKAS
sebut pasal belangkas, wow sedapnya, kalau bakaq atas api, yang paling sedap teloq dia lah. kalau bakaq satu kampung wangi. pernah x makan belankas. orang la ni ramai dah xkenai belankas, sedapnya hingga menjilat jari. memang banyak di pantai tanjung tokong dulu, nanti naik sepasang, ambik yang bawah, betina baru ada telur jgn ambik yang atas jantan xdak telur, yang lawak kaknab nak banyak ambik semua, sebab xtahu masa tu,bawa balik, pak putih jiran kata, yang hang ambik yang jantan buat apa xdak telur, nak makan kaki mana sedap ekekekeke
nostalgia semasa kecil
kaknab ni dibesarkan ditanjong tokong, penang. dulu tanjong tokong memang seronok, tepi laut, boleh cari kerang, siput remis, kepah, kdg2 cari belangkas, syoknya rasa macam nak kecik baliklah.
kami dulu xlah nakal sangat macam budak2 la ni, kena tolong mak angkat air dulu baru boleh main sebab rumah kaknab xade paip, rumah orang lain dah ada, so kaknab pi angkat air dari pancoq awam, kena angkat banyak kali baru penuh satu tempayan. woooo penatnya.
semasa kaknab umoq 7 tahun, darjah satu, kaknab start juai kueh, masa tu makcik embun yang buat nasi lemak, orang yang juai nasi dia demam, so , adalah lagi 6 bungkus yang tinggai, sebungkus 5 sen je, yang besar 10 sen. yang tinggai tu rege 5 sen punya, so semua sekali 6 bungkus jadi 30 senlah. dia minta kaknab tolong juai, so kaknab pun bawalah, jaja nasi lemak, nasi lemak, dengan suara lantang, dia macam berlagu sikit, orang penang mesti tau, macam mana orang jaja juai kueh. sampai kat satu rumah kaknab ingat lagi rumah kawan kaknab salbiah, bapa dia panggil, kaknab pun pi, dia ambik 6 bungkus sekali, tapi petang baru mai ambik duit, terpinga2 kaknab nasi dah ambik duit xdak pula, mau x mau anggok je, balik cakap kat makcik embun orang hutang, so petang baru pi kutip, nak buat macam mana kan. start from that day lah kaknab pun juai kueh sampai kaknab form 2 1970. dah besaq malulah nak juai.
dulu ramai orang susah banyaklah kawan2 kaknab yang juai kuih, salah sorang kami yang juai kueh tu rockydin yang dulu menyanyi lagu 60'n. yang suka pakai spek hitam tu. dia pun juai kueh juga, tapi dia tua sikit dari kaknab, baya baya abang kaknab gitu.
sebutlah kueh apa semua kaknab juai, bawa 6 raga, 3 belah kanan 3 belah kiri, tau x macam mana kaknab bawa 6 raga, tak kat lengan 2 pegang di tangan 1 so kiri dan kanan jadi 6 lah.
tapi kami xsedih walaupun kenal juai kueh, sebab dalam poket skirt kaknab ada mainan, belah kiri ada gasing, belah kanan ada goli, bila juai, singgah kampong mana musim main goli, stop sat main dulu, letak raga kat tepi, kampong mana main gasing, stop sat main gasing. pastu sambung juai semula.
itulah serba sedikit kisah kaknab kecik2 dulu, kalau ada member2 orang tanjong tokong tanyalah kat depa nab yang juai kueh semua orang kenai.
upah yang kami dapat rm1 upahnya 30 sen.
09 November 2008
tangan kembong ala SPA Q
nak buat tangan kembong ala SPA Q cam ni
Subscribe to:
Posts (Atom)
-
hari ini masak gulai ikan tongsan, tadi p jusco tengok cantik sangat ikan ni, kaknab pun ambik lah 5 ketul, murahnya tak sampai pun rm4. Ni ...
-
Ni gambar dari miss google. Oven pensonic AE-350N Oven yang kaknab beli tahun 2013. Dah 6 tahun umur dia. Tulisan kat oven pun dah tak nampa...
-
Assakamualaikum semua, dah pergi pasar ke? Masak lauk apa hari ni. Kaknab dah p market, beli ikan baji, 3 ekor 2 kilo rege rm15/- dah ada...