21 June 2009

NASI LEMAK KUKUS

hari ni kaknab masak nasi lemak kukus



nasi dengan sambal udang dan ayam goreng berempah


nasi yang sudah siap dikukus.

resepi nasi lemak kukus

6 cawan beras
rm2 santan
sedikit halia
garam
daun pandan

basuh dan kukus beras selama 10 minutes. angkat dan rendam selama 3 jam, kukus semula selama 20 minutes, apabila sudah masak gaul dengan santan yang sudah dicampur dengan garam, tunggu selama 10 minutes biar santan mesra dengan nasi. kukus semula selama 10 minutes. memang renyah sikit nasi lemak kukus tapi hasil memang sodap. nasi berbiji biji xhancur. cubalah

PETUA PETUA

Ini ialah petua petua yang kaknab ambik dari blog Noraini baking class, memang bagus untuk kita mempraktikannya. kelas Noraini terletak di Batucaves sayang jauh sangat kalau dekat nak kaknab join kelas memang boleh belajar macam2 di sana.

1. Sayur kekal segar
Cuci sayur dengan air dan masukkan dalam beg plastik.Simpan
dalam peti sejuk.Sayur tahan lebih semingu.

2. Ikan tetap segar
Siang ikan dan buangkan isi perut dan insang.Tak perlu dicuci.Bungkus dalam kertas suratkhabar lama dan masuk plastik. Simpan peti dinginbeku.

3. Hilangkan hanyir ikan
Setelah disiang, rendamkan ikan dalam air dicampur limau nipis
atau limau kasturi selama 30 minit. Bau hanyir akan hilang.

4. Ikan atau ayam tak lekat di kuali.
Untuk mengelakkan ikan atau ayam melekat di kuali,minyak hendaklah memenuhi ikan atau ayam.Minyak itu hendaklah dipanaskan
terlebih dahulu sebelum masukkan ikan atau ayam. Renjis sedikit air, jika
hilang bunyi berdesir, boleh masukkan ikan.

5. Khasiat air beras
Apabila membasuh beras jangan dibuang airnya kerana boleh membasuh ikan. Kemudian siramkan ke atas pokok bunga. Pokok akan tumbuh
subur.

6. Elakkan periuk kenduri jadi hitam
Sebelum memasak pada majlis kenduri kendara, sapu minyak masak
pada bahagian luar periuk itu. Ia akan mudah dicuci.

7. Buang tulang ikan terubuk atau ikan parang
Untuk mengelakkan tulang, pegang bahagian ekor dan kepala ikan.
Tarik arah bertentangan sehingga bunyi berderap.Cara ini memudahkan kita

memakan isinya.

8. Bawang kopek tahan lama
Untuk memudahkan kerja memasak, bawang boleh dikopek awal
tetapi jangan dibasuh. Simpan dalam bekas plastik dan masuk petisejuk.

9. Memudahkan telur dikopek
Telur hendaklah cukup direbus iaitu sekurang-kurangnya 30
minit.Kemudian rendamkan dalam air paip sehingga sejuk. Kopeklah seperti biasa.

10. Tulang dan daging cepat empuk
Rebuskan bersama daun nangka muda ataupun rebuskan bersama
sebatang sudu atau garfu. Daging akan cepat empuk.

11. Membasuh buah-buahan
Untuk menghilangkan kesan bahan kimia pada kulit buah-buahan seperti epal atau pir, basuh buah itu dengan air garam dan bilas dengan air biasa.

12. Air gula tahan lama
Supaya air gula tahan lama masukkan 1 sudu besar air limau nipis semasa kita memasak air gula. Setelah mendidih, rendidih selama 20 minit dan
sejukkan.

13. Pisau tak berkarat
Setelah menggunakan pisau, basuh dengan air bersih dan lapkan
kering.Kemudian barulah disimpan.

14. Kacang cepat kembang
Untuk merebus kacang hijau atau kacang dal memakan masa. Rendam kacang itu dengan air selama 3 jam sebelum direbus.Ia akan cepat kembang.

15. Elakkan getah nangka
Sapukan pisau dengan minyak masak sebelum membelah nangka.Tangan juga boleh disapu minyak jika terkena getah nangka.Gosok dengan kain buruk dan cuci bersih.

16. Bersihkan pengisar
Untuk menghilangkan bau pengisar selepas mengisar cili atau bawang, kisar sedikit hampas kelapa dengan sedikit air untuk menghilangkan bau dan daki.

17. Santan lebih pekat
Untuk mendapatkan santan lebih pekat, kisar kelapa parut dengan sedikit air hingga kelapa hancur Perah seperti biasa.

18. Kelapa parut tahan lama
Agar kelapa parut anda tahan lama, simpan dalam peti beku. Ia tahan 1 - 2 minggu.

19.Kelapa parut beku
Untuk melembutkan kelapa parut yang beku, keluarkan ia 2 jam sebelum digunakan agar ia lembut. Tuangkan sedikit air panas dan kisarlah seperti
biasa.

20. Tempoyak tahan lama
Supaya tempoyak anda tahan berbulan-bulan lamanya, masukkan isi durian yang telah diperam beberapa hari ,ke dalam sebuah botol dan simpan peti sejuk.


Baking Tips


1. Membersihkan Ketuhar
Selepas ketuhar digunakan biarkan ia sejuk. Selepas itu bersihkan ketuhar dari kotoran dan habuk yang melekat.Gunakan air sabun pencuci pinggan dan kain buruk.Lapkan kering-kering.

2. Lembutkan Mentega
Mentega atau krim keju hendaklah dikeluarkan 30 minit sebelum digunakan agar ia lembut dan mudah diputar.

3. Bersihkan Telur
Sebaik-baiknya, telur yang hendak digunakan dibersihkan dari kotoran agar tidak masuk dalam adunan kek. Keluarkan telur dari peti sejuk 1 jam sebelum digunakan.

4. Pilih tin pembakar yang bersesuaian
Gunakan tin pembakar jenis aluminium dan saiznya perlu sesuai dengan resepi. Boleh guna yang bulat, empatsegi dll.

5. Gris tin pembakar
Untuk kek berasaskan mentega, tin perlu digriskan dengan mentega atau majerin dan lapik kertas serap minyak. Gunakan berus pastri untuk
menyapunya.

6. Panaskan ketuhar
Sebelum membakar kek atau biskut, panaskan ketuhar kepada 180 darjah celcius selama 15 minit.

7. Tepung yang sesuai
Gunakan tepung yang paling sesuai dengan jenis masakan anda.Jika membuat kek gunakan tepung kek dan jika membuat roti pula gunakan tepung roti.

8. Ayak tepung
Kebanyakan resipi menghendaki kita mengayak tepung sebelum mengadun. Tujuannya untuk memasukkan seberapa banyak udara ke dalam tepung agar kek menjadi ringan dan gebu.

9. Sejukkan kek
Kek hendaklah disejukkan sebelum dipotong. Gunakan pisau tajam atau pisau bergerigi untuk memotong kek agar tidak berderai.

10. Potong kek buah
Sebelum memotong kek buah, sejukkan kek semalaman dalam peti sejuk agar ia keras. Kemudian potong dengan pisau bergerigi. Ini untukelakkan buah terkeluar.

11. Simpan kek
Untuk menyimpan kek agar tahan lama, balut dengan kertas aluminium ,
masukkan dalam bekas bertutup dan simpan dalam peti sejuk. Kek span dan mentega tahan 1 minggu. Kek lapis tahan satu bulan.






Baking Glossary


All Purpose Flour (Tepung gandum serbaguna) - Tepung gandum protin sederhana yang sesuai untuk membuat pelbagai jenis masakan
seperti kuih-muih, kek dan sebagainya.

Batter - Adunan tepung yang telah dicampur air atau susu.Ia berbentuk cecair.

Bake (bakar) -Memasak makanan mentah dalam ketuhar menggunakan haba kering.

Baking Powder (serbuk penaik) - agen penaik yang digunakan untuk membuat kek,biskut, roti dan lain-lain.Double action baking powder bertindak 2 kali lebih kuasa dan sesuai untuk produk kukus supaya
naik dengan lebih cantik.Sesuai juga untuk produk bakar.

Baking Soda (soda bikarbonat) - adalah sejenis kimia beralkali yang digunakan untuk membuat kek atau kuih yang berasid seperti
kek pisang, kek lobak ,buah-buahan, koko, madu , gula hangus dll.Ia
menutralkan asid dan menjadikan kek ringan dan kembang.

Bain-Marie - Juga disebut Water Bath @ Steam Bath. Kita meletakkan satu dulang berisi air dibawah tin kek.Kedua-duanya dimasukkan sekali ke dalam ketuhar. Dengan cara ini,kek masak perlahan dari haba air dan tidak berkerak. Sesuai untuk memasak kastad dan kek keju.

Bread Improver - Bahan pembaik doh yang menjadikan roti tahan lama,lembut dan sedap.

Bread Softener - Bahan serbuk putih yang memberi lebih kelembutan pada kek. Untuk roti komersil, kedua-dua bahan ini dimasukkan dalam adunan roti.

Buttercream (krim mentega) - Sejenis krim dimana mentega dipukul bersama gula aising atau sirap gula hingga menjadi ringan dan gebu. Kemudian ia digunakan untuk menyalut kek.

Buttermilk (susu masam) - Jarang didapati di pasaran tempatan.Buttermilk dibuat dari susu segar yang dipanaskan dan dicampurkan 1 sudu teh cuka atau jus lemon. Kacau dan biarkan 5 minit hingga ia pekat seperti yogurt.

Chemical Leavening (bahan penaik kimia) - digunakan dalam industri bakeri untuk menghasilkan produk yang gebu, ringan dan naik dengan cantik. Bahan penaik ini terdiri dari soda bikarbonat, serbuk penaik dan serbuk krim tartar.

Cream of Tartar (serbuk krim tartar) - garam dari asid tartarik yang digunakan untuk menstabilkan putih telur yang telah dipukul
dan juga digunakan sebagai bahan penaik dalam kek.

Coklat Couverture - Coklat semulajadi yang manis dan
bermutu tinggi. Ia tidak mengandungi lemak campuran.

Cooking chocolate (coklat masakan) - Coklat jenis ini
sering digunakan dalam indusri bakeri. Ia mudah beku pada suhu bilik dan sering digunakan untuk saduran biskut atau sebagai ganache pada kek.

Cupcakes (kek cawan) - Kek kecil yang diisi dalam cawan kertas dan dibakar dalam tin pembakar muffin. Adunan kek cawan boleh dibuat dari kek span, kek mentega atau muffin.

Creaming (mengkerim) - Proses memukul mentega dan gula hingga menjadi gebu dan putih . Kaedah ini dilakukan untuk membuat kek
mentega.

Confectioners Sugar (gula aising) - gula paling halus seperti serbuk yang telah ditambah sedikit tepung jagung. Gula jenis ini sering digunakan untuk membuat krim mentega dan lain-lain jenis aising.

Chiffon Method (Kaedah Sifon) - Kaedah membuat kek dimana putih telur dan sebahagian gula dipukul hingga kental.Kemudian disatukan dengan bahan-bahan lain.

Coco Butter (mentega koko)- Lemak putih yang didapati dari coklat semulajadi dan digunakan untuk mengurangkan kepekatan coklat.

Double Boiler - Mencairkan coklat, mentega atau krim keju dengan menggunakan haba dari air yang panas. Caranya ialah panaskan air di dalam sebuah periuk atau kuali. Letakkan mangkuk atau periuk kecil berisi coklat diatasnya. Kacau hingga coklat cair.

Decorating Tips - Sejenis alat seperti acuan untuk menghias kek.Ia diperbuat dari logam dan berbentuk kon. Alat ini dimasukan ke dalam beg piping dan isikan krim mentega . Picit mengikut bentuk disukai.

Emplex - Bahan perangup biskut yang berbentuk serbuk putih. Dijual di kebanyakan kedai bahan kek.

Egg Wash @Glaze - Telur yang dicampur sedikit susu atau air dan disapu atas roti dan pastri untuk menjadikan permukaannya kekuningan dan berkilat.

Fondant (Fondan) - Doh lembut yang diperbuat dari gula aising, gelatin, gliserin dan ditambah perisa.Digunakan untuk membalut kek perkahwinan atau pertunangan.

Fermentation (fermentasi) - Tempoh masa diberikan kepada adunan beryis sebelum dibahagi, dibentuk dan dibakar.Proses ini berlaku apabila enzim yis menyuraikan gula untuk menghasilkan karbon
dioksida dan menghasilkan buih-buih udara yang menyebabkan doh
mengembang. Dua kali fermentasi diperlukan untuk membuat roti atau pau.

Gluten (glutin) - Protin yang terkandung dalam tepung gandum. Apabila dicampur air dan diuli, glutin akan terbentuk dan memberi struktur kenyal dan elastik.

Glucose Syrup (Sirap glukos) - Sejenis gula komersil yang berupa seperti sirap gula dan bewarna jernih.Ia tidak akan menjadi keras dan sesuai untuk industri makanan. Ia juga dikenali sebagai dextrose.

Gelatin (jelatin) - Adalah sejenis bahan pemekat dan pembeku yang digunakan untuk membuat kek keju, mousse dan lain-lain. Jelatin halal dari Pakistan dibuat dari bahan tumbuhan.Berupa seperti serbuk gula tetapi bewarna sedikit perang.

Genoise Cake (Kek Genoise) - Kek ringan dan lembut diperbuat dari tepung gandum,gula, telur mentega dan vanila.Teksturnya seakan kek span. Berasal dari Genoa, Itali dan resipi ini popular di Amerika dan Eropah.

Ganache - Salutan kek yang diperbuat dari coklat. Susu dipanaskan hingga mendidih.Angkat dari api dan masukkan coklat masakan yang telah dipotong kecil. Gaul dengan sudu hingga coklat cair. Kemudian bolehlah tuang atas kek.

Glyserin (gliserin) - Sejenis cairan jernih seperti sirap yang diperbuat dari lemak dan minyak. Berfungsi untuk memberi dan mengekalkan kelembapan pada kek ataupun fondant.

Golden Syrup (sirap emas) - bahan sampingan dari proses penapisan gula. Ia bewarna keperangan dan pekat.Rasanya seakan gula hangus.

Mousse - Inti atau filling yang diletakkan diantara dua kepingan kek. Ia diperbuat daripada krim putar, gelatin dan buah-buahan kisar. Kek ini enak dimakan sebagai pencuci mulut dan perlu disejukkan.

Marzipan - Pes yang diperbuat dari serbuk badam, gula dan putih telur. Ia dijadikan doh yang lembut dan dibentuk menjadi buah-buahan dan lain-lain untuk hiasan atas kek.Juga boleh digunakan untuk membalut kek.

Piping Jelly (Jelli hiasan) - Sejenis gel manis yang lutsinar dan boleh diwarnakan untuk hiasan atas kek atau untuk memaip tulisan.

Piping Bag - Beg berbentuk segi tiga daripada plastik atau kertas yang digunakan untuk mengisi aising.

Petits Fours - Makanan manis yang kecil-kecil, cantik dan berhias aising. Selalunya dihidangkan selepas waktu makan.

Preheat - Memanaskan ketuhar atau pengukus kepada suhu tertentu sebelum memasukkan makanan.

Royal Icing (Aising Royal)- Aising yang diperbuat dari putih telur, air, gula atau krim tartar. Ia pekat seperti aising mentega dan boleh diwarnakan. Ia boleh menyalut kek , membuat bunga atau untuk corak atas kek fondan.

Room Temperature (Suhu Bilik) - Suhu kebiasaan bagi dapur.

Stabilizer (penstabil) - Bahan tambahan yang dimasukkan ke dalam adunan kek bagi menghalang pemisahan bahan seperti air dan lemak. Ovalette adalah contoh penstabil.

Super Sponge - Bahan emulsi dan penstabil yang digunakan dalam pembuatan kek span supaya kek span sentiasa gebu. Nama lain bagi super sponge ialah ovalette, Quick 75, TBM dan lain-lain. Bahan ini dalam bentuk pes bewarna oren.

Sugar Paste (Pes Gula) - Bahan yang diperbuat dari gula aising,tepung jagung dan gelatin. Bahan ini diuli menjadi doh lembut dan boleh dibentuk menjadi bunga, kotak dan lain-lain. Ia keras dan tahan lama. Sesuai untuk hiasan atas kek fondan.Nama lain ialah gum paste atau
pastillage.

Shortening - Sejenis lemak putih yang terhasil dari pemprosesan kelapa sawit.Digunakan dengan meluas dalam pembuatan roti dan pastri untuk melembutkan atau merangupkan produk.

Self-raising Flour (Tepung Naik Sendiri) - Tepung gandum serbaguna yang telah dicampurkan serbuk penaik dengan kadar tertentu. Anda tidak perlu mencampurkan serbuk penaik lagi.

Springform Pan - Tin atau acuan bentuk bulat yang boleh dibuka di bahagian tepi dan dasarnya. Ia sesuai untuk membuat kek keju kerana mudah dikeluarkan.

Whipping Cream (Krim Putar) - Diperbuat dari krim pekat, gula dan ada bahan penstabil agar produk tetap gebu selepas diputar. Whipping Cream for Topping lebih sesuai untuk menyalut kek. Manakala Dairy Whipping Cream lebih sesuai dicampurkan dalam masakan.

Turntable (meja berputar) - Sejenis alat berbentuk bulat dan berkaki, yang digunakan untuk meletakkan kek dalam proses menghias kek. Alat ini diperbuat dari besi, kayu atau plastik. Ia boleh diputar untuk memudahkan kerja menghias kek.

Tempering - Proses mencair dan menyejukkan coklat kepada suhu tertentu, untuk digunakan bagi menyalut kek atau membuat produk dari coklat.

Yeast (Yis) - Sejenis organisma hidup dalam keluarga kulat (fungus). Ia perlukan udara, kelembapan dan gula untuk hidup.Di pasaran ada dijual yis kering dan juga yis basah. Untuk mempercepatkan proses yis mengembang, ia perlu diletakkan di tempat hangat. Yis digunakan dalam pembuatan roti, pau dan kuih-muih.

Sumber : www.homebaking.org.

terima kasih daun keladi kepada noraini yang sudi berkongsi petua petua untuk kita semua.

19 June 2009

FOOD PYRAMID


nak diet, boleh, tapi kena ikut food pyramid betul2 supaya badan kita sentiasa sihat dan bertenaga, jangan asyik dok diet, je, ini kurang itu kurang badan kita nanti lemah, ni food pyramid kaknab paparkan untuk semua

17 June 2009

ORANG YANG INGIN KAKNAB JUMPA

orang yang paling kaknab ingin jumpa ialah cikgu Sabarudin yang mengajar kaknab masa darjah 1 tahun 1963, di sekolah kebangsaan Tanjung Tokong, pulau pinang. Dia baik sangat, kalau umur kaknab dah 53 tahun maknanya umur dia mungkin dalam 70'an sebab dia mengajar selepas keluar maktab, itulah sekolah yang mula2 sekali dia mengajar. Dia penah datang cari kami murid-muridnya, tahun 1972 masa tu kaknab form 3. Entah masih ada kah guruku yang baik ini, wallahualam

kelas jahitan

sesiapa yang berminat ingin membuka kelas jahitan, boleh contact kaknab, dapatkan beberapa orang yang berminat, siapkan tempat dan mesin jahit kaknab boleh pergi ke tempat yang disediakan dan yuran berdasarkan kehadiran pelajar..jika ramai, yuran yang dikenakan kurang. pekej terpulang ke atas permintaan kelas itu. untuk keterangan lanjut boleh hubungi kaknab seperti di bawah

email: nabrejab@yahoo.com.my
tel no: 0134317198

11 June 2009

PENTINGKAH BAHASA INGGERIS???

YES, memang penting, kalau boleh biarlah semua anak2 melayu boleh bertutur dan menulis bahasa Inggeris dengan baik dengan nahu yang betul. Bahasa Inggeris memang susah kalau xtau, tapi xlah susah sangat kalau nak belajar, sebabnya bahasa Inggeris, kalau perbuatan yang lepas, , akan datang, sedang buat sebutan yang berlainan, so kenalah faham betul2. tak macam bahasa melayu, kalau sebutan makan, sedang, lepas, akan pun makan juga. tapi bahasa Inggeris, eat, ate, eaten, eating. kena faham betul2 so, selalulah bercakap jangan takut salah, kita belajar melalui kesilapan, lagi satu rajin2 tengok tv, dengar mat saleh cakap dengan grammar yang betul, dari sini kita boleh belajar, dulu2 kaknab belajar macam ni, melalui tv, siap satu kamus atas riba, kalau xfaham atau perkataan yang tak pernah dengar, boleh rujuk, sekarang pun kamus masih ada di atas tv, tapi anak2 sekarang xmau usaha macam tu, walaupun kaknab dari sekolah aliran Inggeris masih lagi tak jemu2 belajar. teringat dolu dolu, masa kaknab mula masuk remove class tahun 1969, masa tu sir masuk kelas, dia ajar bahasa Inggeris, kita dari sekolah melayu, memang tak berapa faham, ingat lagi sir sebut "enough" amboi sedapnya perkataan ni, apalah maknanya ni, masa tu semua orang tepuk tangan pastu sir sebut 'ok ok enough enough' kaknab dengan kawan2 yang lain dari sekolah melayu, dok tepok juga, sebab tak tau 'enough' tu cukup cukup. he hehe lawak betui. la ni memanglah terre bahasa Inggeris, 6 tahun sekolah sampai form five pastu kerja pula 20 tahun dengan syarikat swasta, semuanya surat menyurat dalam bahasa Inggeris, bertambahlah baik kegunaan bahasa Inggeris, so kalau kerajaan nak utamakan bahasa Inggeris janganlah bangkang noooooo

10 June 2009

saja nak cuci mata






gambar ni semua fesyen yang dipostkan oleh kawan wmc untuk semua. fesyen muslimah, manis dan bergaya.

contoh langsir







ni ialah gambar langsir yang kaknab snap kat kedai, cantik kan buatlah raya ni.

amirul demam denggi, sian dia.





hari tu amirul admitted to hospital demam denggi. duduk 4 malam, kena tidur dalam kelambu. sekarang dah sihat dah main rugby pun

05 June 2009

BEKAS TELOR


TENGOK NI, CANTIK KAN BEKAS TELOR, KALAU RAJIN MENGAIT MEMANG SAVE XYAH BELI MAHAL2 SEBAB SEKARANG NI BEKAS TELOR MAHAL BEBENOR.

TIPS JAHITAN

jahit zip sembunyi supaya xkedut

kalau jaht zip sembunyi, kadang2 kain tu kedut sikit, xmau kedut, lapik kertas agak2 panjang 1 kaki lebar 1 inci atau 2 inci letakan dibawah kain yang nak jahit, nanti xkedut lagi.

kola baju melayu supaya cantik.

untuk mendaat kola baju melayu yang cantik, kepingan yang dilikat kain keras hendak dipotong memanjang, iaitu ikut era kain, kepingan yang lagi satu dipotong melintang atau serong, kemudian masa menantum kedua2nya, hendaklah tarik sikit yang melintang, supaya tidak berkedut atau melembung apabila kola dilekong nanti.


ada banyak tips tips jahitan nanti kaknab postkan kemudian ye.

buat live di tik tok