Tabita skin care, anak kaknab yg ke empat pakai, muka dia memang ok. Parut jerawat pun xberapa nampak. kakak dia pun tanya, hang buat botox ke. botox apa mahai mana mampu. rupanya guna tabita.
kebetulan balik baru ni, dia belikan kaknab satu set. Kesian pula mahal juga tabita ni, lalu kaknab bayar kat dia 150. Kira half half lah. kaknab tak kisah sangat pun bukan nak kulit yang halus mulus gebu, dah 58 nak gebu apa hehehe. kedut sana sini, cukuplah tak bagi muka nampak kusam, dan kecikkan pores yang besar.
bila tengok pack dia, tak tulis apa pun, I mean dia punya bahan bahan yang ada dalam cream dan toner. Sebab kalau kaknab pi beli kat kedai, memang kaknab baca all the contents dalam product tu. memang was was nak pakai, lalu kaknab google pagi petang siang malam.
Bila tengok cara guna, kesan kesan tindak balas, macam mengandungi hydroquinone or mercury. bila kaknab google kesan guna cosmetic yang mengandungi hydroquinone and mercury betul2 macam guna tabita, minggu pertama kulit akan perih, gatal2, akan mengelupas, cuma dia tak cakap merah merah muka saja, tapi mati mati semua penjual menafikan. kaknab pun tanya anak, safe ke guna tabita ni. dia cakap kawan2 dia pakai okay je.
tapi kenapa pula cuma isi cream cream dalam botol tanpa apa2 bahan2 kandungan. ak dapat lah kita tahu apa bahan2 dalam cream dan toner. dah ada lalu kaknab pun pakai.
mai kaknab cerita macam mana kaknab pakai.
yang cleanser tu memang best, kaknab paling suka. bila cuci, muka halus glowing gitu. kulit memang nampak bersih . lepas basuh muka jangan kering/lap. ish tak selesa la hahahaha. tapi kaknab lap juga
tonerr dia, mak aih, menyucuk hidung, bau alcohol dia memang kuat. kaknab tak pakai terus, kaknab campur dengan air, kalau 3 titik toner, 3 titir air. ratio 1:1
lepas tu guna kapas dap dap kat muka. campur air bukan apa, bagi dia dilute sikit, tak mau concentrated, takut juga noooo.
lepas tu sapu cream siang atau malam. cream dia pun kaknab campur air juga, macam pakai bedak sejuk. apa taknya, dua dua cream ni, pekat likat melekat, macam mana nak sapu kat muka. bila dah campur air, baru lah senang sapu, sebab dah cair sikit cream siang kaknab guna selepas solat subuh, pastu nak solat zohor kaknab basuh dengan cleanser. pastu tak pakai dah, sebelum tidur pakai cream malam.
rata2 review kaknab baca semua cakap lepas 3 hari, ada yang 5 hari ada yang seminggu, akan mengalami kulit mengelupas, lepas satu minggu kulit akan jadi pedih memang perit lah . kalau pedih memang kaknab akan stop. tapi hingga hari yang kelapan, kulit tak mengelupas adalah rasa pedih sikit saja, tak lah teruk sangat, tapi memang ada kesan positif, kulit jadi halus, pores bertambah kecil, tak macam dulu pores macam kulit limau sungkist hehehe. best juga.
instruction pun tulis kat situ jangan guna apa2 cosmetik lain selain dari tabita ni. tapi kaknab tak ikut pun, untuk hari pertama hingga ke hari ke lima memang kaknab tak pakai apa2 selain dari tabita. tapi hari yang ke enam, selepas guna daily cream, kaknab top up muka dengan lorean uv protector pastu kaknab sapu elianto bb cream. takut juga muka merah2 nanti bila kena cahaya matahari, sebab keluar rumah.
itu lah cara kaknab guna tabita hari ni, adalah hari yang ke lapan. nanti kaknab update lagi perkembangannya
sebenarnya kaknab memang cuak juga guna tabita ni, sebab apa yang terjadi pada biras kaknab. pada tahun 2008 dia guna citra dewi, siap paste instruction dekat sinki, step by step. tahun 2009 kaknab jumpa dia pada hari raya, sebab dia di johor kaknab di penang, jumpa pun masa raya saja.
masa ni, muka dia memang putih, gebu, licin, tapi tak balance pula muka putih tangan dan badan gelap. pipi dia sampai nampak urat, dalam hati kaknabkata memang nipis kulit dia.
tahun 2010, kaknab raya kat penang, tak jumpa dia lagi. tahun 2011, anak kaknab kahwin, dia pun pi sama kat terengganu, masa ni kaknab tengok muka dia dah tak putih lagi, tompok2 hitam, siannya, kaknab tak tanya, memang benda ni sensitive, lagi pun hal2 ni kami tak pernah sembang. kaknab cuma tahu dari adik ipar kaknab dia dah berhenti guna citra dewi, muka dia terus macam terbakar. masa kat terengganu kaknab tengok muka dia berkilat, sebab guna cream, dia guna sk11 untuk pulihkan kulit yang tompok2 tu.
baru baru ni, tak sampai sebulan pun, masa pi makan belangkas kat telok sengat, kaknab ada masuk entry ni dalam blog ni. dia pun pi juga, muka dia masih tak hilang dengan tompok2 hitam tu, walaupun berkurang tapi tak pulih sepenuhnya, bayangkan dari tahun 2011 hingga 2013 lama juga nak pulih. tu yang kaknab takut.
kaknab pakai tabita nipis nipis sudah, lepas 8 hari, kaknab hanya akan guna selang sehari, seminggu lepas tu guna selang 2 hari, seminggu kemdian selang 3 hari. begitulah seterusnya, hingga set ni habis. lepas tu hai hai bye bye lah. no more repurchasing this tabita.