30 January 2017

7 hari di mekah

Selama berada di mekah kaknab dan husband sihat saja tak batuk atau demam. Kami buat umrah sebanyak 3 kali. Sekali umrah wajib dimana niat di miqat, qarnul manazil semasa atas pesawat, kali kedua, di ja'ronah, dan ketiga di tanaim. 

Walaupun ketiga umrah dibimbing oleh mutawif andalusia, kaknab dan suami buat sendiri, tidak ikut mutawif kerana mutawif orang muda umur duapuluhan, mesti lah kuat dan berjalan laju semasa tawaf tidal terikut kita yang warga emas, jadi kami pi sendiri, boleh jalan pelan2 tanpa berebut rebut masa, relax ja, xpenat sebab bertawaf perlahan wpun lambat sikit tapi xletih atau lenguh. Kalau berjalan laju rasa sakit irat saraf la, orang tua mana nak sama dengan yang muda.

Nasihat kaknab pergi haji atau umrah masa,muda, badan masih kuat dan sihat.

Kaum lelaki kaki memang pecah kerana bertawaf dan saie tak pakai kasut, atau stokin, bagi kaum perempuan agak beruntung juga kerana boleh pakai stokin, kaknab pakai stokin stokin serta stokin tawaf yang tapak berbiji, xlicin jalan atas lantai tiles pun selesa.

Kaki husband habis pecah2 sebab dia buat banyak sunat tawaf disamping umrah. Nak pakai lotion pun kadang tak sempat..

Kaki  husband pecah teruk



27 January 2017

dah sampai mekah

Alhamdulillah sampai jeddah  dengan selamat. Sampai airport jeddah pukul 9.30 malam waktu mekah, urusan imigration, menunggu bas nak ke mekah, sampai hotel hilton pukul 1.30 pagi, urusan check in itu ini pukul 2.30 pagi ingat nak tidor sekejap, sementara nak pergi mesjid solat subuh. Mata tak mau lena pula. Jadi hari tu satu hari tak tidor. Pukul 4.30 terus je ke mesjid untuk solat subuh

OK ka hotel Hilton.  Ya memang best. tersangatlah dekat  dengan mesjid pimtu 87,88. Yg best makanan buffet kat hilton semua sedap2.

Diambil dari tingkap bilik hotel hilyon tingkat 13 tower 3








08 January 2017

UMRAH DENGAN ANDALUSIA

Sampai la masanya kaknab akan berlepas ke mekah untuk menunaikan umrah. Kaknab pi dengan andalusia. Kaknab ambik pakej hilton bilik berdua. Semasa posting ni dok tunggu kat zone 3 untuk berlepas demgan pesawat saudi airlines






buat live di tik tok