26 May 2019

Kek pound marble

Mai mai kongsi kek gebu. Resepi simple saja. Kaknab baru saja bakaq tapi tak boleh makan sebab posa.

250 butter
200 gula halus
250 tepung gandum
6 biji teloq
1 camca teh baking powder. Bagi penuh menggunung ok
Secubit saja bikabornate soda. Xsuka boh bnyk sbb bicarbonate ada one kind of smell which I dont quite like. Hihi
Esen vanilla
3 camca besar susu cair
Satu camca besar serbuk koko

Bancuh macam biasa buat kek secara cream-in method. 

Cream -in method ni, pukul butter dgn gula hingga putih masukkan telor, tepong, susu. That's all. 

Bahagi dua adunan. Satu boh koko. Masuk kan dalam loyang yg sudah di oles butter. Tuang adunan satu persatu  kacau sikit bagi jadi design, bakar dengan api 180c selama sejam. 

Trentengteng siap dah kek pound marble



Pensonic oven AE-350N

Ni gambar dari miss google. Oven pensonic AE-350N

Oven yang kaknab beli tahun 2013. Dah 6 tahun umur dia. Tulisan kat oven pun dah tak nampak lagi jadi kaknab kena simpan gambar ni lain kali kalau hilang terus boleh refer kat blog ni hehe



Yang bawah ni baru kaknab punya.


Kaknab punya dah lama tak cantik lagi.
Apa pun dia banyak berjasa pada kaknab lebih lebih lagi kalau musim raya

++±++++++±++++++++++++++++++++

Ada tiga tombol. Tulisan kat tombol tu banyak yang hilang tak nampak lagi. Kaknab sorang saja ingat function dia sebab kaknab selalu guna. Orang lain nak guna  pening juga ni .

++++++++++++++++++++++++++++++

Yang pertama 
untuk temperature. Oven ni mula dengan 100 - 150 - 200 - 250 C
++++++++++++++++++++++++++++++++

Yang kedua selector. Boleh pilih convection oven atau oven biasa convection untuk bakar ayam piza atau kentang atau apa apa. Kek pun boleh tapi dinasihatkan tak payah guna convection untuk buat kek.

Untuk selector - ada 5 pilihan
Api atas bawah - convection
Api atas saja - convection
Oven biasa api atas bawah
Untuk grill
Untuk grill dan convection


+++++++++++++++++++++++++++++++
Tombol ketiga untuk masa membakar
10, 20, 30, 40, 50,60 minit

+++++++++++++++++++++++++++++++

Gambar dibawah pula kaknab copy and paste dari miss google kita. Gambar yang clear. Cuma temperature dia mula dari 0. Kaknab punya dari 100. Apa pun ini untuk panduan sebab dia lagi clear.





Update lagi hari ni 23/5/2021.
Aku pening pagi ni bakar kuih selepas raya habiskan bahan2 kuih. Tanda selector dah hilang. Upload lagi gambar yg lebih clear. Nak kena hafal tanda2 ni. Aku sorang tau guna, kalau anak2 ku balik nak guna mau pening kepala. 😆😆😆😆😆

Tombol selector (aku punya dah hilang tanda2)
Off
Convention atas bawah (angin punya)
Convention atas saja
Oven biasa api atas bawah
Untuk grill (tak pernah guna pun)
Untuk grill dan convention.

Beli tahun 2013. Now 2021 dah 8 tahun panjang juga umur oven ni.

17 May 2019

Solat terawih kat rumah ja.

Dah 13 hari  kita  berterawih kan. Cuma 5 malam saja kaknab pi berjemaah di surau. Yang lain kaknab solat terawih di rumah. Solat di rumah rasa lebih afdal kan untuk kita kaum muslimat. 

Jadi kaknab pilih solat di rumah, tak lah Kelamkabut nak siap ke surau. Waktu maghrib pendek, lepas berbuka nak Mandi, nak solat, kadang berebut rebut pula nk ke surau, masa tu la nak pi tandas adui masa nak pi la dia terasa nak melepas pula hihi.


02 May 2019

Hotel G Inn, Penang

Dari Kota Bahru kami menuju ke Penang pula.  Di Penang kami menginap di G Inn, Mclister Road.  Penang tak ada masaalah, tak pakai waze pun tak apa, sebab Penang tempat kaknab dibesarkan, walaupun banyak perubahan masih boleh pusing pusing dan sure tak sesat. Kaknab memang biasa jalan jalan kat Penang.  Saja booking hotel kat town area senang kami nak cari makan.

Hotel G Inn ialah hotel budget. Dengan potongan 51% kaknab cuma perlu bayar RM114.00 termasuk tax. Bilik memang puas hati kaknab boleh bagi 5 bintang. Tempat parking pun disediakan di dalam kawasan hotel. Kaknab rekemen hotel ni kalau datang je Penang.




01 May 2019

Review pcb resort kota bahru, kelantan

Kaknab tidur semalam di resort pcb kota bahru. Harga rm148.00 + 2.00 duit untuk majlis perbandaran.

Bilik besar okay tapi nak cerita sikit, bilik tak terurus macam kita mai menumpang tidur free. Kaknab tak rekemen langsung. Jangan la mai tidur di sini. Bilik memamg besar tapi tak bersih buat apa. Sakit mata tengok haha.

Cadar, bantal dan tuala mandi yamg lusuh. Kalau rumah kita pun kita takkan pakai dah macam tu punya lusuh. Bilik habok sana sini. Tengok kipas angin sudah lah.  ini resort tau bukan bagi orang mai menumpang tidur free. Nasib baik booking satu malam saja.

Keliling resort dah lah sampah daun penuh xsapu. Patutlah resort ni orang datang kursus yang banyak. Sayang tempat memang cantik chalet pun banyak tapi kalau yang datang menginap bagi review yang negative memang la orang tak datang. Ini la punca menyebabkan resort ni tak terurus, sebab tak cukup staff nak kerja. 

Tak ramai datang menginap menyebabkan kurang untung, bila kurang untung tak dapat nak menggaji pekerja ramai. Bila tak cukup pekerja, tempat tak terurus. Tak pernah lagi kaknab menginap hotel yang sebegini kotor. 

Dah daftar bagi kunci awak cari la bilik sendiri, dah jumpa bilik tak boleh buka pula. Ingat salah kunci. Pi pula kat reception bagi tau tak boleh buka. Rupanya kena tarik kuat baru boleh masuk kunci. Kita yang baru sampai mana la tau. Masa kak nab nak register pun ada guest mai habaq tak boleh buka pintu. Apa la punya resort. Menyusahkan.

Hotel yang lain yang kaknab pernah tidur so far bersih belaka. 

Dinding tampa tampal entah apa apa. 

Habok kat peti ais

Habok kat bawah tu 

Tandas yang tak bersih
T
Ceiling bilik air yang dah berkopak

buat live di tik tok