Hari khamis 11/7/19 dia admit hospital sebab makan muntah, bukan muntah main2 tapi muntah teruk. Apa yang masuk akan keluar balik. Adik ipar yang dok jaga dia bawa hospital terus kena admit.
Hari sabtu 13/7/19 dia buat dialysis kat hospital. Hari Ahad doctor scan didapati ada brain stroke. Atas nasihat doktor, keluarga pun setuju supaya stop buat dialysis memandang keadaan yang tenat tidak menyiksa dia dengan cuci darah. Biar la dia berehat dan pergi dengan tenang tidak diganyah dengan dialysis. Kesian kan.
Bila dah ada brain stroke, keadaan mak mertua macam 50% koma. Tangan kaki masih gerak active tapi mata pejam tak buka langsung. Tak cakap tak makan dan tak minum.
Bila dah ada brain stroke, keadaan mak mertua macam 50% koma. Tangan kaki masih gerak active tapi mata pejam tak buka langsung. Tak cakap tak makan dan tak minum.
Dia dengan dunia dia, macam tidur. Tangan kiri dan kanan diikat di katil, kerana dia akan tarik tube yg dimasukkan dihidung, dia bukan nak tarik, tapi gerakan tangan yang kuat tersangkut tube dan terkeluar. Nak masuk tube semula susah sangat.
Kalau diikutkan jadual dialysis mak kena buat pada hari isnin dan rabu. Tapi dah stop so tak buat la. Hari khamis keadaan mak macam biasa minum susu melalui tube, mata pejam tangan dan kaki masih bergerak.
Kaknab jaga dia pada hari khamis tu. Pukul 12 kaknab bagi susu, kaknab tengok dia bernafas laju. Kaknab teringat macam aruah abang kaknab meninggal pun bernafas laju pada hari dia nak mati. Tapi kaki abang sejuk awal.
Kaknab tengok telinga mak dah jatuh, memang lain dari telinga asal. Dalam hati kaknab berkata macam ni agaknya telinga orang yang nazak. Kepala jatuh dari bantal 2-3 kali. Kaknab pegang kakinya
masih panas.
Kaknab garis kaki dengan tajam tapi lembut, sikat kaknab, dia tak response lagi tak tarik kakinya. Pukul 3 kaknab bagi susu. Masa kaknab lap mulut kut ada susu yang meleleh, dia masih respond dia elak mulut dia. Rasa kaknab dia ok la lagi
Kaknab pegang lagi kaki dia, xsejuk sangat tapi tak berapa panas. Kaknab bisik Allah ditelinga dia, kaknab macam suspect nak pergi ka mak ni. Kepala dia jatuh dari bantal senget ke kiri. Kaknab angkat letak elok2.
Pukul 3.45 nurse datang bagitau kaknab nak pindahkan mak ke kelas satu. Tapi nurse nak bawa mak pi x-ray. Jadi kaknab pi dulu bawa barang2 mak ke wad 18. Nanti depa tolak mak ke wad kelas satu lepas xray
Lepas balik solat asar, kaknab balik ke wad 18. Tiba tiba nurse panggil waris mahani turun segera je wad 10. Kaknab pun pi wad 10 jauh juga nk jalan. Sampai doktor cakap mak dah tak ada masa nak siap2 x-ray.
Dia pergi dengan mudah kata doktor.
Jadi dia hanya tak cuci darah dua kali kalau ikut jadual routine dialysis. Terus meninggal. Memang kalau tak cuci darah tak boleh bertahan.
Somoga aruah mak mertua kaknab ditempatkan bersama orang orang yang beriman. Aamiin