06 December 2020

25 October 2020

Gambar edit

Jangan percaya tau gambar sekarang, muka yg mengerutu macam jalan raya di edit jadi gebu mulus. Macam muka kaknab ni🀣🀣🀭😭😭😭

Kalau muka dah memang licin gebu semula jadi bertambah gebu macam kulit epal.πŸ‘ŒπŸ‘Œ


Gambar tak edit, kedut, parut jerawat memang clear. Bila dah edit licin aih. Tipu punya haha.
So jangan tertipu kalau muka cantik dalam gambar sahaja.πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†

24 October 2020

Berat badan naik susah nak turun

 Apabila kita meningkat tua berat badan kita akan naik walaupun kita makan sedikit. Ini kerana metabolism kita menjadi rendah. Walaupun kita makan sedikit akan gemuk juga kerana makanan yang kita makan aka menjadi lemak dan sedikit sahaja akan menjadi tenaga.

Contohnya kaknab sendiri, bukan makan  banyak pun, nasi pun sedikit sahaja tiap kali makan,malah lebih sedikit dari cucu makan. Cucu pun tanya kenapa maktok makan sikit saja.

Dulu berat badan kaknab 55 sahaja. Slim kan. Selepas manopause pada usia 53, badan pelan dok naik sampai lah umur kaknab sekarang ni  nak masuk 65. Berat kaknab tadi timbang 64.3 kgs 🀭🀭🀭.

Dengan badan yang pendek tak sampai pun 5 kaki tentu bmi kaknab overweight 😭😭😭😭

Bukan apa bukan kaknab takut gemuk tu tak cantik, yang kaknab takut bila badan dah gemuk tak sepadan dengan ketinggian kaknab takut sakit lutut sebab badan gemuk dan pendek tak dapat menΓ mpung lutut. Lama2 lutut akan sakit. Buat masa sekarang ni tak sakit lagi lah. Kena berwaspada dengan menurunkan berat badan

04 October 2020

Meja solek

Perbezaan meja solek husband and wife

Meja solek my husband

Meja solek kaknab

Kalau cucu mai semua kena simpan. Yang kaki kembur pun ada. Haha

30 September 2020

Nasi arab chef ammar

Lama dah teringin nk makan nasi arab masakan orang arab sendiri. So anak bawa pi makan kat restaurant chef ammar kat usj kl. Sedap nasi arab dia. Ada banyak jenis nasi arab ni. 

Kaknab order nasi kamsah ayam. Nasi mandy pun anak order juga. Kambang Bakar bungkus lembut dan sedap.

Yang best dapat bergambar dengan pak arab chef ammar tauke kedai tu. 










Ni la chef ammar


20 September 2020

Koleksi telekung

Macam mana kaknab jahit baju selalu, macam tu juga kaknab jahit telekung. Kerana kaknab pakai telekung, tiap tiap hari tukar, so jahit selalu buat koleksi. 

Ni telekung terbaru,baru siap jahit 



Kisah oghang pompuan

Ni la kisah oghang pompuan, bukan kaknab saja, ada juga oghang yang macam kaknab, baju penuh almari, masih dok kata, I xdak baju nak pakai kenduri. Pada hal kalau xbasuh 3 bulan pun masih boleh bertukar baju. 

Bab tudung pula nak pakai kena match dengan baju pula, kalau baju biru mau tudung biru juga, pada hal kalau pakai warna lain yang tak match bukan oghang kisah pun. Saja jahat nak juga bagi warna sama hihi. Jadi kalau baju 100 pasang tudung pun ada 100 helai. Sama banyak dengan baju.


Anak tudung pun macam tu, sama banyak dengan tudung. Nasib baik kaknab jahit baju, tudung, tak payah beli yg dah siap.   Kalau nak upah baju, tudung bagai mau suami dapat semput jantung. Hihi

Sebahagian dari tudung

Sebahagian dari tudung

Sebahagian dari koleksi baju



16 September 2020

Cok keria gula melaka.

Kaknab pi melaka minggu sudah, masa pi makan asam pedas pak man kat bukit katil, ada orang jual kuih keria (cok keria, kami panggil), suami beli 5 biji rm4.50 maknanya sebiji 9 kupang - 0.90 sen lah. Ubi pun xlenyek habis ada ketul2 lagi.

Kebetulan masa suami isi minyak kat stesen ada orang jual ubi keledek murah dan ubi fresh lagi.
Kaknab pun ada beli gula melaka kat serkam masa on the way nak balik spetani. 

Balik ja terus buat cok keria gula melaka. Puas makan, lagi sedap dari beli kat melaka







Kasut jadi haus (huih bahasa utara)

Kasut akan jadi haus (huih, kata orang utara).
Ia akan menjadi haus mengikut cara kita berjalan. Masa kaknab cuci kasut2 kaknab di rak, baru kaknab perasan kasut kaknab akan huih belah belah belakang tepi kanan, maknanya kalau kaknab berjalan, kaknab akan letak bahagian tapak belakang dulu sebab tu dia cepat haus. Anda bagaimana.





Kaknab ambik gambar 3 pasang kasut kalau nak ambik gambar semua kasut penuh la dalam ni hihi.

Lauk belangkas dimelaka

Boring dok rumah, kaknab dan husband pi melaka. Tujuan nak makan lauk belangkas kat Kuala Linggi Melaka. Suami google cari tempat jual belanhkas selain dari kota tinggi tempat selalu kaknab pi. 

Nama kedai citarasa belangkas.
Ok juga lauk belangkas kita boleh pilih nak masakan cabai atau masak lemak cili api. Sekor belangkas rm20. Kaknab order sebelah belangkas masak cabai sebelah lagi masak lemak cili api.







16 August 2020

Check hbp dan gula dlm darah

Lama kak nab xcheck hbp dan gula dlm darah. Adik ipaq masuk spital jitra.  Biasa la kita ni memang ralid kalau tak ada apa. Bila dapat tahu ada siapa2 yang diserang stroke baru la kita kelamkabut nak check. Macam kaknab la. 

Memang tak ada apa penyakit. Kena rajin check sebab kaknab dah umuq 64, penyakit boleh datang bila2 masa.

Bacaan Gula dalam darah 


Bacaan hbp hari ni



Alhamdulillah semua elok.

buat live di tik tok