31 March 2023

masak udang nasi kandar

hari ni maknab masak udang nasi kandar, selalu dok buat sambal tumis. sekali sekala ubah pula menunya.
resepi ni style maknab. biasa la orang penang, kalau tak tau banyak sedikit pun tahu juga cara masak lauk nasi kandar ni. 


kalau makan di kedai nasi kandar, udang ni memang la maknab tak pernab ambil pun sebab mahal. kalau masak sendiri murah lah sikit.. lagi pun kalau beli memang depa tak kupas kulit udang. nak bagi udang nampak besar, tapi maknab kopek kulit udang, sebab kalau tak kopek rasa menyusahkan masa nak makan. cer tengok tu udang tergolek dalam kuah.

1/2 kilo udang sederhana besar 

2 biji bawang besar hiris bulat

untuk ditumbuk halus
2 biji bawang besar)
3 ulas bawang putih)
1 camca teh ketumbar)
1/2 cancan teh jintan manis)
1/2 camca teh jintan putih)
1 camca teh kas kas)
1 inci halia


1 biji tomato potong kecil2 macam dadu
3 biji limau kasturi picit ambil airnya
2 camca teh serbuk kari ikan
daun kari
daun pudina
garam

cara caranya\

picit limau kasturi ambil airnya, di gaul bersama udang perap sekejap  20-25 minit 

dalam kuali panaskan minyak, tumis bawang besar hingga garing, masukkan tomato, daun kari, daun pudina, kacau kacau hingga tomato hancur. masukkan bahan tumbuk dan serbuk kari, masak hinggak rempah nak bau. masukkan udang dan kacau hingga kuah agak pekat sikit..sedia untuk dihidangkan. selamat mencuba

19 March 2023

gang senaman pagi


Gang senaman pagi
























Gang senaman pagi sungai lalang


Ni group senaman pagi makcik makcik yang active bersenam setiap pagi. Sifu kami nyonya berumur 76 tahun. walaupun cuma senaman ringan, semua nampak bersemangat.

Tangan maknab yang sakit frozen shoulder terus baik. Tak sakit lagi, tak payah makan ubat. Kut dok exercise angkat tangan atas bawah depan belakang muscle yg tegang dah kendur.

Maknab abadikan gambar disini








17 March 2023

Sifat tunggal dalam huruf hijaiyah

PEMBAHAGIAN SIFAT HURUF TUNGGAL

  1. Al-Safir (الصَّفِيْرُ) iaitu desiran semasa membunyikan huruf dan mempunyai 3 huruf.

Hurufnya adalah س ز ص

  1. Al-Lin (الْلِّيْنُ) iaitu lembut, hurufnya disebut dengan mudah. 2 huruf yang mati dan sebelumnya berbaris atas.

Hurufnya adalah وْ يْ

  1. Al-Inhiraf (الاِنْحِرَافُ) iaitu melencong sedikit makhrajnya ke tempat lain dan mempunyai 2 huruf.

Hurufnya adalah ل ر

  1. Al-Takrir (التَّكرِيْرُ) iaitu bergetar dan berulang-ulang hujung lidah bergerak lebih sekali secara ringan dan mempunyai 1 huruf.

Hurufnya adalah ر

  1. Al-Istitholah (الاِسْتِطَالَةُ) iaitu makhrajnya menanjang dan ia mempunyai 1 huruf.

Hurufnya adalah ض

  1. Al-Tafashy (التَّفَشِّى) iaitu menyebut bersama angina yang menyembur di antara lidah dan lelangit atas dan mempunyai 1 huruf.

Hurufnya adalah ش

  1. Al-Qalqalah (القَلْقَلَةُ) iaitu detakan ketika menyebutnya dan mempunyai 5 huruf.

Hurufnya adalah ق ط ب ج د

buat live di tik tok