25 October 2014

mata berselaput (CATARACT}

Mata berselaput, atau selalu orang sebut cataract dalam bahasa english ialah satu lapisan selaput  yang menutupi anak mata, membuat mata kita menjadi kelabu. Kalau terlalu tebal boleh menyebabkan buta. 

Ini ialah mata kiri kaknab yang berselaput, sudah ranum menunggu masa untuk dibedah untuk menggantikan kanta palsu, macam mana depa buat kaknab tak tau lagi. hari selasa ni, baru ni pi appointment untuk diperiksa banyak mana power kanta banyak ke sikit. nak tengok juga kaknab punya jantung, darah tinggi semua stable baru boleh operate. kaknab tak ada masaalah apa2 kencing manis dan darah tinggi semua normal. minta2 pembedahan boleh dibuat secepat mungkin. kerana la ni mata kiri memang kelabu teruk. 

Mata kiri. Selaput yang agak tebal juga. 

mata kanan. Yang ni pun ada juga selaput sikit sikit, tapi baru tepi tepi saja, belum menutupi semua/ 

14 October 2014

I put on weight huhuhu

Amboi amboi kaknab title in English pula. Put on weight. Memang pun, baru timbang masa kat rumah anak. Timbang dia digital memang exactly xdak tipu punya.

60.1 kgs huhu, kaknab yang rendah mestilah nampak rembang. Ish, nak buat macam mana. Hari tu posa 58 kgs. Lepas raya, ambik hang kaknab oi, 60 memang for sure xturun dah hai.

Yang my husband pula 77.9. Lagi sikit 80 kgs cik abang oi. Dalam kami 2 orang dok posa isnin/khamis, xturun pun, biaq pi kat dia lah, janji sihat walafiat.

Teringat masa dolu dolu, amboi pinggang kakhab 22. Kira kalau beli belt. Dulu2 kan fesyen belt pakai dengan skirt, baju tuck in. Ada belt lebar gedebak, ada yang kecik tirus. Kalau beli memang kena tebuk lubang extra, hehe.

Kalau beli jeans size 27 or 28. Mesti kena jait lagi pinggang dia. Sebab pinggang seluar tu besar, punggung baru boleh masuk. Kalu beli yang pinggang ngam ngam, xmuat pula punggung dia.

ukuran dulu 22-34. La ni punya ukuran 33-42 yang 22 tu pinggang, yang 34 tu punggung la. Cuba tengok banyak beza 22-34 to 33-42.

Tak apa lah nak buat macam mana. Dulu umur 20'an la ni 50'an nak masuk 60. Minta tak dak penyakit sudah nooo.

27 June 2014

keluarga 69

kaknab dok gelak soghang2, baru je tengok youtube gambaq keluarga 69. Awat tak gelak, pramlee kahwin dengan siput serawak, anak siput serawak pula kahwin dengan tompel, bapa p.ramlee. Bekas laki siput serawak pula kahwin dengan bekas bini tompel. La ni p.ramlee nak panggil apa kat minah iaitu isteri bapanya tompel yang juga anak tiri pramlee. Yang tompel pula nak panggil apa kat menantu dia siput serawak aka mak mertua dia. Siput serawak nak panggil tompel apa menantu dia aka bapa mentua.

dailog ni. Minah cakap kat mak dia.

yang mak kahwin dengan anak tiri saya buat apa.

siput serawak pula tanya. Yang kau kahwin dengan bapa mentua aku buat apa.

pandai pramlee buat cerita memang lawak. Dulu2 orang buat lawak natural saja. Dailog dah buat kita gelak. Lani punya lawak terhegeh2, teghengkak2 kata orang kedah. Nak gelak pun payah.

24 June 2014

KHASIAT PISANG



Pisang mengandungi tiga jenis gula semula jadi - sukrosa, fruktosa dan glukosa yang digabungkan dengan gentian. Pisang memberikan tenaga kepada manusia dengan kadar segera dan berterusan. kajian yang telah dibuat menunjukkan bahawa dua biji pisang mempunyai tenaga untuk senaman selama 90 minit. Selain itu, pisang juga amat sesuai untuk mencegah dan merawat beberapa jenis penyakit menjadikan amat sesuai dalam pemakanan seharian.




















Penyakit kulit.

untuk menghilangkan pelbagai masaalah kulit, termasuk jerawat, kudis, parut, kurap dan sebagainya, ambil sekeping kulit pisang, tampalkan sebelah dalam kulit pisang itu pada tempat yang ingin dirawat dengan menggunakan plaster luka biasa ataupun plaster bedah,

AWAS: Walauppun pisang baik untuk kesihatan dan membantu merawat penyakit tertentu, ia tidak sesuai bagi pesakit kencing manis, ini kerana kandungan gula di dalam pisang adalah tinggi. terdapat 25 gram gula setiap 126 gram pisang (19.85%).

Selalulah makan pisang.

29 May 2014

multicoated, multifocal specs

Bila usia meningkat emas mata otomatic kelabu. Itu semestinya, tak boleh dielakkan.
Umur kaknab 40 dah mula pakai specs, masa tu tahun 1996. Cepatnya kaknab rabun dekat, mungkin selalu dok renung computer, masa tu office dah full computerised, in fact office kami dah ada email tahun 1990. Tapi email antara office office principal kami seluruh dunia. Kaknab kerja dengan Shipping company. Dok renung juga bills yang yang figures kecik kecik konit, especially, kalau bills invoice dari syarikat kontena nasional.

Kaknab tak mewarisi emak kaknab langsung, umur dia dah 83 tapi masih boleh mengaji quran tanpa pakai cermin mata. Terang matanya, selaput catact pun tak ada. Masa mula2 nak buat specs, umur kaknab 40 tahun, doktor tu cakap 'jaga kakak punya mata, ada potensi boleh dapat cataract bila tua, memang benar pun, kini umur kaknab 58 dah ada cataract sebelah kiri, dah masak ranum, bulan june ada appointment dengan pakar mata mungkin boleh operate ganti kanta. Harap2 begitulah, sekarang mata kiri memang kelabu teruk oleh selaput.

Baru2 ni buat spec baru, sebab bila pakai spec lama kalau tengok jauh tak nampak terang, buka specs boleh terang pula. Bila dah test rupanya power jauh kaknab turun. Tahun sudah dari 150 turun 125, ni yang terbaru dari 125 turun 75. Eh, betul ke, ada ka power boleh turun, yang power dekat tak ubah dok banyak tu juga 250. Bila dah siap memang cun cun tengok jauh, baru terang. Selalu kaknab buat specs yang multufocal saja, kali ni multifocal dan multicoated.

Apa tu multifocal, iaitu 3 dalam satu, dekat untuk membaca, jauh sikit macam nak tengok computer, dan jauh sekali. Apa pula multicoated, iaitu lens yang no reflection atau balikkan cahaya. Kalau kita ambik gambar pun boleh nampak mata kita dengan terang.

Berapa pula kosnya, kedai apek yang kaknab buat ni, check mata cara manual tak guna komputer, tapi dah 8 tahun kaknab buat kat dia, memang puas hati, ambik terus pakai tak ada masaalah langsung, kira dah regular customer, frame kat kedai pun tak mahal.

Kali ni kaknab tak buat yang photogray yang bila kena cahaya matahari, akan gelap, kaknab buat clip on pula, kalau keluar rumah letak clip on. Kaknab ada potensi akan dapat cataract mata yang kanan pula. Jadi kena selalu,pakai spec hitam bila keluar rumah, yang spec hitam power memang ada, susah pula di luar pakai spec hitam, bila dalam kedai ke, mall ke, takkan nak pakai spec hitam pula. So yang clip on ni, kalau tak mau gelap angkat naik clip on tu, senang kan.

23 April 2014

CHOLESTEROL OH CHOLESTEROL

Kebelakangan ni, badan kaknab bertambah bulat Dan tembam, kalau dah put on weight cholesterol pun naik lah. Tahun sudah pi check bacaan 5.9. Baru ni pi check dah naik 6.37. Kencing manis dan darah tinggi xdak. Cholesterol jahat Ldl tu yg tinggi. Doktor pun bagi ubat statin. Bermula lah episod makan ubat.

Statin ni ada bagi side effect tak, kaknab pun google. Memang ada juga side effect walaupun sikit. Doktor kata makan tiap2 hari. Sebiji sehari, kaknab terlebih pandai dari doktor makan selang sehari je. Lama lama tak makan langsung.

Statin yang juga side effect kalau ambil hari2, jadi kaknab stop ambil statin. Kakbab cuba Lower cholesterol cara sendiri dengan memakan banyak kekacang seperti badam, gajus, kacang kuda, peanut butter. Makan pun sedap dari ubat hehe.
kaknab kurangkan makan favourite lauk iaitu sotong dan udang. Banyak makan makanan dari soya macam tahu atau tempe.

Tentang berat badan memang payah nak turun, kaknab yang suka makan kerap. Xberhenti mengunyah, xkisah la kalau xboleh turun, janji tak ada penyakit. Sebab tu berusaha nak turunkan tahap chokesterol.

Anak kaknab Herda ada beli supplement Shaklee seperti lecithin dan omega guard untuk Lower cholestetol dan juga untuk bone & joint. Terima kasih anak mak. Kaknab makan dengan suami. Apa yang kaknab makan dia pun makan. Semoga dua dua sihat. Hidup tanpa cholesterol.


26 March 2014

TABITA TABITA TABITA

jom kaknab update cream tabita yang kaknab dah pakai tempoh hari. Oleh sebab kaknab tak lah pakai 100%. kaknab campur dengan air, jadi feedbacknya tak lah begitu memberangsangkan, maknanya, tak ada lah kulit halus mulus dan putih gitu.

Kaknab dah pakai nigh cream sampai habis, sebenarnya, bukan pakai tiap tiap malam, cuma pakai kalau pimple besar gedebak nak keluar, tua tua pun masih ada jerawat batu, huhuhu sian kaknab. tapi sejak ada tabita ni, kaknab rasa ketul ketul macam nak keluar, kaknab cepat2 tenyeh tenyeh dengan tabita night cream. hasilnya esok pagi, guarantee langsung hilang, tak ada ketul2 jerawat macam nak keluar, best kan.

Sebenarnya jerawat batu ni bukan selalu keluar, kadang kadang dan jarang jarang saja. Jadi kaknab pun order lagi satu night cream, harganya rm70 hanya untuk digunakan, kalau kalau ada jerawat yang jahat tu nak keluar hehehe. toner pula masih ada banyak lagi sebab kaknab campur dengan air, tak pakai pekat, memang kuat toner ni, jari kaknab pun akan mengelupas kalau tak campur air.

Muka kaknab sekarang ni, bertambah fresh tak kusam lagi sebabnya kaknab hari2 pakai bb cream, sudah basuh muka dan tone, guna moisturiser, kemudian terus pakai BB cream. Muka bertambah halus, pores pun mengecil, yang best muka tak kusam lagi, BB cream yang kaknab guna ialah, BRTC, MISSHA, DR G, ELLIANTO MIRACLE dan MLMAX HYDRA.

Me the latest