salam semua dan selamat datang, hobi menjahit dan memasak boleh menjanakan pendapatan. Senaman aerobik untuk jantung yang sihat. semua masakan dalam blog ni adalah masakan kaknab untuk family
25 March 2017
20 March 2017
11 March 2017
roti jala
Pagi ni buat roti jala untuk sarapan pagi. Gulai ayam semalam masih elok lagi boleh la cecah dengan roti jala.
Kali ni resepi roti jala kaknab bubuh secamca susu pekat sebab santan atau susu cair tak ada. Susu pekat pum boleh boleh malah lebih sedap dan Lembut.
Tepung gandum kaknab main tuang ja dari dalam bungkusan, tak tahu banyak mana tapi agak2 cukup untuk makan 2/orang, sebiji telur, secamca besar susu pekat, air, sedikit warna kuning Kaknab terlupa boh garam pula.
Masuk semua bahan ke dalam blender, blend hingga mendapat batter, tapis dulu supaya tidak berketul.
30 January 2017
7 hari di mekah
Selama berada di mekah kaknab dan husband sihat saja tak batuk atau demam. Kami buat umrah sebanyak 3 kali. Sekali umrah wajib dimana niat di miqat, qarnul manazil semasa atas pesawat, kali kedua, di ja'ronah, dan ketiga di tanaim.
Walaupun ketiga umrah dibimbing oleh mutawif andalusia, kaknab dan suami buat sendiri, tidak ikut mutawif kerana mutawif orang muda umur duapuluhan, mesti lah kuat dan berjalan laju semasa tawaf tidal terikut kita yang warga emas, jadi kami pi sendiri, boleh jalan pelan2 tanpa berebut rebut masa, relax ja, xpenat sebab bertawaf perlahan wpun lambat sikit tapi xletih atau lenguh. Kalau berjalan laju rasa sakit irat saraf la, orang tua mana nak sama dengan yang muda.
Nasihat kaknab pergi haji atau umrah masa,muda, badan masih kuat dan sihat.
Kaum lelaki kaki memang pecah kerana bertawaf dan saie tak pakai kasut, atau stokin, bagi kaum perempuan agak beruntung juga kerana boleh pakai stokin, kaknab pakai stokin stokin serta stokin tawaf yang tapak berbiji, xlicin jalan atas lantai tiles pun selesa.
Kaki husband habis pecah2 sebab dia buat banyak sunat tawaf disamping umrah. Nak pakai lotion pun kadang tak sempat..

![]() |
| Kaki husband pecah teruk |
27 January 2017
dah sampai mekah
Alhamdulillah sampai jeddah dengan selamat. Sampai airport jeddah pukul 9.30 malam waktu mekah, urusan imigration, menunggu bas nak ke mekah, sampai hotel hilton pukul 1.30 pagi, urusan check in itu ini pukul 2.30 pagi ingat nak tidor sekejap, sementara nak pergi mesjid solat subuh. Mata tak mau lena pula. Jadi hari tu satu hari tak tidor. Pukul 4.30 terus je ke mesjid untuk solat subuh
OK ka hotel Hilton. Ya memang best. tersangatlah dekat dengan mesjid pimtu 87,88. Yg best makanan buffet kat hilton semua sedap2.
Diambil dari tingkap bilik hotel hilyon tingkat 13 tower 3
OK ka hotel Hilton. Ya memang best. tersangatlah dekat dengan mesjid pimtu 87,88. Yg best makanan buffet kat hilton semua sedap2.
Diambil dari tingkap bilik hotel hilyon tingkat 13 tower 3
08 January 2017
UMRAH DENGAN ANDALUSIA
Sampai la masanya kaknab akan berlepas ke mekah untuk menunaikan umrah. Kaknab pi dengan andalusia. Kaknab ambik pakej hilton bilik berdua. Semasa posting ni dok tunggu kat zone 3 untuk berlepas demgan pesawat saudi airlines
20 December 2016
seluar besar kain pelikat
Sekarang ni asyik jait seluar besar kain pelikat ala ala afdlin shauki, tapi kak nab jait cawat tak lah labuh sangat. Kain pelikat suami yang dia pakai solat dia suruh jait seluar senang untuk solat, tak payah nak gulung2. Lagi pun senang naik motor bila nak pi jemaah di mesjid. Kaknab jait pun senang, tak sampai sejam siap dah. Bawah kaki seluar pun kanab bubuh getah.
Seluar ni orang benggali atau pakistan selalu pakai
Seluar ni orang benggali atau pakistan selalu pakai
Subscribe to:
Posts (Atom)
-
Ni gambar dari miss google. Oven pensonic AE-350N Oven yang kaknab beli tahun 2013. Dah 6 tahun umur dia. Tulisan kat oven pun dah tak nampa...
-
hari ini masak gulai ikan tongsan, tadi p jusco tengok cantik sangat ikan ni, kaknab pun ambik lah 5 ketul, murahnya tak sampai pun rm4. Ni ...