salam semua dan selamat datang, hobi menjahit dan memasak boleh menjanakan pendapatan. Senaman aerobik untuk jantung yang sihat. semua masakan dalam blog ni adalah masakan kaknab untuk family
29 July 2022
Biji cempedak
Kita orang2 lama memang dari dulu suka makan biji cempedak rebus. Sampai sekarang masih suka lagi kan. Budak2 la ni tak teringin nak makan pun. Tengok kita makan pun depa rasa macam pelik.
Ni maknab rebus makan dengan suami. Dengan gebu, rasa lemak sedap. Tau tau habis semangkuk.
28 July 2022
Bergerak balik ke sungai petani
Cukup 6 hari berjalan ke selatan, dan singgah di rumah anak dekat setia alam. Besan pun datang juga. Maknab dan besan, tujuan datang ke sini ialah nak bagi kereta pada anak maknab yang terlibat accident. Tapi menantu cepat bawa pi repair tukar tyre the next day. Anak maknab pi kerja guna kereta suaminya.
Keretanya terbabas kerana jalan licin ada minyak di atas jalan. Banyak biji juga motosikal yang jatuh kerana licin. Kesian.
Kereta anak bumper depan pecah, dan tayar depan pun pecah. Saja je masukkan post ni dalam blog boleh ingat tarikh nya kejadian.
27 July 2022
25 July 2022
Jari osteoarthritis
Mai maknab tunjuk jari maknab. Maknab pun ada penyakit juga. Iaitu osteoarthritis yang melibatkan sendi dan joint. Kadang pengidap osteoarthrits mendapat sakit di lutut.
Kalau di lutut memang sakit kalau nak mengerjakan solat. Sebab tu ramai orang sebaya maknab akan solat di atas kerusi.
Tetapi maknab tak dapat di lutut. Lutut maknab sihat tak sakit langsung. Mak nab dapat di jari. Jari2 maknab akan menjadi bengkok, dekat joint akan bengkak.
Kata doctor tak ada ubat, cuma kalau sakit makan ubat tahan sakit. Maknab tak rasa sakit lagi. Mungkin akan datang akan sakit wallahualam.
Lauk belangkas
Subscribe to:
Posts (Atom)
-
Ni gambar dari miss google. Oven pensonic AE-350N Oven yang kaknab beli tahun 2013. Dah 6 tahun umur dia. Tulisan kat oven pun dah tak nampa...
-
hari ini masak gulai ikan tongsan, tadi p jusco tengok cantik sangat ikan ni, kaknab pun ambik lah 5 ketul, murahnya tak sampai pun rm4. Ni ...







