19 March 2023

Gang senaman pagi
























Gang senaman pagi sungai lalang


Ni group senaman pagi makcik makcik yang active bersenam setiap pagi. Sifu kami nyonya berumur 76 tahun. walaupun cuma senaman ringan, semua nampak bersemangat.

Tangan maknab yang sakit frozen shoulder terus baik. Tak sakit lagi, tak payah makan ubat. Kut dok exercise angkat tangan atas bawah depan belakang muscle yg tegang dah kendur.

Maknab abadikan gambar disini








17 March 2023

Sifat tunggal dalam huruf hijaiyah

PEMBAHAGIAN SIFAT HURUF TUNGGAL

  1. Al-Safir (الصَّفِيْرُ) iaitu desiran semasa membunyikan huruf dan mempunyai 3 huruf.

Hurufnya adalah س ز ص

  1. Al-Lin (الْلِّيْنُ) iaitu lembut, hurufnya disebut dengan mudah. 2 huruf yang mati dan sebelumnya berbaris atas.

Hurufnya adalah وْ يْ

  1. Al-Inhiraf (الاِنْحِرَافُ) iaitu melencong sedikit makhrajnya ke tempat lain dan mempunyai 2 huruf.

Hurufnya adalah ل ر

  1. Al-Takrir (التَّكرِيْرُ) iaitu bergetar dan berulang-ulang hujung lidah bergerak lebih sekali secara ringan dan mempunyai 1 huruf.

Hurufnya adalah ر

  1. Al-Istitholah (الاِسْتِطَالَةُ) iaitu makhrajnya menanjang dan ia mempunyai 1 huruf.

Hurufnya adalah ض

  1. Al-Tafashy (التَّفَشِّى) iaitu menyebut bersama angina yang menyembur di antara lidah dan lelangit atas dan mempunyai 1 huruf.

Hurufnya adalah ش

  1. Al-Qalqalah (القَلْقَلَةُ) iaitu detakan ketika menyebutnya dan mempunyai 5 huruf.

Hurufnya adalah ق ط ب ج د

Me the latest