29 October 2009

lawatan sehari ke tanjung tokong

keadaan tanjung tokong, sudah berubah, banyak rumah rumah dah dirobohkan kerana penduduk dah pindah ke rumah transit, masih ada lagi yang xmahu berpindah masih lagi negotiate with uda. rumah mak kaknab dulu di alamat 280E, Jln Shaik Ibrahim pun dah dirobohkan

nilah rumah yang mak kaknab sewa sebelum pindah ke alor setar, tahun 1980, masa tu kaknab belum kahwin lagi oleh kerana kaknab bekerja di penang kaknab tinggal di rumah mak Hindun sehingga kaknab kawin tahun 1983.











rumah yang belum roboh lagi, yang dekat dengan rumah kaknab ialah, rumah, mak bariah pak man, rumah pak yusuf, rumah, mak aisyah setambi yang jual kopi hang tuah, rumah zarina anak mamak apom balik, dan surau yang kaknab mengaji dulu. cuba tengok rumah tanjung tokong dulu dulu memang ada beranda depan, alau dirobohkan memang tidak ada lagi rumah warisan tanjung tokong, generasi baru tidak akan berpeluang melihat rumah lama ini, memang unik, ada beranda dan serambi.





kaknab berjumpa ramai kawan kawan sepermainan kaknab yang berniaga di market tanjung tokong, sempat pula mengambil gambar anak anak pak yusuf ata yang berniaga di situ, ada yang berniaga roti canai, sayur dan barang2 keperluan dapor. kak tijah, kak minah dulu sekali dengan kaknab mengambil upah belah biji janggus dekat rumah cina amonya anak ken swee. kaknab juga mengambil upah menjual kueh cok badak dan pulut udang mak depa iaitu mak yambi. semua hanya tinggal kenangan. kenangan yang mengusik jiwa.

No comments:

Post a Comment

buat live di tik tok