Pengertian Haji
Haji ialah mengunjungi Baitullah di Makkah pada bulan-bulan tertentu dengan syarat-syarat yang tertentu untuk mengerjakan ibadah yang tertentu.
Umrah ialah menziarahi Kaabah pada bila-bila masa untuk mengerjakan tawaf, saie dan bercukur mengikut syarat-syarat yang tertentu.
Syarat wajib haji dan umrah:
(a) Islam tidak wajib ke atas orang kafir.
(b) Berakal tidak wajib ke atas orang gila.
(c) Baligh tidak wajib ke atas kanak-kanak.
(d) Merdeka tidak wajib ke atas hamba sahaya.
(e) Berkemampuan tidak wajib ke atas orang yang tidak ada upaya dan tiada kuasa.
2. Dalil wajib haji ke atas orang yang berkemampuan. Firman Allah S.WT.
Maksudnya: Dan mengerjakan haji itu wajib atas manusia kerana Allah, bagi mereka yang berkemampuan mengadakan perjalanan ke Baitullah.
3. Maksud istitaah @ berkemampuan:
(a) terjamin keselamatan diri, nyawa, dan harta semasa dalam perjalanan.
(b) mempunyai kenderaan yang selamat dan sesuai untuk pergi dan balik.
(c) mempunyai perbelanjaan yang cukup untuk pergi dan balik serta ahli keluarga yang ditinggalkan.
(d) ada kesempatan untuk mengerjakan haji.
(e) bagi wanita (yang sudah berkaliwin) hendaklah ditemani oleh dua orang muhrim atau kumpulan wanita yang boleh dipercayai serta mendapat izin danpada suaminya.
RUKUN HAJI
Rukun haji ialah perkara-perkara yang wajib dilakukan dalam ibadah haji. Jika tertinggal salah satu drpnya, maka tidak sah hajinya dan wajib diganti pada tahun hadapan.
Rukun haji ialah :
1. Niat Ihram haji
2. Wukuf di Arafah
Berhenti seketika di Arafah antara waktu gelincir matahari (Zohor) 9 Zulhijjah hingga terbit fajar 10 Zulhijjah.
3. Tawaf di Baitullah
Tawaf bermaksud mengelilingi BaitullahilHaram sebanyak tujuh pusingan kerana beribadat kepada Allah S.W.T. mengikut syarat-syarat yang tertentu.
Amalan tersebut menyamai amalan malaikat yang mengelilingi Arasy Allah S.W.T. dan bertasbih memuji kebesaranNya.
Tawaf terbahagi kepada empat jenis, iaitu:
(a)Tawaf Qudum; iaitu Tawaf Selamat Datang ke Makkah yang dilakukan oleh mereka yang mengerjakan haji secara ifrad;
(b)Tawaf Ifadah, iaitu Tawaf Rukun yang wajib dilakukan dalam ibadat haji atau umrah;
(c)Tawaf Widak, iaitu Tawaf Selamat Tinggal bagi jemaah haji yang hendak meninggalkan Makkah;
عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ كَانَ النَّاسُ يَنْصَرِفُونَ فِي كُلِّ وَجْهٍ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا يَنْفِرَنَّ أَحَدٌ حَتَّى يَكُونَ آخِرُ عَهْدِهِ بِالْبَيْتِ
Dari Ibnu Abbas ra., ia berkata: Orang-orang (yang melaksanakan ibadah haji) bertebaran untuk kembali ke tempat masing-masing, lalu Rasulullah saw. bersabda: Tidak ada seorang pun yang meninggalkan Baitullah sebelum mengakhiri dengan bertawaf di Baitullah. Hadis Riwayat Muslim.
(d)Tawaf Sunat, iaitu ketika jemaah haji menziarahi Masjidil-Haram.
Syarat-syarat sah tawaf ialah:
(a) niat kerana Allah semata-mata bukan kerana tujuan lain
(b) suci drp hadas kecil dan besar serta dari sebarang najis
(c) sentiasa mengirikan Kaabah dan berjalan ke hadapan
(d) menutup aurat
(e) tawaf di dlm masjid dan di luar Kaabah tujuh kali pusingan dengan yakin
(f) bermula dari sudut Hajar Aswad.
4. Saie
Berjalan (berlari anak) dari Safa ke Marwah berjalan (berlari anak) dari Safa ke Marwah sebanyak 7 kali
Syarat-syarat Saie ;
a) Dilakukan selepas Tawaf Rukun/Qudum
b) Bermula di bukit Safa dan berakhir di bukit Marwah
c) Cukup 7 kali dengan yakin iaitu dikira sekali dari Safa ke Marwah dan sekali drp Marwah ke Safa
d) Hendaklah sampai ke penghujung tempat Saie di Safa dan Marwah
e) Hendaklah Saie di Batnu Wadi (tempat yang telah ditetapkan)
(f) Hendaklah saie semata-mata kerana Allah, bukan tujuan yang lain
5. Bercukur
Mengunting sekurang-kurangnya 3 helai rambut
Waktu bercukur adalah ;
a) selepas melontar Jamrah Al-Aqabah pada 10 Zulhijah atau
b) selepas Tawaf dan Saie jika jemaah haji memilih terus ke Mekah
6. Tertib
Rukun-rukun haji hendaklah dilakukan mengikut susunan tetapi bercukur boleh dikerjakan sebelum tawaf bagi orang yang melakukan tahalul awal.
Contoh ikut tertib - selepas Wukuf, terus bermalam di Muzdalifah. Kemudian terus kembali ke Mekah. Sampai di Mekah, dia akan tawaf, saie dan bercukur. Kemudian baru ke Mina utk ibadah melontar.
Contoh tak ikut tertib - selepas Wukuf, terus bermalam di Muzdalifah. Biasanya rombongan haji Malaysia akan terus ke Mina utk melontar di Jamratul Aqabah 10 zulhijjah dan bermalam di Mina dan melontar jamrah pada 11-13 zulhijjah. Selepas melontar di Jamrah Aqabah pada 10 zulhijjah, maka dia boleh bercukur... selepas selesai amalan melontar/bermalam di Mina, balik ke Mekah, barulah mengerjakan tawaf dan saie.
WAJIB HAJI
Wajib haji ialah perkara-perkara yang wajib dilakukan semasa mengerjakan haji. Jika ditinggalkan salah satu daripadanya, haji seseorang itu sah tetapi diwajibkan membayar denda (dam).
Perkara wajib haji ialah:
1. Niat ihram di Miqat
(i) Wajib berniat mengerjakan haji atau umrah di Miqat.
(ii) Jika berniat di tempat lain daripada miqat yang ditentukan masih dihukumkan sah hajinya tetapi dikenakan denda kerana tidak berniat di Miqat.
Miqat ialah sempadan masa dan tempat bagi memulakan ibadat haji.
Miqat terbahagi kepada dua, iaitu:
a) miqat makani;
b) miqat zamani.
Miqat zamani bagi ibadat haji ialah pada bulan Syawal hingga 10 Zulhijrah sementara Miqat zamani bagi umrah ialah sepanjang tahun.
Miqat makani bagi ibadat haji ialah:
a) bagi jemaah haji yang datang dari arah timur spt penduduk Najd dan Kuwait ialah Qarnul Manazil. (94km dari Makkah)
b) jemaah haji yang melalui Lautan Hindi menuju ke Laut Merah spt dari Yaman dan India ialah di Yalamlam; (54km dari Makkah)
c) bagi jemaah haji yang datang dari Madinah ialah Zulhulaifah @ Bi’ru Ali (450km dari Makkah)
d) bagi jemaah haji yang tinggal di Makkah ialah di rumah mereka sendiri;
e) bagi jemaah haji yang datang dari barat laut spt Syria, Mesir, Maghribi dan Sepanyol ialah di Juhfah.(187km dari Makkah)
f) bagi jemaah haji yang datang dari Iraq ialah Zatu lrqin (94km dari Makkah).
عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ وَقَّتَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لِأَهْلِ الْمَدِينَةِ ذَا الْحُلَيْفَةِ وَلِأَهْلِ الشَّامِ الْجُحْفَةَ وَلِأَهْلِ نَجْدٍ قَرْنَ الْمَنَازِلِ وَلِأَهْلِ الْيَمَنِ يَلَمْلَمَ قَالَ فَهُنَّ لَهُنَّ وَلِمَنْ أَتَى عَلَيْهِنَّ مِنْ غَيْرِ أَهْلِهِنَّ مِمَّنْ أَرَادَ الْحَجَّ وَالْعُمْرَةَ فَمَنْ كَانَ دُونَهُنَّ فَمِنْ أَهْلِهِ وَكَذَا فَكَذَلِكَ حَتَّى أَهْلُ مَكَّةَ يُهِلُّونَ مِنْهَا
Dari Ibnu Abbas RA, Rasulullah SAW menetapkan mikat-mikat berikut: untuk penduduk Madinah adalah Dzul Hulaifah, untuk penduduk Syam adalah Juhfah, untuk penduduk Najed adalah Qarnul Manazil dan untuk penduduk Yaman adalah Yalamlam. Mikat-mikat itu adalah untuk penduduk daerah-daerah tersebut dan selain penduduk tersebut yang datang melewatinya untuk melaksanakan ibadah haji atau umrah. Adapun untuk penduduk daerah sebelum mikat-mikat tersebut, maka mikat mereka adalah dari rumah mereka dan seterusnya sampai penduduk Mekah, mereka niat ihram dari rumah-rumah mereka. Hadis riwayat Muslim.
عَنْ ابْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ يُهِلُّ أَهْلُ الْمَدِينَةِ مِنْ ذِي الْحُلَيْفَةِ وَأَهْلُ الشَّامِ مِنْ الْجُحْفَةِ وَأَهْلُ نَجْدٍ مِنْ قَرْنٍ قَالَ عَبْدُ اللَّهِ وَبَلَغَنِي أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ وَيُهِلُّ أَهْلُ الْيَمَنِ مِنْ يَلَمْلَمَ
Dari Ibnu Umar RA bahwa Rasulullah saw. bersabda: Penduduk Madinah berniat ihram dari (mikat) Dzul Hulaifah, penduduk Syam dari Juhfah, sedangkan penduduk Najed dari Qarnul Manazil. Abdullah bin Umar berkata: Aku diberitahu bahwa Rasulullah saw. bersabda: Penduduk Yaman berniat ihram dari (mikat) Yalamlam. Hadis riwayat Muslim.
Miqat makani bagi umrah ialah di Tanah Halal seperti Hudaibiyah, Tan’im dan Jaknanah.
Antara hikmat-hikmat ditentukan miqat bagi ibadat haji termasuklah:
a) supaya kita memahami bahawa setiap pekerjaan ada permulaan dan ada kesudahannya;
b) supaya kita dapat membuat persiapan dan persediaan sebelum melakukan sesuatu pekerjaan.
2. Bermalam di Muzdalifah
(i) Bermalam di Mudzalifah selepas tengah malam 10 Zulhijah hingga subuh.
(ii) Wajib berada di Muzdalifah walaupun seketika pada waktu yang ditetapkan.
3. Melontar Jamrah Al-Aqabah
Waktu melontar Jamrah Al-Aqabah bermula dan tengah malam 10 Zulhijah hingga maghrib hari yang sama.
4. Bermalam di Mina
Hendaklah bermalam pada malam-malam 11, 12, dan 13 Zulhijah.
5. Melontar ketiga-tiga jamrah
Waktu melontar ketiga-tiga jamrah pada hari 11, 12, dan 13 Zulhijah masing-masing dengan tujuh biji batu.
Syarat-syarat melontar
a) hendaklah melontar 7 kali pada setiap jamrah
b) hendaklah tertib iaitu memulakan dengan jamrah AlUla, Al-Wusta dan kemudian jamrah Al-Aqabah.
c) niat semata-mata melontar, bukan untuk tujuan lain.
d) melontar dengan batu yang suci
e) batu yang dilontar masuk ke dalam tempat melontar dengan yakin
f) melontar dengan gaya melontar
g) melontar dengan tangan
h) dilarang melontar untuk orang lain melainkan telah melontar untuk diri sendiri
6. Meninggalkan perkara-perkara yang haram semasa ihram:
(i) menutup kepala bagi lelaki dan menutup muka serta memakai sarung tangan bagi wanita.
(ii) memakai pakaian berjahit bagi lelaki.
(iii) memakai bau-bauan pada badan, pakaian dan makanan.
(iv) memakai minyak pada rambut dan janggut.
(v) mencabut bulu atau rambut dan badan.
(vi) memotong kuku.
(vii) membunuh binatang buruan.
(viii) bercumbu-cumbuan yang menaikkan nafsu syahwat.
(ix) jimak (bersetubuh).
(x) melakukan akad nikah, mewali pernikahan atau menikah (Nikah yang dilakukan dalam ihram adalah tidak sah.)
عَنْ نَافِعٍ عَنْ ابْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا أَنَّ رَجُلًا سَأَلَ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا يَلْبَسُ الْمُحْرِمُ مِنْ الثِّيَابِ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا تَلْبَسُوا الْقُمُصَ وَلَا الْعَمَائِمَ وَلَا السَّرَاوِيلَاتِ وَلَا الْبَرَانِسَ وَلَا الْخِفَافَ إِلَّا أَحَدٌ لَا يَجِدُ النَّعْلَيْنِ فَلْيَلْبَسْ الْخُفَّيْنِ وَلْيَقْطَعْهُمَا أَسْفَلَ مِنْ الْكَعْبَيْنِ وَلَا تَلْبَسُوا مِنْ الثِّيَابِ شَيْئًا مَسَّهُ الزَّعْفَرَانُ وَلَا الْوَرْسُ
Dari Nafiq, dari Ibnu Umar RA bahawa seorang laki-laki bertanya kepada Rasulullah saw. tentang pakaian yang boleh dikenakan oleh orang yang sedang berihram? Rasulullah saw. bersabda: Janganlah kalian mengenakan baju, kain serban, seluar, menutup kepala dan sarung kaki kulit, kecuali bagi orang yang memang tidak memiliki alas kaki, maka ia boleh memakai alas kaki tersebut dengan syarat ia harus memotongnya sampai di bawah mata kaki. Juga jangan memakai pakaian apapun yang dicelup dengan minyak za`faran dan wares. Hadis riwayat Muslim.
عَن جَابِرِ بْنِ زَيْد عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَهُوَ يَخْطُبُ يَقُولُ السَّرَاوِيلُ لِمَنْ لَمْ يَجِدْ الْإِزَارَ وَالْخُفَّانِ لِمَنْ لَمْ يَجِدْ النَّعْلَيْنِ يَعْنِي الْمُحْرِمَ
Dari Jabir bin Zaid, dari Ibnu Abbas RA Aku mendengar Rasulullah saw. ketika sedang berkhutbah, beliau bersabda: Seluar (boleh dikenakan) bagi orang yang tidak mempunyai lembaran kain dan alas kaki bagi orang yang tidak mempunyai sepasang alas kaki. Maksudnya untuk orang yang sedang berihram. Hadis riwayat Muslim.
عَنْ صَفْوَانَ بْنِ يَعْلَى بْنِ أُمَيَّةَ عَنْ أَبِيهِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ جَاءَ رَجُلٌ إِلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَهُوَ بِالْجِعْرَانَةِ عَلَيْهِ جُبَّةٌ وَعَلَيْهَا خَلُوقٌ أَوْ قَالَ أَثَرُ صُفْرَةٍ فَقَالَ كَيْفَ تَأْمُرُنِي أَنْ أَصْنَعَ فِي عُمْرَتِي قَالَ وَأُنْزِلَ عَلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْوَحْيُ فَسُتِرَ بِثَوْبٍ وَكَانَ يَعْلَى يَقُولُ وَدِدْتُ أَنِّي أَرَى النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَقَدْ نَزَلَ عَلَيْهِ الْوَحْيُ قَالَ فَقَالَ أَيَسُرُّكَ أَنْ تَنْظُرَ إِلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَقَدْ أُنْزِلَ عَلَيْهِ الْوَحْيُ قَالَ فَرَفَعَ عُمَرُ طَرَفَ الثَّوْبِ فَنَظَرْتُ إِلَيْهِ لَهُ غَطِيطٌ قَالَ وَأَحْسَبُهُ قَالَ كَغَطِيطِ الْبَكْرِ قَالَ فَلَمَّا سُرِّيَ عَنْهُ قَالَ أَيْنَ السَّائِلُ عَنْ الْعُمْرَةِ اغْسِلْ عَنْكَ أَثَرَ الصُّفْرَةِ أَوْ قَالَ أَثَرَ الْخَلُوقِ وَاخْلَعْ عَنْكَ جُبَّتَكَ وَاصْنَعْ فِي عُمْرَتِكَ مَا أَنْتَ صَانِعٌ فِي حَجِّكَ
Dari Safwan bin Ya'la bin Umaiyah dari ayahnya, beliau berkata salah seorang sahabat datang menemui Nabi saw. ketika beliau berada di Ji`ranah, dengan mengenakan jubah yang sudah ditaburi minyak wangi. Atau bekas dari minyak wangi. Sahabat itu bertanya: Apa yang baginda perintahkan untuk aku lakukan dalam umrahku? Saat itu wahyu sedang turun kepada Nabi saw. dan beliau ditutup dengan pakaian. Ya`la berkata: Aku senang sekali jika aku dapat menyaksikan Nabi saw. sedang menerima wahyu. Umar berkata: Apakah engkau suka menyaksikan Nabi saw. sedang menerima wahyu? Kemudian Umar menyingkap kain yang menutupi beliau, lalu aku memandang beliau sedang mendengkur. Aku memperhatikan seperti suara anak unta. Ketika wahyu telah turun, beliau terbangun dan bertanya: Di mana orang yang bertanya tentang umrah tadi? Selanjutuya beliau bersabda: Bersihkanlah dirimu dari bekas minyak wangi yang engkau pakai, lepaslah jubahmu dan lakukanlah umrah seperti engkau melakukan haji. Hadis riwayat Muslim.
عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا قَالَتْ طَيَّبْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لِحُرْمِهِ حِينَ أَحْرَمَ وَلِحِلِّهِ قَبْلَ أَنْ يَطُوفَ بِالْبَيْتِ
Dari Aisyah RA., ia berkata: Aku pernah memberi minyak wangi ke tubuh Rasulullah saw. saat beliau hendak berihram dan juga ketika hendak bertahallul sebelum beliau tawaf di Baitullah. Hadis riwayat Muslim.
عَنْ الصَّعْبِ بْنِ جَثَّامَةَ اللَّيْثِيِّ أَنَّهُ أَهْدَى لِرَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ حِمَارًا وَحْشِيًّا وَهُوَ بِالْأَبْوَاءِ أَوْ بِوَدَّانَ فَرَدَّهُ عَلَيْهِ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ فَلَمَّا أَنْ رَأَى رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا فِي وَجْهِي قَالَ إِنَّا لَمْ نَرُدَّهُ عَلَيْكَ إِلَّا أَنَّا حُرُمٌ
Dari Sha`ab bin Jatsamah Al-Laitsi RA bahwa Ia pernah menghadiahkan seekor keledai liar kepada Rasulullah saw. ketika beliau berada di desa Abwa' atau Waddan. Namun Rasulullah saw. mengembalikan keledai itu kepadanya. Ketika Rasulullah saw. melihat perubahan wajah Sha`ab karena pemberiannya dikembalikan, beliau bersabda: Aku tidak akan menolak pemberianmu ini jika aku tidak sedang dalam keadaan ihram. Hadis riwayat Muslim.
Perkara-perkara sunat haji
1. Mandi sunat ketika hendak memakai ihram.
2. Mandi ketika hendak masuk ke Makkah.
3. Mandi ketika hendak wukuf di Arafah.
4. Solat sunat dua rakaat ketika hendak memu ihram.
5. Membanyakkan membaca al-Quran dan zikir
6. Berdoa ketika bercukur.
7. Mengucapkan talbiah sepanjang ihram hingga tahalul awal.
8. Sembahyang dua rakaat selepas tawaf seeloknya di belakang makam Nabi Ibra a.s.
9. Bermalam di Mina pada 9 Zulhijah.
10. Tinggal di Arafah sehingga jatuh matahari 9 Zulhijah.
Perkara yang membatalkan haji
1. Tertinggal salah satu daripada rukun haji.
2. Melakukan persetubuhan atau akad nikah sebelum tahalul pertama.
Rukun Umrah
1. Niat ihram seperti:
Sahaja aku mengerjakan umrah dan berihram dengannya kerana Allah Taala.
2. Tawaf di Baitullah (Kaabah).
3. Saie iaitu berjalan (berlari anak) dari Safa ke Marwah
Wajib Umrah
1. Niat umrah di miqat.
2. Meninggalkan segala larangan semasa ihram.
Tahalul
1. Tahalul ialah keluar dari ihram haji atau umrah.
2. Tahalul terbahagi kepada dua, iaitu:
(a) Tahalul awal – setelah selesai drp melakukan 2 daripada perkara-perkara berikut ;
(i) Melontar di Zamrah Al-Aqabah pada 10 Zulhijjah
(ii) Bercukur
(iii) Tawaf
- boleh melakukan semua perkara yang dilarang semasa ihram kecuali
a) menjadi wali @ bernikah
b) bercumbuan
c) berjimak
عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا رَمَيْتُمْ الْجَمْرَةَ فَقَدْ حَلَّ لَكُمْ كُلُّ شَيْءٍ إِلَّا النِّسَاءَ
Dari Ibnu Abbas RA, beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda : Jika seseorang itu telah melontar Jamrah, maka dihalalkan melakukan semua perkara kecuali yang berkaitan dengan wanita. Riwayat Ahmad dan Ibnu Majah.
(b) Tahalul Thani – setelah selesai melakukan perkara-perkara berikut ;
(i) Melontar di Zamrah Al-Aqabah pada 10 Zulhijjah
(ii) Bercukur
(iii) Tawaf
- segala larangan semasa ihram dimahsukhkan
Nafar
1. Nafar bermaksud meninggalkan Mina dengan niat tidak akan kembali ke Mina lagi.
2. Nafar terbahagi kepada, dua iaitu:
(a) Nafar Awal
(b) Nafar Thani.
3. Nafar awal ialah meninggalkan Mina selepas gelincir matahari pada 12 Zulhijah dengan niat tidak akan kembali ke Mina lagi.
4. Syarat-syarat Nafar Awai ialah;
(a) keluar dari Mina selepas gelincir matahari dan sebelum jatuh matahari pada 12 Zulhijah;
(b) selesai melontar di ketiga-tiga jumrah pada 12 Zulhiiah;
(c) niat tidak akan kembali lagi ke Mina;
(d) bermalam di Mina selama dua malam.
5. Nafar Thani ialah meninggalkan Mina setelah selesai melontar Jumrah pada 13 Zulhijah,
6. Nafar mempunyai beberapa hikmat seperti ;
(a) menolong jemaah haji yang uzur menyelesaikan ibadat haji dengan cepat;
(b) memberi kelonggaran kepada jemaah haji yang mempunyai urusan lain
(c) memberi peluang kepada jemaah haji memendekkan waktu ibadat haji kerana sebab-sebab tertentu
CARA MENGERJAKAN HAJI
HAJI IFRAD
Haji Ifrad iaitu mengerjakan haji dan umrah secara berasingan sama ada mengerjakan haji dahulu kemudian mengerjakan umrah @ mengerjakan umrah sebelum tiba musim haji. Haji yang paling afdhal.
Haji Ifrad ialah berihram Haji sahaja (mengerjakan ibadat Haji secara berasingan) di mana jemaah Haji hanya berniat ihram Haji sahaja di miqat yang ditetapkan.
1. melakukan Tawaf bagi bukan penduduk Mekah iaitu Tawaf Qudum mengelilingi Baitullah sebanyak tujuh kali. Penduduk Mekah tidak boleh melakukan Tawaf tersebut.
2. Saie di antara Safa dan Marwah sebanyak tujuh pusingan.
3. Kemudian terus berada di Mekah dalam keadaan berihram.
4. Apabila tiba hari Tarwiah (8 zulhijjah) dia berangkat ke Arafah utk Wukuf dan seterusnya mengerjakan segala ibadah haji sehingga selesai.
5. Jemaah haji kekal dlm keadaan berihram sejak hari pertama dia sampai di Makkah sehinggalah selesai melakukan ibadah haji yang membolehkannya bertahallul.
HAJI TAMATTU':
Haji Tamattu' ialah mengerjakan Umrah pada bulan-bulan Haji, kemudian mengerjakan Haji pada tahun yang sama, di mana ketika berniat ihram Haji jemaah Haji berniat secara "Haji Tamattu'". Setelah itu dia berniat dan berihram untuk mengerjakan Umrah secara berasingan.
1. Ketika sampai di Mekah al-Mukarramah lalu mengerjakan Tawaf mengelilingi Kaabah sebanyak tujuh pusingan.
2. Saie di antara Safa dan Marwah sebanyak tujuh kali.
3. Kemudian bertahallul dari Ihram dengan bercukur atau bergunting. Maka dia bebas dari ihram. Dalam masa senggang ini, dia bebas utk melakukan ibadah umrah sunat sebanyak yang dia mampu. Dia juga bebas bergerak ke mana-mana saja tanpa pakaian ihram !!!
4. Bila sampai pada hari Tarwiah iaitu pada 8 Zulhijah, barulah dia memakai ihram semula dan berniat ihram haji di miqat yang telah ditetapkan (di hotel masing-masing, jika berada di Makkah) dan pergi ke Arafah utk Wukuf.
5. Seterusnya dia mengerjakan Haji sebagaimana jemaah Haji yang mengerjakan Haji Ifrad, cuma dia perlu membayar Dam kerana melakukkan haji secara tamattuk.
Orang yang telah mengerjakan Tawaf Umrah ketika mengerjakan Haji Tamattu' tidak perlu lagi mengerjakan Tawaf Qudum bagi Haji malah selepas Tahallul yang pertama dia hendaklah melakukan Tawaf Ifadhah dan bersaie di antara Safa dan Marwah bagi ibadat Haji mengikut pendapat jumhur ulama. Walau bagaimanapun bagi Mazhab Hanafi, bagi jemaah Haji yang mengerjakan Haji Tamattu' yang tidak membawa (mendapatkan) binatang ternakan, tetapi jika telah membawa (mendapatkan) binatang tersebut, maka hukumnya sama seperti hukum Haji Qiran.
HAJI QIRAN
Haji Qiran ialah menghimpunkan antara Haji dan Umrah dalam satu perjalanan musafir (sekali pergi). Jemaah Haji berniat Haji dan Umrah dengan satu niat dari miqat yang ditetapkan. Biasanya jemaah haji yang melakukan haji secara Qarin, akan tiba agak lewat beberapa hari sebelum wukuf, supaya dia memakai ihram terlalu lama...
1. Apabila tiba di Mekah, hendalah melakukan Tawaf Qudum dan Tawaf Ifadhah di Baitullah sebanyak tujuh pusingan. Disunatkan raml (berlari anak) di tiga pusingan pertama.
2. Saie di antara Safa dan Marwah.
Kekal berihram sehingga hari wukuf dan seterusnya sehinggalah dia telah melakukan perkara yang membolehkannya bertahallul.
3. Wukuf di Arafah dan seterusnya melaksanakan segala rukun dan wajib haji yang berikutnya sehingga selesai.
Menurut pendapat Jamhur Ulamak, org yg mengerjakan haji Qiran hanya perlu tawaf sekali dan saie sekali saja. Walau bagaimanapun, hendaklah dia melakukan Tawaf Qudum sebelum melakukan tawaf Ifadhah.
عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا أَنَّهَا قَالَتْ خَرَجْنَا مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَامَ حَجَّةِ الْوَدَاعِ فَأَهْلَلْنَا بِعُمْرَةٍ ثُمَّ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ كَانَ مَعَهُ هَدْيٌ فَلْيُهِلَّ بِالْحَجِّ مَعَ الْعُمْرَةِ ثُمَّ لَا يَحِلُّ حَتَّى يَحِلَّ مِنْهُمَا جَمِيعًا قَالَتْ فَقَدِمْتُ مَكَّةَ وَأَنَا حَائِضٌ لَمْ أَطُفْ بِالْبَيْتِ وَلَا بَيْنَ الصَّفَا وَالْمَرْوَةِ فَشَكَوْتُ ذَلِكَ إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ انْقُضِي رَأْسَكِ وَامْتَشِطِي وَأَهِلِّي بِالْحَجِّ وَدَعِي الْعُمْرَةَ قَالَتْ فَفَعَلْتُ فَلَمَّا قَضَيْنَا الْحَجَّ أَرْسَلَنِي رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَعَ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ أَبِي بَكْرٍ إِلَى التَّنْعِيمِ فَاعْتَمَرْتُ فَقَالَ هَذِهِ مَكَانُ عُمْرَتِكِ فَطَافَ الَّذِينَ أَهَلُّوا بِالْعُمْرَةِ بِالْبَيْتِ وَبِالصَّفَا وَالْمَرْوَةِ ثُمَّ حَلُّوا ثُمَّ طَافُوا طَوَافًا آخَرَ بَعْدَ أَنْ رَجَعُوا مِنْ مِنًى لِحَجِّهِمْ وَأَمَّا الَّذِينَ كَانُوا جَمَعُوا الْحَجَّ وَالْعُمْرَةَ فَإِنَّمَا طَافُوا طَوَافًا وَاحِدًا
Dari Aisyah ra., ia berkata: Kami pernah bepergian bersama Rasulullah saw. pada tahun haji wada, kemudian kami berihram untuk menunaikan umrah (tamattu). Kemudian Rasulullah saw. bersabda: Barang siapa yang membawa hewan sembelihan, maka sebaiknya ia berihram haji dan umrah (qiran), dan jangan bertahallul dahulu hingga ia bertahallul untuk keduanya secara bersamaan. Ternyata setibanya di Mekah aku datang haid, padahal aku belum tawaf di Baitullah dan belum sai antara Shafa dan Marwah. Kemudian hal itu aku adukan kepada Rasulullah saw. dan beliau bersabda: Lepaskanlah jalinan rambut kepalamu dan sisirlah, kerjakanlah ihram haji dan tinggalkanlah umrah. Lalu saya mengerjakannya. Dan ketika aku selesai haji, Rasulullah saw. menyuruh saya bersama dengan Abdurrahman bin Abu Bakar (saudara laki-laki Aisyah) pergi ke Tan`im (untuk berniat ihram umrah di sana), lalu aku mengerjakan umrah. Beliau bersabda: Ini adalah tempat umrahmu (umrah saja). Kemudian orang-orang yang umrah melakukan tawaf di Baitullah, lalu sai antara Shafa dan Marwah, lalu bertahallul. Kemudian mereka melakukan tawaf (tawaf ifadhah) untuk ibadah haji setelah kembali dari Mina. Adapun mereka yang menggabung ibadah haji dan umrah, mereka hanya melakukan tawaf satu kali saja. Hadis riwayat Muslim.
عَنْ ابْنِ عُمَرَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ أَحْرَمَ بِالْحَجِّ وَالْعُمْرَةِ أَجْزَأَهُ طَوَافٌ وَاحِدٌ وَسَعْيٌ وَاحِدٌ عَنْهُمَا حَتَّى يَحِلَّ مِنْهُمَا جَمِيعًا
Dari Ibnu Umar RA berkata, Rasulullah SAW telah bersabda : Sesiapa yang berihram utk haji dan Umrah (Qiran), maka memadailah baginya sekali tawaf dan sekali saie sehingga dia bertahallul drp kedua-dua ibadah tersebut. Riwayat At-Turmizi.
DAM (DENDA)
Dam ialah denda yang dikenakan kepada jemaah haji yang berikut ;
a) melakukan haji secara Tamattuk atau Qiran, atau
b) meninggalkan salah satu wajib haji, atau
c) melakukan perkara-perkara yang dilarang ketika ihram
Jenis-jenis Dam
1. Dam Tertib dan Ta'dil -
Kesalahannya ;
Persetubuhan yang merosakkan haji
Denda
a) hendaklah menyembelih seekor unta
b) jika tidak mampu, menyembelih seekor lembu
c) jika tidak mampu, menyembelih 7 ekor kambing
d) jika tidak mampu, membeli makanan yang sama nilai dengan seekor unta dan disedeqahkan kpd fakir miskin di Mekah
e) jika tidak mampu, hendaklah berpuasa sebanyak bilangan cupak makanan yang dapat dibeli dgn nilai seekor unta
Kesalahannya ;
Tidak dapat masuk ke Tanah Haram atas sebab-sebab kesihatan spt berpenyakit atau merebaknya penyakit merbahaya, atau atas sebab keselamatan spt peperangan, diculik, diancam musuh dsb sedangkan sudah berihram.
Denda
Hendaklah dia bertahallul ikhsar (ringkas) dengan ;
a) menyembelih seekor kambing dan kemudian bercukur
b) jika tidak mampu, hendaklah membeli makanan yang sama nilai dengan seekor kambing dan disedeqahkan kpd fakir miskin di Mekah
c) jika tidak mampu, hendaklah hendaklah berpuasa sebanyak bilangan cupak makanan yang dapat dibeli dgn nilai seekor kambing
2. Dam Tertib dan Taqdir - iaitu dam yang tidak boleh dipilih @ diganti dengan yang lain kecuali tidak terdaya melakukannya.
Kesalahannya ;
a) ihram Tamattuk
b) ihram Qiran
c) tertinggal salah satu wajib haji
d) meninggalkan tawaf wida'
e) melanggar nazar ketika melakukan haji
Denda
a) menyembelih seekor kambing @ 1/7 unta/lembu, jika tidak mampu...
b) berpuasa 10 hari iaitu 3 hari di Mekah dan 7 hari di tanah air sendiri.
# bagi wanita yang uzur kerana haid @ nifas tidak diwajibkan tawaf widak dan tidak dikenakan dam
3. Dam Takhyir dan Ta'dil - boleh dipilih salah satu drp perkara yang telah ditetapkan.
Kesalahannya ;
a) memburu binatang buruan
b) menebang, memotong @ mencabut pokok di Tanah Haram
Denda
Denda berdasarkan bandingan binatang yang diburu, rusa bandingannya lembu dan kijang bandingannya kambing.
Denda bagi pokok yang ditebang sama spt bandingan di atas.
Denda bolehlah dipilih di antara yang berikut ;
a) menyembelih seekor binatang bandingan atau
b) membeli makanan yang sama nilai dengan binatang bandingan dan disedeqahkan kpd fakir miskin di Mekah
c) berpuasa sebanyak bilangan cupak makanan yang dapat dibeli dgn nilai binatang bandingan itu tadi.
4. Dam Takhyir dan Taqdir
Kesalahannya ;
a) melakukan perkara-perkara yang dilarang ketika ihram
b) melakukan persetubuhan selepas Tahalul Awal tetapi belum selesai Tahalul Thani
c) melakukan persetubuhan selepas persetubuhan yang merosakkan haji.
Denda
Denda bolehlah dipilih di antara yang berikut ;
a) menyembelih seekor kambing atau
b) bersedeqah kpd 6 orang fakir miskin sebanyak 2 cupak setiap seorang atau
c) berpuasa 3 hari
عَنْ كَعْبِ بْنِ عُجْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ أَتَى عَلَيَّ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ زَمَنَ الْحُدَيْبِيَةِ وَأَنَا أُوقِدُ تَحْتَ قَالَ الْقَوَارِيرِيُّ قِدْرٍ لِي و قَالَ أَبُو الرَّبِيعِ بُرْمَةٍ لِي وَالْقَمْلُ يَتَنَاثَرُ عَلَى وَجْهِي فَقَالَ أَيُؤْذِيكَ هَوَامُّ رَأْسِكَ قَالَ قُلْتُ نَعَمْ قَالَ فَاحْلِقْ وَصُمْ ثَلَاثَةَ أَيَّامٍ أَوْ أَطْعِمْ سِتَّةَ مَسَاكِينَ أَوْ انْسُكْ نَسِيكَةً
Dari Kaab bin Ujrah RA., ia berkata: Rasulullah SAW mendatangiku pada waktu perjanjian Hudaibiyah. Ketika aku sedang menyalakan api, Qawariri berkata: Di bawah periukku, sedang Abu Rabi` berkata: Di bawah kualiku dan banyak sekali kutu bertaburan di wajahku. Melihat hal itu, beliau bertanya kepadaku: Bukankah kutu di kepalamu itu menyusahkanmu? Aku jawab: Ya. Beliau bersabda: Cukurlah dan berpuasalah tiga hari atau berilah makan enam orang miskin atau sembelihlah seekor kambing. Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Turmizi, Ibnu Majah dan Ahmad.
CARA HAJI WANITA HAID DAN NIFAS
Ulama' telah membahagikannya kepada 3 pendapat (cara) iaitu ;
Pertama
Wanita yang mengerjakan haji secara Tamattuk, sama ada haid @ nifas sebelum atau semasa ihram, apabila sampai ke Mekah hendaklah menunggu sehingga suci. Jika ia suci pada hari berniat ihram, maka hendaklah melakukan Tawaf Umrah, saie dan bercukur (tahalul). Kemudian melakukan ibadah haji spt biasa.
Jika berterusan uzur sehingga berangkat ke Arafah (Wukuf) hendaklah ia berniat ihram Haji dan memasukkan haji ke dlm umrah sekali (jadi Haji Qiran) dan seterusnya melaksanakan dam Qiran.
Kedua
Wanita yang mengerjakan haji secara Ifrad @ Qiran hendaklah terus mengerjakan semua kerja-kerja haji melainkan Tawaf. Tawaf hanya dikerjakan apabila ia suci.
Ketiga
Sekiranya haid @ nifas masih berkekalan hingga habis musim haji dan hendak balik ke negeri masing-masing, hendaklah ia menunggu hingga suci untuk Tawaf atau dia keluar dari Mekah dgn syarat kembali semula setelah suci untuk Tawaf. Dia tidak boleh bersetubuh dengan suaminya selagi belum menyelesaikan Tawaf tadi.
salam semua dan selamat datang, hobi menjahit dan memasak boleh menjanakan pendapatan. Senaman aerobik untuk jantung yang sihat. semua masakan dalam blog ni adalah masakan kaknab untuk family
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
-
hari ini masak gulai ikan tongsan, tadi p jusco tengok cantik sangat ikan ni, kaknab pun ambik lah 5 ketul, murahnya tak sampai pun rm4. Ni ...
-
Ni gambar dari miss google. Oven pensonic AE-350N Oven yang kaknab beli tahun 2013. Dah 6 tahun umur dia. Tulisan kat oven pun dah tak nampa...
-
Assakamualaikum semua, dah pergi pasar ke? Masak lauk apa hari ni. Kaknab dah p market, beli ikan baji, 3 ekor 2 kilo rege rm15/- dah ada...
No comments:
Post a Comment