10 September 2012

KURSUS HAJI PERDANA

2 hari 8 dan 9 Sep kaknab da ibu menghadhiri kursus Perdana yang diadakan diadakan di USM Penang. Dengan adanya kursus ini kami lebih faham semua perkara dalam rukun haji, kerana ini dengan practical sekali, wpun hanya di USM kawasan yang tak berapa besar kalau dibandingkan di Mekah, dan jemaah yang hanya dari kawasan Pulau Pinang sahaja, itu pun cukup memberi pengalaman yang begitu bermakna.

Kami berkumpul di Mesjid Perda, selepas makan dan sembahyang zohor, kami dibawa dengan bas menuju ke Usm. Mesjid Perda di anggap macam di Madinah, apabila sampai di Dataran Dewan Peperiksaan terpampang kain rentang yang tertulis Mekah. Ini berrmakna kami  sampai di Mekah dan berrmalam di maktab2 yang di sediakan oleh pihak tabung haji.kalau , dan jemaah yang hanya dari kawasan Pulau Pinang sahaja, itu pun cukup memberi pengalaman yang begitu bermakna.

 Orang ramai lelaki dan perempuan, menanti dengan sabar ketika ke bilik air, hanya terdapat 3 tandas di tingkat di atas dan 3 tandas di tingkat bawah yang perlu di kongsi oleh beratus2 bakal2 jemaah, di Maktab tempat kami menginap, suasananya lebih kurang macam di Mudzalifah juga. begitu juga semasa menaiki bas dari Arafah (dataran Dewan tunku Syed Putra yang di anggap sebagai Arafah) begitu juga semasa menaiki bas dari Arafah menuju ke Mudzalifah dari bangunan Syed Putra kami menaiki bas yang di isi dengan penuh  menuju ke Mudzalifah dan berjalan kaki ke Mina pula. Satu latihan yang cukup memberi kami pengajaran dan pengalaman semasa di Mekah nanti.

beratur untuk mengambil lencana maktab dan no. bas

makan dahulu sebelum sembahyang zohor

ibu kaknab yang berbaju jubah biru

kawan kaknab rasuna yang berrjubah purple

rasuna berbual sememtara menunggu waktu zohor

Yang DiPertua Negeri sedang memberi taklimat


kaknab dan ibu di dalm dewan untuk mendengar taklimat kursus
ibu semasa latihan tawaf

latihan Sai'e

selepas solat maghrib , imam sedang berdoa
kasut sudah tertukar. sian bakal haji ni terpaksa jalan dengan kasut yang berlainan



No comments:

Post a Comment

buat live di tik tok