29 December 2013

restoran belangkas di telok sengat, johor.

2013 akan meninggalkan kita,  2014 akan muncul tak berapa hari lagi. semoga buka lebaran baru. okay, 
semalam kaknab, suami, adik ipar n suami, mak mertua pi makan lauk belangkas kat telok sengat, johor. jauh juga dari rumah adik ipar nusa indah nak menuju ke telok sengat, kira kalau perrut kenyang masa nak balik boleh lapar semula. apa pun memang best and enjoy.

ni la nama kedai tu, kedai ibrahim

no. telefon kalau nak call booking dulu
nasib baik kami booking dulu untuk makan 7 orang. kalau lambat lauk lain ada, tapi lauk belangkas selalu habis awal.

lauk yang di order - siput sudu

belangkas masak cabai
ketam nipah, besar2 2 pinggan macam ni. 

asam pedas ikan pari
sayur
pepes, macam otak2 juga 
review sikit lauknya. memang sedap belangkas masak cabai, siput sudu pun best, ketam dengan isi yang penuh. pun sedap, asam pedas sedap tapi ikan pari ada yang lembut ada yang liat sikit. apa pun tak kisah liat pun licin juga. walaupun pi 9 orang ada yang tak pandai makan belangkas, jadi bonus lah untuk yang suka makan, boleh makan extra. belangkas memang my favourite makan sampai puas.

Masa nak masuk kedai tu kaknab terpandang kat dapur ada kuali besar penuh dengan lauk belangkas, ingat lepas makan nak pi snap gambar lauk dalam kuali. sekali habis makan pi tengok dah habis satu kuali besar tak sempat nak ambik gambar, sebab tu kena orderr dulu kalau tak habis cepat, orang memang ramai, kebanyakan orang luar yang datang makan.

telor belangkas, memang sedap
sebab sedap sangat semua licin line clear.
Semua sekai makan untuk 9 orang tak mahal pun, cuma rm170.00 boleh datang lagi lain kali.
lepas makan ronda2 pi pula ke kota johor lama melawat muzeum johor lama tak jauh dari kedai tu

salah satu lukisan yang terpampang di dinding muzeum, gambaran pemandangan istana lama zaman dulu.
cik abang kita pose kat nisan aceh

16 December 2013

pindah rumah memang memenatkan.

Suami dah pencen optional. so kena pindah lah, tak boleh dok berek lagi, rumah kerajaan. sibuk mengemas, nak pindah rumah sendiri kat sungai lalang, bedong, kedah. Sebenarnya, rumab dah pun tinggal dulu, lepas tu masuk pindah berek, suami tak larat nak berulang dari sungai lalang ke bukit mertajam. 8 tahun tinggal rumah tak berpenghuni, 

Sebelum pindah kasi renovate sikit rumah ni, pasang lantai tiles, dulu tikar getah tiles hehehe. supaya senang sikit, semua bilik cat semula, ada 4 bilik tidur berlainan kolor, bilik mak abah, pink kolor, bilik purple, bilik hijau muda, hijau epal, ruangtamu kuning, ruang makan hijau. dapur and kabinet hijau, anekawarna rumah ni. best juga. penatkan berkemas kalau pindah rumah, sekarang cuma bawa barang2 kecil macam pinggan mangkuk, dan lain lain, yang boleh dibawa muat dengan kereta, barang2 besar belum angkat lagi, kena sewa lori.

pinggan mangkuk pun berkotak2 biasa lah pompuan ni, bukan boleh tengok pinggan mangkuk mesti nak beli, last last nak pindah lah teruk kan, mesin jahit industry ada 4 biji, berat2 semua ni..Jadi kalau boleh janganlah pindah rumah, tinggal lah satu rumah sampai mati tak penat, pindah randah. kata orang 7 kali pindah papa, aku pindah berapa kali, mai kita kira. mula2baru kahwin tinggal di berek balik polis central, carnavon street, penang, pastu pindah ke berek farlim, air itam.  pindah pula sungai lalang, konon nak dok rumah sendiri, 

suami penat berulang, pindah pula masuk berek ipd spt bukit mertajam, dah pencen pindah balik semula kesungai lalang, campur semua 5 kali. tak sampai 7 kali lagi, belum jadi papa, hahaha, semua tu saja je, tak papa tak kaya, cuma penat saja./

26 November 2013

gemuknya aku

Lama juga aku tak timbang berat badanku, sejak tinggal di muar, tak ada timbang nak timbang berat badan. Kerja aku makan, makan saja. Selalu keluar dengan suami makan mi bandung, hari2 makan udang galah yang kami pancing.

Sekarang aku berada di rumah anakku, jaga anaknya sementara nak hantar ke taska, rumahnya ada timbang digital, bila aku timbang berat Badanku 58. Wow gemuknya aku. BMI yang sesuai dengan ketinggian ku cuma 48. Maknanya aku sudah 10 kilo lebih dari yang sepatutnya. Aku yg pendek kalau gemuk lagi lah nampak rembang hehe

Aku pun berazam nak turunkan badanku. Macam mana,aku ni kaki makan macam ikan emas sentiasa mengunyah kecuali tidur saja aku tak makan. Jadi aku bertekad nak turunkan nak turunkan badanku dengan berpuasa.

Puasa sunat Isnin dan Khamis, rajin juga aku buat, kadang2 miss juga. Jadi start hari Khamis minggu sudah aku mula posa sunat, jumaat posa bayar yang mana aku tinggal dulu2. Jadi 2 hari posa sunat, 3 hari posa bayar, jadi 5 hari. Gigihnya, hehe.

Tadi aku terbangun pukul 3 pagi, sebab malamnya aku tidor awal, lepas isya dan bum, jadi mata ku kebiasaannya tidur 6 jam saja, cukup 6 jam otomatik terjaga tak payah guna alarm clock.

Bangun saja makan nasi dengan lauk yang balance malam tadi. Sepiring buah betik. Sebiji tomato mentah. Cukuplah buat sahurku, yg penting air, start pukul 3 hingga 5.30 aku minum air tiap setengah jam, jadi dapatlah 5 gelas air.

Petua tak mau bagi letih apabila berpuasa dengan minum cukup air, for sure badan kita langsung tak letih, tapi selepas 10-15 minit minum air mula lah berulang kencing. Asyik2 kencing. Tapi yg bestnya air kencing putih jernih macam air paip, tu yang aku suka, menunjukkan badanku tak kekeringan air. Badan kita memerlukan air yang banyak supaya kita tak dehydration.

Semoga dengan berpuasa ni dapatlah aku turunkan berat badanku,,, tak payah banyak pun, tak sampai BMI pun tak apa, takat 52 kg pun cukuplah.
.

22 November 2013

mata berkejit

Pernah tak rasa mata berkejit2, atau orang putih kata twitching eyes. Sebenarnya tak ada apa2 cuma tak selesa saja.

Mata berkejit kalau orang tua dengar, depa nanti kata nak menangis kalau mata kiri, kira akan ada kesedihan lah tu, ini merujuk kepada kematian. Kalau mata kanan nak tengok orang jauh konon, semua ni tahyul, karut marut lah.

Sebenarnya, mata berkejit sepontan sebab mata kita keletihan, mungkin tak cukup tidur, atau kita dalam keadaan stress. Betul juga kut sebab aku berjauhan dengan suami, aku di rumah anak jaga cucu, suami pula di sglalang, tengah siapkan rumah, mengecat sebab akan pindah bulan depan.

Dok teringat makan minum dia, selalu aku yg sediakan, sian dia, stress juga. Anak2 tak kisah sangat semua dah besar, masing2 dengan hal sendiri. Tu kut mata aku berkejit2 pagi ni. Hari ni suami nak hantar anak yg bongsu balik metrik, harap2 suami ku mai ke setia alam esok tinggal disini jaga cucu sama2 lepas seminggu balik semula ke sglalang sambung cat rumah.

29 October 2013

jalan jalan makan angin ke hatyai

jom kaknab cerita sikit cuti cuti naik keretapi ke hatyai

ok kita mula perjalanan dengan keretapi dari bmertajam. Keretapi bertolak dari bm pukul 6.20 pagi, wpun rumah kaknab dengan setesen keretapi bm 5 minit saja perjalanan, kaknab pi awal juga, solat subuh kat setesen takut, terlepas kikiki. Sampai di padang besar pukul 9.30 pagi. Waktu Thailand pukul 8.30 pagi sejam lambat dari waktu Malaysia.

dalam keretapi dari bm ke padang besar

pose sikit sendiri snap tu besar gedabak hihihi

berhenti sejam untuk chop paspot dipintu no. 6 platfom 1. Boleh makan dan minum di tingkat atas, knab xminum cuma beli kueh. Mahalnya kueh kat atas ni, sebiji 50 sen, punya la kecik konet. Mentang2 dia sorang yg jual.

kat padang besar

kat padang besar


tunggu punya tunggu keretapi xbertolak lagi, kena tunggu kepala keretapi dari Thailand. Masa yg sepatutnya sejam dah lajak jadi 3 jam setengah. Boringnya, bila dengar je engine dah start baru rasa lega.

sampai di hatyai pukul 1 lebih time Thailand. Lalu kaknab dgn husband berjalan kaki menuju ke hotel centara, hotel yg husband book melalui agoda. Wpun xbiasa datang ke hatyai, main redah saja, akhirnya sampai di hotel. Memang xjauh dari Railway station dalam 400 meter saja.




sampai dihotel buat pendaftaran kena bayar deposit 1000 bhat. Wpun dah bayar online, deposit itu akan dipulangkan balik apabila check out nanti. Bekulah 1000 bha-t kat situ.

bilik kami tingkat 10, cantik biliknya, bagi knab rm130 satu malam memang murah, kalau nak dibandingkan dengan harga hotel di Malaysia. Ada kolam mandi di tingkat 7. Staff hotel memang cukup meraikan tetamu. Knab makan maggi mangkuk yang dibawa dari penang. Jadi lah buat pelapik perut.

cantik kan


solat jamak,qasar zohor, kaknab dgn husband pun turun ronda2, hotel dalam bandar hatyai semua kedai2 kat situ saja, senang xpayah pergi jauh2.

kaknab beli satu,beg tangan kulit, sehelai tshirt, suami beli 1 beg pinggang, 5 helai seluar pendek, singgah kedai beli biji janggus, kacang cerdik, sotong kering dll merepek2 untuk mengunyah dalam bilik. Tengok2 duit yang suami tukar 5000 bhat tinggal lagi 450 bhat Duit Malaysia adalah, malas nak tukar lagi, tak turun malam, cuma makan dalam bilik, pulut mangga, sausage, dan makanan goreng pun mengenyangkan.

di hatyai,makanan halal mudah dan banyak juga, cuma harga saja yang mahal sebab kami baca dlm tenet banyak yang kena katok, kami pun tak berani singgah. Plan nak pi floating market pun tak jadi sebab tak cukup duit dan hujan pula.

hari kedua di hatyai - pukul 10 kami turun dari hotel, husband tukar duit 5000 bhat untuk shopping, husband beli baju jesey 5 helai, kaknab xbeli apa, tak ada yang berkenan. Beli buah buahan, nenas memang manis, betik, mangga yg rapuh dan sedap. Nak singgah makan Mcdonald, pekerja mcd cakap tak halal
nak singgah kfc pun tak berani takut tak halal juga. Naik dulu hotel untuk mandi dan solat maghrib jamak qasar.

posing sikit baju dan seluar beli kat hatyai

malam turun ronda2 cari makan, banyak kereta sorong berniaga makanan halal, depan hotel lee garden plaza dan depan hotel centara yang kami menginap. Husband beli pulut ayam, pulut mangga lagi, kaknab beli kerabu seafood, ada tanghun(sohun) udang, cendawan, sotong, fish cake, fishball, seaweed, memang sedap wpun pedas.

ni cuma 30 bhat

40 bhat, manis melecaih

pulut mangga 50 bhat, sedap mesti rasa kalau ke hatyai, kat sini xdapat

bahan2 untuk kerabu seafood. ditambah dengan sohun. sedapnya. 70 bhat, mesti rasa kalau ke hatyai.
ni lah kerabu seafood.

dah 3 hari tak jumpa nasi. Asyik makan merepek2, buah saja. Bukan tak ada kedai makan yang jual nasi, tapi memang katok habis pelancung dari malaysia. banyak dok baca dalam blog dah la mahal, service lambat, tak sedap pula tu.


hari ketiga check out, dapat balik duit deposit 1000 bhat. Hotel sentiasa ada tetamu keluar masuk banyak yang datang dari malaysia.

lobby hotel


bagi adil sorang sekali pose kat lobby kiikikiki
 Keluar hotel terus naik tutu 20 bhat seorang. Kalau nak jalan kaki pun boleh sebab awal lagi, saja nak rasa naik tutu. tutu hanya dalam bandar hatyai pi mana pun 20 bhat sorang, jangan tertipu tau,



keretapi ke padang besar bertolak pukul 4 petang. Sampai awal ke stesen lepak atas bangku je. nak ronda hatyai dah rasa malas, tunggu saja lah sampai pukul 4 lagi ada tempat solat, wpun baunya tak menyenangkan, sabo je lah.















04 October 2013

pejam celik pejam celik dah 30 tahun umur perkahwinan kaknab

Tahun ni 2013 bulan october the 15th,cukup lah 30 tahun usia perkahwinan kaknab dan suami. Rasa sekejap sahaja. 4 orang anak kaknab dah pun bekerja, tinggal sorang lagi masih belajar kat metrikulasi changlon, kalau ada rezeki keputusan pun elok boleh lah sambung ke universiti pula.

Anak yang pertama UUM, yang kedua UTM, yang ketiga Adtec dan yang ke empat UPM. Yang ke empat akan menghadiziri konvokesyen hujung bulan ni, pelik yang sorang ni, tak mau pi pula, dia kata, dia belajar nak gaji tinggi, bukan nak naik pentas ambik ijazah, nak kena pi beratur berjam2 ibubapa pula macam dongoi dok dalam dewan tengok anak ambik ijazah, macam lawak dia kata. Nak kena sewa jubah, nak beli gambar, nak itu nak ini, semuanya duit. dia pula baru bekerja nak kena ambik cuti lah. keputusan dia okay juga 3.6.

 Kaknab tanya kakak dia yang study kat utm tu, ada kah orang yang xmau pi ambik ijazah dan xmau hadzir masa convokesyen. kakak dia kata, xdak kut dia sorang je yang xmau pi ambik ijazah atas pentas. macam macam kan. apa pun kita ikut je lah. kaknab pun tak payah masuk dewan tengok anak yang ni ambik ijazah. kaknab pun tak kisah. yang belajar anak, yang berjaya pun anak. ikut suka hangpa lah noooooo.


01 October 2013

cucuq bilis yang lembut

Assaalamualaikum semua, pagi ni tak tau nak sarapan apa.
pikiaq punya pikiaq buat cucuq bilis lah senang dan cepat. so kaknab pun bergegas ke dapoq
ambik tepung, main cedok2 agak2 untuk makan 3 orang.  bilis, telur, bawang besar, kentang, cabai merah, daun bawang, 3/4 suduteh baking powder, air garam.. terus je buang kulit kentang, slice nipis2 lalu rebus hingga empuk.kemudian bleder, ikan bilis of course lah basuh dulu kemudian blender halus. bawang besar
dipotong dadu. cabai pun di potong kecil2. telur pukul kejap. daun bawang di potong . jgn lupa boh serbuk kunyit supaya cucuq kuning cantik. kemudian campur semua bancuh dengan airn hingga agak2 boleh jemput, tunggu dalam 15-20 minit kemudian goreng hingga kuning.

makan lah dengan apa sos. kaknab makan dengan sos cili life. 


14 September 2013

merawat kaki makan air atheletes foot

kesian kalau kaki makan air, suami kaknab panggil jagu. entah apa lagi yang orang panggil, yang tak best memang gatal2. untuk menghilangkan kaki makan air, ubat yang paling baik ialah "ECONAZINE" cream, boleh dibeli di farmasi2 harga tak mahal cuma rm8 saja. 

ini selepas rawatan - nampak dah baik kan, gatal pun hilang




ini sebelum rawatan - kalau macam ni memang gatal gile.



selain kaki makan air, kalau gatal celah kelengkang, tak kira lah lelaki ke pompuan ke, cream ni, memang bagus.

ni lah cream nya

13 September 2013

MERAWAT TUMIT KAKI PECAH

Mengapa tumit kaki kita pecah, Ini disebabkan kulit yang kering, kurang air di lapisan kulit. Mungkin juga fakta umur, kerana umur yang meningkat, menyebabkan kurangnya  air di lapisan kulit lalu kering dan pecah

Suami kaknab dulu masa masih bekerja, selalu pakai socks dengan kasut kerja, tapi setelah pencen, banyak memakai selipar dan sandal, kakinya menjadi pecah. wpun dia lelaki, dia pun pentingkan kecantikan kaki juga hehehe, ingatkan pompuan saja yang nak cantik. 

Jadi bermulalah rawatan kaki, dengan menyapu aqueous cream selalu, dalam masa tak sampai sebulan  kaki yang pecah pun hilang. jadi kaknab nak share dengan kawan2 untuk merawat kaki yang pecah. Aqueous cream mula2 anak kaknab yang bagi, dia memang pakai cream ni sebab ada psiorasis, Dengan menggunakan cream memang hilang sama sekali, kaki pun menjadi cantik. cream ni ada dijual di farmasi tak kira lah apa jenama mungkin ada yang mahal dan ada yang murah. Apa pun cream ni memang bagus, tak lah mahal sangat.

Ni lah gambar kakinya yang pecah sebelum dan selepas rawatan.

kaki kanan sebelum rawatan

kaki kiri sebelum rawatan
kaki kanan selepas rawatan
kaki kiri selepas rawatan

cream ni anak kaknab beli kat watson regenya rm16 saja.
kaknab mantapkan lagi dengan campur dengan minyak zaitun. bagi lagi power

Amboi macam kaki anak dara lah pula.

Tak payah pi jumpa doktor nanti dia charge consultant fee pula. beli cream ni untuk kaki yang pecah.

12 September 2013

masak apa kaknab?

2-3 hari kaknab xmasak asyik makan luar saja sebab pi cuci dan kemas rumah kaknab kat sungai lalang, suami dah pencen akan pindah hujung tahun ni. pi bayar cukai pintu, cukai tanah, bayar deposit air dan api. dah masuk air baru lah boleh cuci. tadi pagi baru pi pasar jadi hari ni baru lah makan kat rumah. kaknab masak gulai daging tetel permintaan suami. ikan cencaru belah belakang, kebetulan kaknab ternampak orang jual siput baji(kemudi) ni siput faveret kaknab, terus beli, kaknab goreng dengan kentang je, siput goreng pun sodap, ulam pucuk janggus, ulam raja dan daun selom, petai beli hari tu ada lagi, dah tua itu yang sedap. upload gambar je.
siput baji goreng. 
ikan cencaru belah belakang dengan ikan temenum borek goreng
sambal belacan
ulan raja, daun selom, pucuk janggus, petai tua
gulai daging tetel

11 September 2013

buah pinggang

Kita semua tahu buah pinggang memainkan peranan yang penting dalam tubuh kita, rosak buah pinggang akan membuat badan kita terus tidak sihat. ini ada info yang kaknab ambik dari blog kesihatan. terima kasih kepada blogger ini, yang berkongsi dengan kita

Gejala bengkak khususnya pada muka dan keliling mata, pergelangan tangan, abdomen, paha dan buku lali; air kencing berbuih, bercampur darah atau berubah menjadi pekat (berwarna gelap); kerap buang air kecil walaupun minum sedikit dan berasa sakit setiap kali buang air kecil antara tanda penting bagi kerosakan buah pinggang. 

Kerosakan buah pinggang juga menyebabkan seseorang merasa tidak sihat, pucat, cepat penat; tekanan darah meningkat, lebih kerap buang air kecil pada waktu malam, kitaran haid terganggu, hilang keinginan seks (atau mati pucuk), selera makan merosot dan mulut terasa pahit dan sukar tidur.
Namun, masalahnya gejala disenaraikan di atas hanya muncul apabila buah pinggang mengalami kerosakan teruk. Kebanyakan pesakit tidak sedar mereka mengalami masalah ini kerana kerosakan buah pinggang berlaku secara senyap tanpa gejala. 

Buah pinggang yang mengalami 70 peratus kerosakan masih boleh menapis darah dengan baik dan masalah kesihatan hanya muncul jika jumlah fungsi kedua-dua buah pinggang kurang daripada 30 peratus.
Ia kini menjadi masalah yang semakin membimbangkan kerana ia berkait rapat dengan kencing manis. Setiap tahun dianggarkan 2,500 orang mengalami kerosakan buah pinggang dan sehingga 2008, lebih 15,800 kes dialisis dengan 1,157 kes baru. 

Menurut Perunding Nefrologi Pusat Perubatan Sunway, Dr Tan Wee Ming, punca utama kerosakan buah pinggang ialah penyakit kencing manis (54 peratus daripada kes yang perlu dialisis).
Antara perkara yang turut menyumbang kepada kerosakan ini ialah faktor genetik (sejarah keluarga sakit buah pinggang), gaya hidup tidak aktif, jarang bersenam, tabiat pemakanan tidak sihat, masalah kolesterol tinggi, obesiti, penuaan dan merokok. 

Bagaimanapun, selagi seseorang itu tidak sampai ke tahap memerlukan dialisis, bermakna masih ada harapan untuk memperlahan atau menghentikan kerosakan buah pinggang. Apabila seseorang disahkan perlu menjalani dialisis, bermakna buah pinggangnya gagal berfungsi iaitu tidak lagi mampu menapis darah.
Ini sebabnya kita perlu sentiasa peka terhadap perubahan pada diri sendiri. Jika anda berasa was-was atau mempunyai sebahagian daripada faktor risiko seperti di atas, segera berjumpa doktor dan menjalani pemeriksaan. Ada banyak kaedah mudah untuk mengesan kegagalan buah pinggang seperti: 

# Ujian darah (bagi menguji kehadiran bahan sisa nitirogen seperti urea dan kreatinin iaitu dua bahan kumuh yang sepatutnya dibuang melalui air kencing)
# Ujian air kencing
# Sinar-X atau IVU
# Imbasan bunyi (bagi mengesan kehadiran sista, batu karang atau ketumbuhan)
# Imbasan CT (untuk mengesan ketumbuhan)
# Imbasan Magnetik Resonans (MRI) (bagi mengetahui sama ada berlaku penyempitan salur darah ke buah pinggang) 

# Biopsi buah pinggang 
Selepas keputusan ujian positif, pesakit perlu menjalani rawatan bagi memperlahankan proses kerosakan buah pinggang. Selain pengambilan ubat, pesakit dikehendaki mengubah gaya hidup dengan berhenti merokok, kerap bersenam dan menjaga pemakanan supaya beberapa perkara dapat dikawal dengan baik. Antara yang perlu dikawal ialah:
# Tekanan darah
# Paras gula dalam darah (bagi pesakit kencing manis)
# Paras kolesterol dalam darah 

Kawalan pemakanan sangat penting, terutama bagi pengambilan protein, garam, fosfat, potassium, kolesterol dan gula, kerana ia boleh merangsang kerosakan buah pinggang jika diambil berlebihan. Diet rendah protein digunakan untuk mengurangkan gejala berkaitan pengumpulan bahan sisa nitrogen dalam darah.
Ia boleh dilakukan dengan mengurangkan pengambilan makanan kaya protein seperti ikan, daging, makanan laut, kekacang atau biji-bijian, susu dan produk tenusu. 

Namun, kebimbangan dan terlalu berhati-hati menimbulkan masalah lain pula iaitu kekurangan asid amino perlu dan tidak cukup zat. Perlu diingat, badan kita tidak boleh menghasilkan asid amino perlu ini dan ia hanya didapati daripada makanan. 

Ini sebabnya pesakit perlu ambil ubat dan pil makanan tambahan yang membekalkan asid amino dan ketoanalog (terapi asid keto) dengan pemakanan kurang protein. Ia memperlahankan kerosakan buah pinggang dan mengekalkan status zat pesakit. 

Untuk mengetahui berapa banyak protein boleh diambil, pesakit perlu merujuk kepada pakar pemakanan kerana keadaan setiap pesakit berbeza. 

Bagaimanapun, bukan semua pesakit perlu mengawal pengambilan fosfat dan potassium. Sekatan ini dikenakan jika kerosakan buah pinggang adalah teruk.

Namun secara umumnya, kawalan lebih penting ialah pada jumlah pengambilan protein iaitu hanya 0.6 gram bagi setiap kilogram berat badan dan fosfat antara 800 hingga 1,000 miligram saja. 

Setiap pesakit mempunyai piramid makanan mereka. Keperluan kalori harian mereka juga berbeza dengan orang sihat kerana ia dikira berdasarkan berat badan dan umur, iaitu dengan kaedah di bawah bagi mengelak masalah tidak cukup zat atau menjadi gemuk. Keperluan ini juga berubah dari semasa ke semasa; tertakluk kepada keadaan kesihatan buah pinggang mereka. 

Justeru, pesakit perlu menjalani pemeriksaan secara berkala dan mendapatkan nasihat pakar pemakanan mengenai keperluan harian mereka. Pakar pemakanan akan membuat pengiraan keperluan harian anda dan pesakit perlu mematuhinya. 

Amalan diet mengikut pelan dirancang disertakan pengambilan ubat boleh memperlahankan kerosakan buah pinggang dan mengelak pesakit menjalani dialisis. 

Pada masa sama, keluarga perlu bersama-sama memainkan peranan dalam penjagaan pemakanan pesakit buah pinggang kronik dengan mengetahui jenis makanan yang mesti dielak atau dikurangkan.
Mereka (terutama pasangan atau penjaga) perlu belajar pelbagai masakan supaya menu sihat untuk pesakit tidak membosankan. 

Sebagai panduan umum, ada beberapa resipi yang disediakan tukang masak dari Universiti Sunway (Chef Loke Hoi Weng dan Chef Andy Woon) dalam bengkel pemakanan ‘Penjagaan Lebih Baik’ anjuran Pusat Perubatan Sunway dengan kerjasama Fresenius Kabi untuk jadikan contoh.
Bengkel yang diadakan untuk pesakit (khususnya yang mengambil pil tambahan asid keto) dan penjaga bertujuan memberi panduan terhadap pengurusan tekanan darah tinggi dan mengurangkan risiko penyakit bertambah teruk. 

Antara panduan pemakanan umum untuk pesakit ialah:
# Kurangkan pengambilan protein (jumlahnya mengikut berat badan pesakit)
# Mengehadkan pengambilan garam kepada empat hingga enam gram sehari bagi mengelak retensi (pengumpulan air) dalam badan dan mengawal tekanan darah
# Hadkan pengambilan potassium kerana buah pinggang tidak lagi berupaya menyingkir potassium berlebihan daripada badan. Berlebihan potassium boleh menyebabkan degupan jantung tidak normal. Sumber makanan yang kaya potassium ialah pisang, oren, buah-buahan kering, kekacang dan sesetengah sayur berdaun hijau.

09 September 2013

lopes pulut

Pulut yang lebih selepas buat pulut tetai 2-3 hari lepas ada lagi, daun pisang pun ada lagi daripada biar membazir daun pisang nanti layu kecut macam tu, kaknab pikiaq baik buat lopes pulut, lagi pun lama kaknab xmakan lopes, memang ada jual kat luar sana, kadang2 lopes yang depa buat, tekan dengan acuan xberapa kejap dan liat, nak jumpa lopes yang kental dan kejap payah la ni, orang berniaga buat yang mudah saja. mai kita tengok resepi lopes pulut, bukan susah pun cuma renyah lah sikit, nak balut dengan daun pisang. 

2 cawan pulut 
satu cawan air daun pandan sedikit kolor hijau nak bagi cantik hijaunya
 beberapa helai daun pisang. layur dulu 
tali untuk mengikat
 kelapa parut putih (kukus sekejap bagi dia masak supaya tahan lama) 
garam 

untuk kuahnya 
gula merah di masak dengan air. 

 di dalam loyang masukkan pulut dan air daun pandan. airnya biar paras dengan pulut, kemudian kukus dalam 10 minit. pulut biar xberapa masak. masak 3/4 cukup. sejukkan sekejap. daun pisang buat kelongsong dengan menggunakan gelas. ikat dihujungnya. bila pulut sudah sejuk masukkan ke dalam kelongsong daun pisang ikat hujung dan pangkal serta tengahnya supaya elok kejap. rebus hingga masak lebih kurang 20 atau pulut masak. bila dah sejuk potong dengan menggunakan benang supaya potongannya cantik. gaulkan dengan kelapa yang sudah dicampur dengan sedikit garam. makan dengan air gula merah.

08 September 2013

Hari ni kaknab buat bubur putih bubur merah. Husband kaknab selalu cakap lama dia xmakan bubur ni, makan masa dia kecik2 dulu je. kaknab sendiri pun xpernah tengok bubur ni, kaknab google cari resepinya, lalu kaknab buat. okay juga. Dulu katanya kalau ada siapa siap yang qatam quran, bubur ni selalu orang jamu. Ni bubur orang johor lah katakan
jum kita tengok resepinya

  1 cawan beras
 200 gm santan
2 camca besar gula merah
 sedikit garam
 daun pandan

 kaknab masak beras dengan air yang banyak dari biasa, hingga kembang, baru kaknab masukkan santan, garam. bila beras dah kembang kaknab cedok 6-7 camca asingkan. bubur yang baki dalam periuk kaknab masukkan air gula merah, sebab kaknab masak dulu dan tapiskan takut ada sampah atau pasir. kacau bubur hingga semua teradun elok. tuup api. semasa hidang cedok yang merah dalam mangkuk letakan yang putih ditengah macam dalam gambar. seronok juga dapat rasa bubur yang xpernah kaknab makan hehehe

07 September 2013

PULUT TETAI ATAU TAI TAI

Pulut tetai adalah nostalgia, masa kaknab kecik2 dulu, kueh ni merupakan salah satu antara kueh kueh yang kaknab jual. Kaknab jual Aci Putih punya, kaknab ambik commission atau upah atau dalal kata orang johor. pulut tetai aci putih memang sedap kuahnya sedap sangat.

semalam kaknab buat lah pulut tetai sebab kempunan sangat, pulutnya memang jadi cantik tapi kuahnya taklah sesedap kuah aci putih, kaknab buat ala ala sekaya tapi cair senang nak tuang ke atas pulut. bila dah makan amboi sedapnya, pulutnya kental lemak semua cukup. lain kalai boleh buat lagi.
jom kita tengok resepinya


400 gm pulut (direndam 4 jam)
 250 gm santan pekat
 sedikit garam daun pisang dilayur dahulu
daun pandan
daun pisang

 untuk kuahnya

 1 cawan santan pekat
 2 biji telur
 2 camca besar gula merah
 2 camca besar gula putih
 1 camca besar tepung gandum
daun pandan

untuk pulutnya

di dalam loyang letakan daun pisang yang sudah dilayur. letak tepi loyang itu

siap kan loyang lain untuk mengukus pulut.
toskan pulut yang direndam. masukkan ke dalam loyang bersama 2/3 santan, letak daun pandan di atasnya  dan kukus selama 20 minit atau pulut sudah masak. bila sudah masak angkat, keluarkan daun pandan, kecah2 dengan garpu, masukkan pula 1/3 santan yang baki. letak di atasnya daun pandan dan kukus lagi selama 20 minit. 

bila pulut sudah masak angkat. keluarkan daun pandan, masukkan pulut ke dalam loyang yang sudah dilapik daun pisang. bagi rata sambil menekan dengan senduk supaya ia kejap sepenuhnya. tutup dengan daun pisang sepenuhnya. ambik loyang kosong letak atasnya, lapik dengan benda berat. kaknab gunakan lesung batu. ada orang gunakan bata yang dibungkus cantik. biarkan selama 2-3 jam supaya ia kejap elok

ditekan begini.

tanpa kuah kental pulutnya

dengan kuahnya



Untuk kuahnya.

masak santan gula merah dan gula putih. masukkan daun pandan lebih ssikit sebab telor agak berrbau hanyir, kacau selalu supaya santan tidak merruap. pecahkan telur dan pukul dulu, kemudian masukkan sedikit demi sedikit sambil dikacau jangan berhenti. bila telur sudah masak ia agak berrketul2 tidak licin kuahnya. masukkan ke dalam blender campur sedikit air, sebab kuah panas nanti rosak blender pula. masukkan tepung gandum. blender hingga telur hancur dan kuah licin dan cantik. lepas itu masuk semula ke dalam perriuk kacau dengan api perlahan hingga kuah masak elok. sejukkan.



24 August 2013

Kampung ku dalam kenangan - gambar di bawah ialah kampung tanjung tokong tahun 1965. Pada tahun kaknab dalam darjah tiga.



Bangunan yg ada padang tu ialah sekolah kaknab iaitu sek keb tanjung tokong. Kaknab dulu pusing keliling kg tg tokong menjual kueh, sebab tu lah kaknab kenal semua orang di tanjung tokong. Bahkan rumah siapa tanya lah kaknab semua mesti tau punya, dah pagi dan petang menjual kueh:-) kalau sekolah pagi jual petang, kalau sekolah petang, jual pagi.

Tapi sekarang kg tanjung tokong dah berubah wajah, banyak rumah flat, pangsapuri dan rumah teres yg cantik2, semua tinggal kenangan.

buat live di tik tok