Suami kaknab dulu masa masih bekerja, selalu pakai socks dengan kasut kerja, tapi setelah pencen, banyak memakai selipar dan sandal, kakinya menjadi pecah. wpun dia lelaki, dia pun pentingkan kecantikan kaki juga hehehe, ingatkan pompuan saja yang nak cantik.
Jadi bermulalah rawatan kaki, dengan menyapu aqueous cream selalu, dalam masa tak sampai sebulan kaki yang pecah pun hilang. jadi kaknab nak share dengan kawan2 untuk merawat kaki yang pecah. Aqueous cream mula2 anak kaknab yang bagi, dia memang pakai cream ni sebab ada psiorasis, Dengan menggunakan cream memang hilang sama sekali, kaki pun menjadi cantik. cream ni ada dijual di farmasi tak kira lah apa jenama mungkin ada yang mahal dan ada yang murah. Apa pun cream ni memang bagus, tak lah mahal sangat.
Ni lah gambar kakinya yang pecah sebelum dan selepas rawatan.
kaki kanan sebelum rawatan |
kaki kiri sebelum rawatan |
kaki kanan selepas rawatan |
kaki kiri selepas rawatan |
cream ni anak kaknab beli kat watson regenya rm16 saja. kaknab mantapkan lagi dengan campur dengan minyak zaitun. bagi lagi power |
Amboi macam kaki anak dara lah pula.
Tak payah pi jumpa doktor nanti dia charge consultant fee pula. beli cream ni untuk kaki yang pecah.
No comments:
Post a Comment