24 August 2013

Kampung ku dalam kenangan - gambar di bawah ialah kampung tanjung tokong tahun 1965. Pada tahun kaknab dalam darjah tiga.



Bangunan yg ada padang tu ialah sekolah kaknab iaitu sek keb tanjung tokong. Kaknab dulu pusing keliling kg tg tokong menjual kueh, sebab tu lah kaknab kenal semua orang di tanjung tokong. Bahkan rumah siapa tanya lah kaknab semua mesti tau punya, dah pagi dan petang menjual kueh:-) kalau sekolah pagi jual petang, kalau sekolah petang, jual pagi.

Tapi sekarang kg tanjung tokong dah berubah wajah, banyak rumah flat, pangsapuri dan rumah teres yg cantik2, semua tinggal kenangan.

02 August 2013

kueh bangkit kelapa

kaknab nak kongsi dengan semua kawan2 blogger, kueh bangkit kelapa yang sedap. lembut dan gebu, wangi kelapanya. buat pun senang. kalau ikut bangkit traditional, memang payah sikit nak buat, nak uli biar betul baru dia lembut, tapi bangkit ni, xpayah uli teruk2, asal semua bahan adun elok dah jadi dough yang lembut boleh je di canai dan terap dengan acuan. kaknab xpernah miss kueh ni, renyah sikit, nak kena goreng kelapa, goreng tepung ubi kayu+tepung gandum tapi memang puas hati.

dah masuk balang, baru teringat nak ambik gambar dan masukkan dalam blog.


bahan bahannya:

600 gm tepung ubi kayu)
50 gm tepung gandum )
2 camca teh bakingpowder) campurkan ketiga tepung ni, goreng hingga kuning, sejukkan dan ayak.

200 gm gula icing
250 gm butter
2 biji telung kuning
2 camca teh esen vanilla

200 gm kelapa parut yang putih (goreng tanpa minyak hingga kuning. jgn garing sangat . goreng kejap ja.

susu cair secukupnya (untuk melembutkan dough sekiranya adunan kering sangat

cara membuatnya:

pukul gula dengan butter hingga creamy dan fluffy masukkan kuning telur, pukul lagi, kemudian masukkan kelapa goreng, kacau sebentar, masukkan tepung2 yang sudah digoreng tadi, kacau hingga jadi dough yang lembut. sekiranya campuran tepung tadi kerring dan gebu susah nak canai dan terap basahkan dengan susu cair, buat hingga dough lembut dan senang dicanai. terap dengan acuan dan bakar dengan api 150c selama 20 minit atau hingga garing. bau harum kelapa semerbak .
selamat mencuba kueh bangkit yang simple dan sedap lagi gebu

buat live di tik tok