dah masuk balang, baru teringat nak ambik gambar dan masukkan dalam blog. |
bahan bahannya:
600 gm tepung ubi kayu)
50 gm tepung gandum )
2 camca teh bakingpowder) campurkan ketiga tepung ni, goreng hingga kuning, sejukkan dan ayak.
200 gm gula icing
250 gm butter
2 biji telung kuning
2 camca teh esen vanilla
200 gm kelapa parut yang putih (goreng tanpa minyak hingga kuning. jgn garing sangat . goreng kejap ja.
susu cair secukupnya (untuk melembutkan dough sekiranya adunan kering sangat
cara membuatnya:
pukul gula dengan butter hingga creamy dan fluffy masukkan kuning telur, pukul lagi, kemudian masukkan kelapa goreng, kacau sebentar, masukkan tepung2 yang sudah digoreng tadi, kacau hingga jadi dough yang lembut. sekiranya campuran tepung tadi kerring dan gebu susah nak canai dan terap basahkan dengan susu cair, buat hingga dough lembut dan senang dicanai. terap dengan acuan dan bakar dengan api 150c selama 20 minit atau hingga garing. bau harum kelapa semerbak .
selamat mencuba kueh bangkit yang simple dan sedap lagi gebu
No comments:
Post a Comment