nanti lepas ops cataract, banyak sangat pantang. Kaknab yang tak boleh duduk diam bolehkah pantang2 semua ni, xboleh masak dalam masa dua minggu takut asap masuk mata. Best juga nooo relax sikit hehe. Tak boleh tunduk lama atau sujud, betul ke, macam mana nak sembahyang, kena sembahyang duduk dalam masa dua minggu. Nak kena tanya orang biasa buat opr ni.
xboleh angkat barang berat lebih dari sekilo takut tekanan pada mata. Kalau mancing boleh tak. Boleh lah kut, toksah baling jauh2, baling dekat je rod tu, kalau dapat ikan kecil tarik sendiri, kalau ikan besar lebih dari sekilo panggil suami tarik. Tapi jarang sangat dapat ikan besar ni. Tak boleh cakap, mana lah tau, kali ni ada rezeki tarik ikan besar hehe.
ingat lagi sepupu kaknab, suaminya kerja laut, sebulan dia tak ke laut selepas ops cataract, macam mana ye, kalau pi ada ikan, kalau tak pi mana ada hasil pendapatan, lainlah orang makan gaji, ada MC, gaji jalan, kesian yang bekerja sendiri. Kaknab kerja suri rumahtangga pun ada mc. Jahit boleh kut, banyak baju kaknab yang tak siap lagi, jahit kerja tak bagi tekanan pada mata. Walaupun kaknab tak ambik tempahan tapi boleh kata hari2 jahit nak siapkan baju kaknab dan baju melayu suami. Semedang ada je, habis jahit pergi beli lagi, bila nak habis jahit.
Semoga lepas op nanti semuanya berjalan lancar, mudah mudahan dipermudahkan segala urusan. Aamim.
No comments:
Post a Comment