Oleh kerana kaknab sorang saja yang makan ikan keli, suami dan emak kaknab pun tak makan, tak kisah la masak apa ikut tekak kaknab.
dah siap masak sedap pula, jadi kena simpan resepi ni dan kita kongsi bersama. Ikan keli ikan darat kena cuci bersih2, kalau cuci cincai2 memang tak lalu nak makan.
Apabila serai, lengkuas, halia, daun kesum mesra dengan isi keli, ikan keli sedap dengan isi yang lembut dan segar memang sedap. ikan keli yang kaya dengan omega 3, baik untuk menurunkan kolesterol dan baik untuk jantung.
jum kita tengok resepinya yang simple
walaupun tak boh minyak, kuahnya berminyak sebab lemak ikan keli |
isi ikan keli
air agak banyak nak masak
lengkuas
serai
20 biji atau lebih cili api kalau nk pedas boh lebih. di ketuk2.
halia
daun kesum
2-3 keping asam gelugur.
garam
rebus semua di atas kecuali ikan. biar rebusan tadi mendidih dan berbau wangi serai dan lengkuas. baru masukan isi ikan keli. perlahankan api biar singgang mereneh hingga ikan masak. bila dah siap tutup api, tutup periuk rapat supaya kuah yang wangi serai, lengkuas, halia dan daun kesum meresap ke dalam isi ikan.
No comments:
Post a Comment