Kaknab ingat kembali hari selasa kaknab buat nasi lemak makan 3 kali, pagi tengahari, petang, minum petang beli pula lopis pulut, putu piring, kuih manis semua ni. Minum kopi terlebih gula, patut la bacaan naik 12.7
Lalu kaknab cepat cepat pi cari buah peria katak dalam peti ais, kunyah lagu tu saja, dah xrasa pahit walaupun memang pahit, bahana 12.7 punya pasal. Dah tak kisah pahitnya hihi.
Ambik pula daun kari kunyah pula 10 helai, tengah hari kunyah lagi daun kari, malam kunyah lagi. Tapi teh ais dan makanan manis tetap makan juga.
Pagi ni hari khamis check lagi dah turun 8.6
Alhamdulillah. Daun kari dengan peria katak memang cepat turun bacaan gula. Hari ni punya bacaan sempat ambil gambar.
Jadi daun kari memang baik untuk menurunkan gula. Ni daun kari pokok rumah suami tanam.
No comments:
Post a Comment