14 January 2019

Roti bun kelapa

Hari ni meroti lagi. Buat roti bun kelapa pula.

250 gm tepung roti
Dua camca cedok penuh ibu roti (5 sukatan air, satu sukatan tepung. Kacau diatas api perlahan hingga masak macam koleh)
1/2 sudu teh bread improver
1/2 susmdu teh bread softener

1 camca susu tepung*
125 air suam*
1 camca teh yis maripan*
2 camca besar gula*
semua yang bertanda * di larutkan hingga berbuih selama 10 minit

2 camca margarine
1 camca besar minyak jagung
Sebiji telur
Kaknab skip garam sbb daisy margarine yg kaknab guna dah masin.

Dengan menggunakan mugen breadmaker, kaknab masukkan semua bahan di atas dan menggunakan bread dough. Selepas satu jam 24 minit dough pun siap.

Kaknab keluarkan tumbuk2 lembut sedikit untuk buang angin, dough sedikit lembut dan melekit, gebukan tangan dengan tepung supaya tidak melekat. Bulatkan sama besar, boh inti kelapa. Sapu kuning telor di atas, kaknab simpan dalam yang belum panas selama setengah jam.

Bila roti dah naik dua kali size, kaknab bakar dengan api atas bawah 180 degree c selama 45 minit. Pastikan roti diletakkan di tengah oven.




1 comment:

  1. permisi min numpang share ya :)
    ingin mendapatkan uang banyak dengan cara cepat di f@ns*p0ker || add pin black.berry 55F97BD0
    segera dapatkan promonya dan menangkan uang jutaan rupiah hanya dengan minimal deposit 10.000
    ayo buruannn ditunggu apa lagi cepetan daftar ya ditunggu lo ^^

    ReplyDelete

buat live di tik tok