28 September 2019

September 2019 bulan penuh peristiwa

September 2019 macam macam peristiwa berlaku. Yang tak baik belaka.

Ribut melanda bumbung rumah kaknab rosak dipukul ribut.

Suruh orang repair, duit upah bayar semua tiga minggu dia xmai buat pun. Suami dan kaknab mengamuk. Minta balik duit upa, dia kata dah habis pakai. Duit tau pakai bumbung xrepair pun. Nak tunggu apa, nk tunggu pru 15 ka. Mengamuk punya mengamuk dapat buat dalam masa tak sampai dua hari. Nak kena pi katok kah baru nak buat kerja. Melayu melayu.

Peristiwa ke dua.

Mil meninggal 18/7/19. Akaun tabung hajinya dua bulan baru adik ipar kaknab,  anak bongsu mil pi buat pengeluaran, sebab dia adalah penama dan nama dia seorang saja.
Bila dia tunjuk statement buku tabung mil. Wang 10,000 yang suami kaknab pinjam dari mil, kami byr melalui adik ipar kaknab yang bongsu tu, tidak dimasukkan semula ke tabung mil. Bila suami kaknab tanya adik bongsu dia tu kata 'bila masa bang' kalau betul tunjuk bukti transfee.
Tanya suami dia, biras kaknab  pun xingat juga.

Kaknab sendiri yang bank in kat kaunter. Bulan october 2013. Cuma bank mana kaknab bank in tak ingat. Rhb atau cimb. Kenapa kaknab ingat bulan october 2013 sebab bulan tu kaknab balik rumah kaknab di perda. So kemasukkan dibuat di bank bukit mertajam. Kenapa kaknab ingat, sebab masa tu kaknab balik penang selepas pi rumah anak kaknab herda kat setia alam. Dia bersalin 18/9/13. 18 hb hingga 3/10/13 kaknab ada dirumahnya.

4/10/13 kaknab balik muar. Tinggal di muar sampai 11/10/13.
(Ni semua berdasarkan post post yang kaknab masuk dalam facebook. Bagus juga rajin post ke facebook semua maklumat tak hilang, tarikh dan masa tertera dalam fb

Kaknab dengan suami cari receipt deposit tak ada lagi dah. Yang ini kaknab ingat suami kata, 'kena simpan receipt ni, kut orang kata tak bayar ada bahan bukti.

Malangnya receipt tak ada dalam simpanan. Sebelum tu suami ada kemas kini file documents. Banyak dia buang doc lama, deposit tnb pun suami terbuang. Huhu

Nasihat kaknab kalau macam ni punya amount consider besar juga.  Rm10,000 bib bukan rm100.00. Catit lah merata tempat date bank in dan bank mana.  Ambik la gambar simpan lah. Kalau hilang receipt pun masih boleh check lagi.

Sebab resit cash deposit hilang, Biras kaknab bagi statement maybanknya, duit masuk 3/10/13. Tapi 3/10/13, kaknab ada di setia alam. Di setia alam tak ada masuk duit kat mana mana bank. Entah lah lama juga 6 tahun kita pun xberapa nk ingat.


Yang peliknya kenapa adik ipar boleh kata bila masa bang. Takkan tak ingat langsung. Ka dia tu dementia. Kaknab yang tua ni, anak kaknab bagi 15,000 untuk kami mak abahnya pi umrah pun ingat lagi bulan april 2013. Tahun yg sama kaknab masuk duit kat account biras kaknab suami pada adik ipar  yg tanya 'bila masa bang'.


No comments:

Post a Comment

buat live di tik tok