14 January 2023

Turn maknab jaga mak

5/1/23 maknab pi ambil mak dari rumah adik.

Turn maknab pula jaga dia. Umur mak sebenar 92 atau 93 tapi umur dalam ic tahun 90. Mcm mana jadi lagu tu, sebab tahun 1948 masa buat ic cari surat beranak dia tak jumpa haha orang dulu main hentam saja. Mak juga masih ada adik yg berumur 90 tahun. Tapi adik dia tu muda dia 2 tahun. Masih hidup tau. Keluarga semua umur panjang๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚

Mcm mana tahu pula umur dia 92. Sebab anak sulung dia lahir tahun 1948. Masa tu umur dia 18 tahun masa melahirkan anak sulung. Jadi kalau kakak maknab masih hidup umur dia 75 sama umur dengan adik bongsu mak maknab yang kami panggil Chu.  Umur Chu dah 75 tahun ni. 

Mak maknab tak ada sakit kencing manis atau darah tinggi. Tapi sejak kebelakangan ni ada sakit jantung pula dan sakit lutut. Biasalah tak kan umur 92 nak sihat macam dulu. Mesti ada sakit sebab usia tua. Badan pun sakit urat sana sini. Tapi mak masih boleh berjalan dengan perlahan2. 

Kalau setakat pi bilik air atau ke sinki boleh jalan lagi. Dia akan basuh pinggan, cawan yang dia makan dan minum. Solat atas kerusi. Mata terang tak payah pakai spec kalau mengaji. Rajin mengaji, sebulan boleh khatam quran. sebab tak buat apa dia mengaji ja. Maknanya setahun 12 kali khatam quran. Langsung tak nyanyok semua dia ingat lagi. Nama cicit dia pun dia boleh ingat lagi. Cicit dah 23 orang.


No comments:

Post a Comment

buat live di tik tok