07 September 2013

PULUT TETAI ATAU TAI TAI

Pulut tetai adalah nostalgia, masa kaknab kecik2 dulu, kueh ni merupakan salah satu antara kueh kueh yang kaknab jual. Kaknab jual Aci Putih punya, kaknab ambik commission atau upah atau dalal kata orang johor. pulut tetai aci putih memang sedap kuahnya sedap sangat.

semalam kaknab buat lah pulut tetai sebab kempunan sangat, pulutnya memang jadi cantik tapi kuahnya taklah sesedap kuah aci putih, kaknab buat ala ala sekaya tapi cair senang nak tuang ke atas pulut. bila dah makan amboi sedapnya, pulutnya kental lemak semua cukup. lain kalai boleh buat lagi.
jom kita tengok resepinya


400 gm pulut (direndam 4 jam)
 250 gm santan pekat
 sedikit garam daun pisang dilayur dahulu
daun pandan
daun pisang

 untuk kuahnya

 1 cawan santan pekat
 2 biji telur
 2 camca besar gula merah
 2 camca besar gula putih
 1 camca besar tepung gandum
daun pandan

untuk pulutnya

di dalam loyang letakan daun pisang yang sudah dilayur. letak tepi loyang itu

siap kan loyang lain untuk mengukus pulut.
toskan pulut yang direndam. masukkan ke dalam loyang bersama 2/3 santan, letak daun pandan di atasnya  dan kukus selama 20 minit atau pulut sudah masak. bila sudah masak angkat, keluarkan daun pandan, kecah2 dengan garpu, masukkan pula 1/3 santan yang baki. letak di atasnya daun pandan dan kukus lagi selama 20 minit. 

bila pulut sudah masak angkat. keluarkan daun pandan, masukkan pulut ke dalam loyang yang sudah dilapik daun pisang. bagi rata sambil menekan dengan senduk supaya ia kejap sepenuhnya. tutup dengan daun pisang sepenuhnya. ambik loyang kosong letak atasnya, lapik dengan benda berat. kaknab gunakan lesung batu. ada orang gunakan bata yang dibungkus cantik. biarkan selama 2-3 jam supaya ia kejap elok

ditekan begini.

tanpa kuah kental pulutnya

dengan kuahnya



Untuk kuahnya.

masak santan gula merah dan gula putih. masukkan daun pandan lebih ssikit sebab telor agak berrbau hanyir, kacau selalu supaya santan tidak merruap. pecahkan telur dan pukul dulu, kemudian masukkan sedikit demi sedikit sambil dikacau jangan berhenti. bila telur sudah masak ia agak berrketul2 tidak licin kuahnya. masukkan ke dalam blender campur sedikit air, sebab kuah panas nanti rosak blender pula. masukkan tepung gandum. blender hingga telur hancur dan kuah licin dan cantik. lepas itu masuk semula ke dalam perriuk kacau dengan api perlahan hingga kuah masak elok. sejukkan.



24 August 2013

Kampung ku dalam kenangan - gambar di bawah ialah kampung tanjung tokong tahun 1965. Pada tahun kaknab dalam darjah tiga.



Bangunan yg ada padang tu ialah sekolah kaknab iaitu sek keb tanjung tokong. Kaknab dulu pusing keliling kg tg tokong menjual kueh, sebab tu lah kaknab kenal semua orang di tanjung tokong. Bahkan rumah siapa tanya lah kaknab semua mesti tau punya, dah pagi dan petang menjual kueh:-) kalau sekolah pagi jual petang, kalau sekolah petang, jual pagi.

Tapi sekarang kg tanjung tokong dah berubah wajah, banyak rumah flat, pangsapuri dan rumah teres yg cantik2, semua tinggal kenangan.

02 August 2013

kueh bangkit kelapa

kaknab nak kongsi dengan semua kawan2 blogger, kueh bangkit kelapa yang sedap. lembut dan gebu, wangi kelapanya. buat pun senang. kalau ikut bangkit traditional, memang payah sikit nak buat, nak uli biar betul baru dia lembut, tapi bangkit ni, xpayah uli teruk2, asal semua bahan adun elok dah jadi dough yang lembut boleh je di canai dan terap dengan acuan. kaknab xpernah miss kueh ni, renyah sikit, nak kena goreng kelapa, goreng tepung ubi kayu+tepung gandum tapi memang puas hati.

dah masuk balang, baru teringat nak ambik gambar dan masukkan dalam blog.


bahan bahannya:

600 gm tepung ubi kayu)
50 gm tepung gandum )
2 camca teh bakingpowder) campurkan ketiga tepung ni, goreng hingga kuning, sejukkan dan ayak.

200 gm gula icing
250 gm butter
2 biji telung kuning
2 camca teh esen vanilla

200 gm kelapa parut yang putih (goreng tanpa minyak hingga kuning. jgn garing sangat . goreng kejap ja.

susu cair secukupnya (untuk melembutkan dough sekiranya adunan kering sangat

cara membuatnya:

pukul gula dengan butter hingga creamy dan fluffy masukkan kuning telur, pukul lagi, kemudian masukkan kelapa goreng, kacau sebentar, masukkan tepung2 yang sudah digoreng tadi, kacau hingga jadi dough yang lembut. sekiranya campuran tepung tadi kerring dan gebu susah nak canai dan terap basahkan dengan susu cair, buat hingga dough lembut dan senang dicanai. terap dengan acuan dan bakar dengan api 150c selama 20 minit atau hingga garing. bau harum kelapa semerbak .
selamat mencuba kueh bangkit yang simple dan sedap lagi gebu

24 May 2013

botok botok udang

Lama juga kaknab tak masuk blog ni, amboi dok masuk blog memancing saja. Bukan apa, labtop kaknab rosak, guna tap hubby kdg2 dia guna kaknab tak boleh guna lah, ni baru boleh post. Kaknab ada masak botok udang galah. Udang galah ni kaknab memancing dengan hubby, best kan, udang yang fresh tentu manis.

Ni lah botok yang kaknab buat
Mai kita tengok resepinya.

10 ekor udang galah - siang buang kulitnya - tumbuk lumat
10 biji cili kering*
1/2 sk jintan manis*
1/2 sk jintan putih*
1/2 sk ketumbar*
3 ulas bawang merah*
Sedikit kunyit hidup*
1 biji kelapa mantan*
* tumbuk halus bahan ini

2-3 Helai daun cekur*
1 helai daun kunyit*
* potong halus
1 ulas bawang putih*
garam

campur semua bahan di atas gaul rata kemudian bungkus dengan daun pisang kemudian kukus.
hingga masak

26 April 2013

suasana kampung sabak aur yang mendamaikan

Kaknab berada di sabak aur muar,  kampung yang menjadi buah mulut orang ramai akan keenakan dan kesegaran di restoran ikan bakar yang tidak jauh dari rumah mertua kaknab. Pagi2 terdengar siulan burung berbagai spesis, kaknab dengan camera sentiasa merakam burung2 yang singgah di atas pokok, di tanah, tak senang duduk burung2 itu

suasana kampung. Yang sejuk dipagi hari, kiranya tak payah pakai air cond, apabila hamppir pagi mesti kena tarik selimut. Suasana begini memang tidak tedapat di penang.

Burung berkicaun, ayam berkokok, katak memanggil hujan, waktu malam dengan ketukan burung tukang, tok tok tok menambah lahi keunikan yang terdapat di kampung, tidak terdapat lagi di bandar.

Tupai mencari buah, makan di atas bumbunb rumah


Ayam bapa berkokok nyaring wpun hari dah siang
Burung belatuk biji nangka mencari makan di atas kayu mati di tepisungai
Merbuk berehat2 di atas tanah
Burung murai bertenggek atas paip air

03 April 2013

anai anai oh anai anai

Kak nab ada di kampung muar, sabak aur, rumah mil, hari ni operasi anaianai, sakan anaianai bermaharajalela,  habis almari mil sampai hancur di mamah anai anai. Walaupun kecik2, tapi depa mampu runtuhkan rumah. 

Kaknab akan berpindah ke muar johor dalam beberapa bulan, kira akan jadi orang johor lah, 

Cakap johor tak sama kan, ape, ade bile, kenapa, kalau cakap penang pula, apa, ada, bila, awat. Hahaha jenuh orang johor nak paham kalau kaknab pi market cakap pula penang pekat, kaknab tanya cabai hidup, pening kepala orang yang menjual, depa kata lada  merah, bagi kaknab lada tu yang lada hitam dengan lada putih lah

lidah kaknab dah keras tak boleh cakap pelet lagi.

RESEPI kuih koswi lembut