02 August 2023

Udang kering

12 kg udang fresh untuk mendapatkan satu kilo udang kering. Bila proses mengering udang, buang kulit semua baru dapat sekilo udang kering. Jadi klu nak buat, sekurangnya boleh dapat harga sekilo udang fresh rm5.00  barulah berbalui buat udang kering. Dengan masa dia nk menjemur, nak buang kulit. Jadi kalau sekilo udang kering rm80-90 jangan kata mahal. Memang berbalui. Maknab dah buat.

1.5 kgs udang fresh bila dah kering dapat 130 grams udang siap diproses. So boli lagi sonang.🤣🤣🤣🤣🤣
Ni la yang dapat
Dari 1.5 kgs udang.
sekali maknab order dekat lazada sekali dengan post baru rm76.64 elok pula tu. tak penat buat. boli lagi sonang.

01 July 2023

cucuq udang rangup diluar lembut di dalam

jom kita buat cucuq udang yang rangup diluar lembut di dalam

3 cawan tepung gandum
3 camca tepung jagung
udang agakagak nak banyak mana
daun bawang)
daun sup) potong kecik2
bawang besar potong dadu atau hancurkan
taugeh
garam
kunyit serbuk
air udang
telur sebiji
segenggam nasi sejuk blend bagi hancur

campur semua bahan di atas, perap selama setengah jam. boleh lah digoreng



23 June 2023

Hantar kucing kat pelantar ikan kuala muda

Hari ni memang sedih sebab kena hantar kucing dekat pasar bisik kuala muda. 2 Ibu kucing2 tu asalnya kucing orang buamg belakang rumah maknab. Maknab bagi makan pagi petang. Orang buang sebab mengandung, 

Maknab kesian, maknab bagi makan, dia pula manja sangat. Dah beranak kat dalam belukar maknab kesian pula, bawa masuk dalam rumah. Takut basah kalau hujan. Anak2nya 4 ekor pun dah pandai berak dlm pallet. Comel2 anak dia

Tak boleh bela lagi ramai sangat dah tak selesa rumah, makan tak kisahlah, suami beli ikan kalau sekilo boleh lah makan 2 hari, dengan makanan kucing fiskies lagi

Kami xlarat nak beli pallet untuk kucing berak pula, terpaksa hantar juga la, kesian tu memang kesian. Tapi maknab cari tempat yang kucing2 tu dapat makan. Kat pelantar ikan banyak nya kucing. Budak yg kami jumpa kat pelantar cakap depa selalu bagi makan ikan dekat kucing, fiskies pun rata2 tempat disediakan untuk kucing siap dengan air. supaya kucing2 tak terkejut sampai ke tempat baru. maknab tunggu dulu dalam setengah jam, bagi depa main main kat situ. depa ingat maknab bawa depa pi makan angin tepi laut. kesian kan.

Kemudian masa maknab nak balik yang ibu nama Gebu nak ikut maknab naik kereta. maknab tunggu sekejab bagi dia jalan jalan dengan anak dia kat situ, maknab terus lari masuk kereta. Nasihat pada siapa yang nak buang kucing janganlah buang kucing kat tempat yang susah dia nak cari makan. macam kucing kucing ni sebelum ni buang belakang rumah maknab, kalaulah maknab tak bagi makan, kat mana depa nak cari makan. 

Kadang orang tengok saja, kucing lapar buat dek saja. kut la nak bagi  sekor ikan ka lauk tak habis ka pada kucing tak sekali. Bukan semua orang suka kucing kan.

Semoga gebu dan comot dan anak anak depa selesa disini. Tempat pun ok.
Lega maknab tengok, budak kat situ cakap kucing kat situ memang kenyang makan ikan. Alhamdulillah.senang hati maknab. Nanti bila2 bawa makanan kucing pi bagi dekat budak2 kat situ. 

Pasar bisik kuala muda




19 June 2023

nasi ayam sedap




bahan untuk mandikan ayam


1 ekor jangan potong biar sekor cuci perut dalaman saja.
2 sudu besar lea and perrins
2 sudu besar kicap cair
cube ayam maggi atau knorr
2 sudu besar sos perasa maggi
2 sudubbesar cuka
1 sudu besar serbuk perasa ayam atau cube ayam
1 sudu besar garam
2 cawan air

cara menyediakannya

masuukkan air ke dalam periuk, biarkan ia mendidih, masukkan lea and perrins, masukkan kicap cair, masukkan sos perasa maggi, masukkan cuka,  masukkan garam, masukkan cube ayam atau serbuk perasa ayam,  Bila sudah mendidih kacau kacau hingga larut semua, kemudian mandikkan ayam maksudnya siramkan ayam bagi kena semua bahagian dengan sekata. siram kan ketika air masih panas. Bila dah siap disiram gantung ayam itu untuk mengeringkkannya. dan kita akan menggoreng ayam ini kemudian.

sambal nasi ayam
2 inci halia dihiris
5 ulas bawang putih di hiris 
7 tangkai cili merah 
1/2 cawan air panas yang mendidih
2-3 sudu besar cuka
2 sudu teh garam
2 sudu besar gula

kisar bahan di atas hingga halus. kacau kacau dan siap untuk dihidangkan

kicap nasi ayam
sedikit minyak
bawang putih yang sudah dicincang atau ditumbuk banyak mana ikut suka
1 cawan air
1 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap cair
1 sudu besar sos perasa maggi
1 sudu besar lea and perrins
1 sudu besar kicap pekat atau karamel

panaskan minyak tumiskan bawang putih hingga kuning, masukkan air, kemudian masukkan semua bahan lain, biar ia mendidih dan larut semuanya. siap

nasi ayam
untuk bahan tumis
3 labu bawang besar (potong ikut suka nak hiris ka nak cube)
4 ulas bawang putih, dihiris nipis
3 batang serai
3 helai daun pandan disimpul

3 cawan beras dicuci bersih
6 cawan air
1 sudu besar margarine
1 sudu teh garam
cube ayam
2 inci halia dihiris 

siapkan beras dan air ke dalam periuk, 

tumiskan bawang besar hingga kuning, masukkan bawang putih, kacau kacau hingga garing, masukkan serai kemudian masukkan daun pandan.

masuukkan bahan tumis tadi ke dalam periuk nasi dan margarine dan garam. masukkan cube ayam
masukkan halia. masak nasi seperti biasa. 

sup
4 ulas bawang putih
4 cawan air
kaki ayam atau lain2
batang daun sup
1 inci halia
serbuk perasa ayam atau cube ayam
2 sudu teh garam
1 sudu teh gula

tumiskan bawang putih
masukkan 4 cawan air
masukkan kaki ayam atau yang lain ikut suka
3 batang daun sup
biarkan ia mendidih. agak agak ayam dah lembut masukkan halia, masukkan serbuk perasa ayam atau
cube ayam, garam dan gula..

menggoreng ayam
bahan perapan ayam
5 spice powder rempah itik (boleh order online)
lumurkan pada perut ayam . 
teknik menggoreng ayam - masukkan minyak yang penuh ke dalam periuk,biarkan minyak panas sehingga berasap. kemudian perlahan kan api, masukkan ayam goreng dengan api perlahan selama 20 minit. sambil kacau kacau ayam supaya masak sekata. selepas 20 minit kuatkan api, goreng lagi selama 10 minit, jangan lebih. sambil kacau kacau ayam itu. bila ayam dah masak terus angkat dan toskan minyak. boleh lah dipotong untuk dihidangkan.

barang hiasan seperti biasa timun, tomato dan salad, pandai pandai la hangpa nak hias nooooo


Me the latest