19 June 2023

nasi ayam sedap




bahan untuk mandikan ayam


1 ekor jangan potong biar sekor cuci perut dalaman saja.
2 sudu besar lea and perrins
2 sudu besar kicap cair
cube ayam maggi atau knorr
2 sudu besar sos perasa maggi
2 sudubbesar cuka
1 sudu besar serbuk perasa ayam atau cube ayam
1 sudu besar garam
2 cawan air

cara menyediakannya

masuukkan air ke dalam periuk, biarkan ia mendidih, masukkan lea and perrins, masukkan kicap cair, masukkan sos perasa maggi, masukkan cuka,  masukkan garam, masukkan cube ayam atau serbuk perasa ayam,  Bila sudah mendidih kacau kacau hingga larut semua, kemudian mandikkan ayam maksudnya siramkan ayam bagi kena semua bahagian dengan sekata. siram kan ketika air masih panas. Bila dah siap disiram gantung ayam itu untuk mengeringkkannya. dan kita akan menggoreng ayam ini kemudian.

sambal nasi ayam
2 inci halia dihiris
5 ulas bawang putih di hiris 
7 tangkai cili merah 
1/2 cawan air panas yang mendidih
2-3 sudu besar cuka
2 sudu teh garam
2 sudu besar gula

kisar bahan di atas hingga halus. kacau kacau dan siap untuk dihidangkan

kicap nasi ayam
sedikit minyak
bawang putih yang sudah dicincang atau ditumbuk banyak mana ikut suka
1 cawan air
1 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap cair
1 sudu besar sos perasa maggi
1 sudu besar lea and perrins
1 sudu besar kicap pekat atau karamel

panaskan minyak tumiskan bawang putih hingga kuning, masukkan air, kemudian masukkan semua bahan lain, biar ia mendidih dan larut semuanya. siap

nasi ayam
untuk bahan tumis
3 labu bawang besar (potong ikut suka nak hiris ka nak cube)
4 ulas bawang putih, dihiris nipis
3 batang serai
3 helai daun pandan disimpul

3 cawan beras dicuci bersih
6 cawan air
1 sudu besar margarine
1 sudu teh garam
cube ayam
2 inci halia dihiris 

siapkan beras dan air ke dalam periuk, 

tumiskan bawang besar hingga kuning, masukkan bawang putih, kacau kacau hingga garing, masukkan serai kemudian masukkan daun pandan.

masuukkan bahan tumis tadi ke dalam periuk nasi dan margarine dan garam. masukkan cube ayam
masukkan halia. masak nasi seperti biasa. 

sup
4 ulas bawang putih
4 cawan air
kaki ayam atau lain2
batang daun sup
1 inci halia
serbuk perasa ayam atau cube ayam
2 sudu teh garam
1 sudu teh gula

tumiskan bawang putih
masukkan 4 cawan air
masukkan kaki ayam atau yang lain ikut suka
3 batang daun sup
biarkan ia mendidih. agak agak ayam dah lembut masukkan halia, masukkan serbuk perasa ayam atau
cube ayam, garam dan gula..

menggoreng ayam
bahan perapan ayam
5 spice powder rempah itik (boleh order online)
lumurkan pada perut ayam . 
teknik menggoreng ayam - masukkan minyak yang penuh ke dalam periuk,biarkan minyak panas sehingga berasap. kemudian perlahan kan api, masukkan ayam goreng dengan api perlahan selama 20 minit. sambil kacau kacau ayam supaya masak sekata. selepas 20 minit kuatkan api, goreng lagi selama 10 minit, jangan lebih. sambil kacau kacau ayam itu. bila ayam dah masak terus angkat dan toskan minyak. boleh lah dipotong untuk dihidangkan.

barang hiasan seperti biasa timun, tomato dan salad, pandai pandai la hangpa nak hias nooooo


No comments:

Post a Comment

Ada beza tak