salam semua dan selamat datang, hobi menjahit dan memasak boleh menjanakan pendapatan. Senaman aerobik untuk jantung yang sihat. semua masakan dalam blog ni adalah masakan kaknab untuk family
17 October 2023
tanam sayur semula hydroponic
suami maknab tanam semula sayur setelah tinggal beberapa bulan. tanam kangkung, pokok daun selom, pokok daun kesum dan pokok pudina.
Pokok maman pasir
Ni pokok maman pasir, maknab ambil gambar kat google ja
Saja simpan lain kali boleh tau kalau jumpa pokok ni.
16 October 2023
02 October 2023
Mugen breadmaker
26 September 2023
pau gebu
hari ni maknab buat kuih pau. elok jadinya. gebu sampai petang.
bahan A
1 cawan air suam)
2 camca besar gula)
1 camca besar yeast segera )
campur kan bahan yang di atas kacau hingga gula larut.
biar kan selama 15 minit tunggu hingga ianya berbuih. menunjukkan yeast active.
bahan B
3 cawan tepung pau (boleh ja guna tepung biasa)
1 camca besar baking powder) ayak tepung bersama baking powder
1 camca besar susu pekat
2 camca besar shortening atau lemak sayur.
1 camca besar minyak
1/4 sudu kecil ovelette
campurkan susu pekat, shortening dengan tepung yang sudah diayak. kacau kacau. kemudian tuangkan yeast yang sudah berbuih. adunkan sebati semua bahan. uli lembut sehingga menjadi dough yang elok. akhir sekali tuang minyak dan uli hingga tepung sekata dan sebati. perap selama 30 minit. selepas 30 minit adunan akan naik kemudian tumbuk lembut buangkan angin.
bentukkan bulat dan bubuh inti. rehatkan dulu selama 10-15 minit agak2 pau naik. barulah dkukus selama 15 minit.
Boleh tengok you tube maknab
👇👇
https://youtu.be/HUZGHNaizhE?si=np9BCC_AuXlU2aV5
10 September 2023
Subscribe to:
Posts (Atom)
-
Ni gambar dari miss google. Oven pensonic AE-350N Oven yang kaknab beli tahun 2013. Dah 6 tahun umur dia. Tulisan kat oven pun dah tak nampa...
-
hari ini masak gulai ikan tongsan, tadi p jusco tengok cantik sangat ikan ni, kaknab pun ambik lah 5 ketul, murahnya tak sampai pun rm4. Ni ...







