sudah 18 hari kaknab menggunakan mary kay skincare. kaknab menggunakan Timewise products iaitu 3-1 cleanser, anti aging moisturiser, day lotion, night lotion. kulit kaknab jenis berminyak so kaknab gunakan combination/oily. 3-1 cleanser merangkumi, mencuci, exfoliate (proses sel kulit yang mati) dan menyegarkan. moisturiser pula mengandungi spf 15 dan day lotion mengandungi 25 spf, jadi kalau kaknab keluar siang waktu panas pun kulit dilindungi oleh spf. night lotion pula kaknab gunakan waktu malam, dimana kaknab sedang tidur , lotion ini menolong memproses sel2 mati, mengurangkan garis garis halus dan menegangkan kulit yang kendur sebab ketuaan.
sebelum menggunakan mary kay skincare
selepas 18 hari menggunakan mary kay skincare
di samping itu kaknab juga menggunakan timewise eyecream untuk mengurangkan dark circle dan garis2 halus di bawah mata. kulit kaknab yang dah berumur akan kering walaupun asalnya kulit jenis berminyak, ia akan kering dan kusam apabila berusia, jadi sebagai supplement kaknab gunakan oil free hydration cream, ia membuat muka kaknab lembut dan glow glow gitu,.
ini lah yang kaknab guna.
gambar di atas tanpa make up langsung, ia adalah muka kaknab yang asli. hehehehe. bukan apa nak proof betapa bagusnya mary kay.
Untuk bibir yang sentiasa segar, kaknab gunakan mary kay lip mask dan lip balm. lip mask dan lip balm kaknab mula pakai 16/11/10. perhatikan tarikh di tudung tube itu, kaknab letak tarikh supaya kaknab tahu berapa lama satu tube tahan. lagi pun lip mask dan lip balm kita gunakan seminggu 2 kali cukup. Oang selalu kata mary kay mahal, mahal sedikit sebab ia berkualiti tetapi jika kita menghitung semula harganya dan berapa lama kita guna, congak pi congak mai, xlah mahal sangat. apa salahnya buang sedikit wang untuk memanjakan dan membelai wajah kita yang meningkat usia.
lip mask dan lip balm
salam semua dan selamat datang, hobi menjahit dan memasak boleh menjanakan pendapatan. Senaman aerobik untuk jantung yang sihat. semua masakan dalam blog ni adalah masakan kaknab untuk family
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
-
hari ini masak gulai ikan tongsan, tadi p jusco tengok cantik sangat ikan ni, kaknab pun ambik lah 5 ketul, murahnya tak sampai pun rm4. Ni ...
-
Ni gambar dari miss google. Oven pensonic AE-350N Oven yang kaknab beli tahun 2013. Dah 6 tahun umur dia. Tulisan kat oven pun dah tak nampa...
-
Assakamualaikum semua, dah pergi pasar ke? Masak lauk apa hari ni. Kaknab dah p market, beli ikan baji, 3 ekor 2 kilo rege rm15/- dah ada...
No comments:
Post a Comment