15 November 2010

MARY KAY OH MARY KAY

stay beauty and make money.

kaknab sudah berumur 54 tahun. tapi masih mahu kelihatan anggun wpun tidak cantik. Dari dulu kaknab sentiasa teruja untuk mempunyai kulit muka yang cantik, halus mulus, gebu, tetapi malang, atas fakta keturunan kaknab mewarisi bapa kaknab dimana muka akan tumbuh jerawat batu yang besar2 sejak remaja lagi. Memang sedih dan pedih, dahlah tumbuh besar2, yang satu belum pecah lagi yang lain akan muncul pula. tangan yang gatal akan picit, getu, apa2 saja lah untuk melihat jerawat batu itu pecah. kesudahannya berlubang2 lah pipi, hidung, dagu dan dahi bekas parut jerawat. muka berkerutu bagai kulit buah nona. parut2 ini kekal memang tidak akan hilang buat selamanya. sedih huhuhuhu. dulu mana kita mampu beli ubat jerawat, yang kaknab ingat beli clearasil, itu pun bila dah habis satu tube, nak beli yang lain fikir dua kali dik tidak mampu. apa bila sudah berumur, selalu pula tengok website tentang kulit dan produk yang baik untuk muka, terimbas mary kay, tengok pada harganya, memang agak mahal, wpun tidak semahal SK11. Lalu kaknab mencuba nasib, buang lah sedikit wang, untuk kelihantan berseri sikit, cantik tu jauh sekali lah, kalau dah 54 tahun faham faham je lah. apabila dihitung panjang harganya dan jangka masa yang kita guna untuk menghabis kan satu tube product yang kita beli tidak lah mahal sangat, ia tahan agak lama juga wpun digunakan hari2. kaknab beli dan guna mary kay bukan untuk kelihatan cantik tetapi untuk kelihatan berseri, ceria dan tidak kusam. muka kita juga manja perlukan belaian, mary kay lah jawabnya.

No comments:

Post a Comment

buat live di tik tok