08 July 2012

jogging jangan tak jogging

Kaknab baru balik berjoging pagi ni keliling berek polis. Kaknab membuat persediaan untuk ke tanah suci tahun ini, Di sana memang kena banyak berjalan. kaknab mula keluar rumah pagi ni 6.15 am, pusing 7 round  tamat pada pukul 7.15 am. ini bermakna kaknab mengambil masa sejam untuk 7 keliling berek. Tapi kata orang yang sudah p ke Mekah, pusing kaabah tak sampai sejam kecuali kita bertawaf di tingkat atas. Ini bermakna keliling berek lebih besar dari keliling kaabah. Kaknab memakai kasut jogging yang baru beli, memang sedap dan selesa kasut ni. Ini lah kasut jogging kaknab yang paling mahal sekali. Apa salahnya buang sedikit wang untuk kasut yang selesa dan sedap dipakai kerana berjalan jauh. Kaknab akan catitkan berapa kali boleh pakai dan tahan berapa lama, kaknab anggarkan sehari 50 sen untuk kasut ini. kalau sebulan 15 ringgit, kerana kaknab hari2 jogging tanpa miss, senang lah kira kan. kalau 10 bulan 150 ringgit kalau 2 tahun pakai RM360., kira berbaloi lah wpun kasut ni mahal, memang kata orang alah membeli menang memakai, tiap2 satu yang mahal ada kelebihannya. Harga kasut ini  RM244 setelah discount 20%. Kalau boleh tahan 2 tahun tak rugi lah beli kan.

ni pakai untuk jogging sahaja
Yang lagi sepasang kolor cokelat, kasut driver bas kata suami kaknab, tak kisah lah driver bas pun driver bas lah. harganya RM120 setelah 50% discount. kasut ini kaknab guna naik basikal, naik motor dan jalan2 p jusco ke, shopping ke. Memang selesa juga. kaknab akan bawa ke mekah kedua kasut ini kerana di sana banyak berjalan. Biar lah tak cantik dengan kasut sport, orang tengok memang macam janggal kan orang tua macam kaknab 56 tahun pakai kasut begitu, janji selesa dan senang berjalan.

ni pakai untuk jalan2 atau naik moto dan basikal
Kaknab kena jaga betul2 bila ke sana, kerana kata orang kasut selalu hilang kalau letak di mesjidil haram, jadi kena sentiasa boh dalam beg dan letak disisi masa sembahyang.

Ni antara kasut2 jogging kaknab yang masih elok lagi, selalu kaknab pakai p memancing, sebab lama sikit, kena ayaq pun tak pa lah, kasut kasut ni masih elok dan masih boleh dipakai lagi.

kasut ni rm49 saja, size 3 pula, la ni nak cari size 3 pun payah





yang ni pula rm59 size 4, kasut hiking, p memancing memang sesuai sebab boleh naik batu tak licin

No comments:

Post a Comment

buat live di tik tok