Salam semua, lama betul kaknab tak masuk dan post apa2 ke blog ni, sibuk tu taklah sangat, tapi dengan aktiviti memancing, menjahit baju sendiri, memasak, dll selain dari itu, kalau ada peluang meluangkan masa dengan membaca buku rukun haji, maklumlah nak kesana hujung tahun ni, menambahkan ilmu supaya dapat haji mabrur. kelmarin Ahad 30/6/12 dan 1/7/12, 2 hari banyak info2 yang berguna untuk kita Jemaah Haji. Terima kasih pada Tabung Haji yang begitu prihatin dan berusaha bersungguh2 memberi tunjuk ajar dan kursus yang detail kepada kami.
Sepatutnya quota kaknab ialah 2044 tapi kerana menjadi pengiring ibu kaknab, maka kaknab pun dapat p awal juga, Alhamdulillah. Ibu kaknab dah 82, baru saja daftar january 2012, tapi terus terpilih pada tahun ini kerana priority diberi kepada warga emas. W/pun mak kaknab agak lambat sikit nak dapat semua rukun dan wajib haji, dia tak pernah lekang dengan buku jawi kuningnya itu, bahkan lebih rajin dari kaknab, kaknab pergi kursus sudah boleh faham semua rukun dan haji, jadi kaknab lah jadi tutor dia pula hehehe.
Semasa pergi kurus Intensif tu ada juga 3-4 orang yang sebaya mak kaknab, ada yang masih kuat dan sihat, ada yang agak uzur, tapi semangat tu kental untuk ke tanah suci. Semoga kesihatan ibu kaknab dan makcik2 yang sebaya mak kaknab tu baik dan boleh mengerjakan haji dengan sempurna. Amin.
salam semua dan selamat datang, hobi menjahit dan memasak boleh menjanakan pendapatan. Senaman aerobik untuk jantung yang sihat. semua masakan dalam blog ni adalah masakan kaknab untuk family
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
-
hari ini masak gulai ikan tongsan, tadi p jusco tengok cantik sangat ikan ni, kaknab pun ambik lah 5 ketul, murahnya tak sampai pun rm4. Ni ...
-
Ni gambar dari miss google. Oven pensonic AE-350N Oven yang kaknab beli tahun 2013. Dah 6 tahun umur dia. Tulisan kat oven pun dah tak nampa...
-
Assakamualaikum semua, dah pergi pasar ke? Masak lauk apa hari ni. Kaknab dah p market, beli ikan baji, 3 ekor 2 kilo rege rm15/- dah ada...
No comments:
Post a Comment