12 July 2015

Kueh loyang kaknab

Hari ni buat lagi kueh loyang. Semalam 1 kilo. Tapi dah tinggal sikit je. Anak bongsuku makan separuh dah. Dia memang suka kueh ni, bagi anak sulung 1 balang. Dia pun suka. Acuan tembaga yang senang lekang, dia yang belikan.

Kali ini xikut resepi mak aku, aku buat.resepi aku sendiri, nyata lebih sedap, lebih rangup. Cheh eksyen lah sikit. Jom kita tengok resepi kkanab pula. Yang ada kat.blog ni sebelumnya ialah resepi mak basah iaitu ibuku.

Kueh loyang kaknab
_____________________

1 kg tepung beras
1/2 cawan tepung ubi kayu
1 1/2 cawan gula
200 gm santan campur dengan air jadikan 4 1/2 cawan
5 biji telor

Bancuhkan semua bahan di atas hingga sebati dan tidak berketul. Bancuhan macam buat kueh ketayap. Panaskan minyak celupkan loyang dalam kuali biar betul panas. Celup loyang panas itu dlm tepung dan goreng hingga kuning.




No comments:

Post a Comment

buat live di tik tok