19 December 2018

percubaan pertama buat roti guna mugen bread maker

jom kaknab cerita buat roti dengan mugen bread maker. betapa senangnya buat roti dengan menggunakan bread maker. resepi pun depa bagi, dalam buku menu. setelah ikut arahan dalam menu, jadi la roti cuma tak berapa garing, kaknab guna medium, jadi roti masak tak berapa garing, kita sudah tahu, lain kali bakar guna 'dark' supaya lebih garing. 

mugen bread maker

proses fermentation atau perap yg terakhir
         sebelum bake

45 minit untuk membakar

tak berapa garing kan. ini medium
lain kali guna dark supaya lebih gelap dan garing

±+±++±±+++++++++++++++++++++++

Hari kedua kaknab buat dodol pula. kerana nk try saja kaknab buat setengah saja dari adunan yang menu bagi. Silap kaknab ikut masa yang dia bagi untuk adunan penuh, sedangkan kaknab buat setengah saja, sepatutnya time masak kaknab kena adjust separuh masa, jadi dodol yang kaknab buat overcooked, terlebih masa, jadi garing sikit.

Kalau ikut masa separuh 40 minit ja. kaknab masak sejam 15 minit. apa pun memang sedap dodol jadinya. lain kali dah tahu cara masa masak dodol, boleh buat lagi. memang mudah. gambar tak sempat ambil, talipon battery kong, minta nyawa.

Lepas tu terlupa ambik gambaq sebab sibuk, dodol pun dah habis makan. separuh adunan kaknab timbang dodol yang siap masak beratnya 450 gm. 

No comments:

Post a Comment

buat live di tik tok