2-3 hari sudah ada kaknab masak asam pedas ikan pelata, tapi sebab sibuk sikit kaknab xsempat nak post. oleh kerana cabai kering rumah kaknab pedas gile, anak2 memang xtahan makan pedas, kalau kaknab lagi pedas lagi bagus, jadi kena lah ikut selera depa, so kaknab modified sikit,
bahan bahannya
15 biji kering kering* (* blender halus)
1 inci hali*
1 labu bawang besar*
2 ulas bawang putih*
1 inci kunyit hidup*
15 ulas bawang kecil (dimayang)
1 bungkus rempah kari ikan alagapas
minyak
garam
1 camteh halba
satu mangkuk kecil air asam jawa
daun kesom
1 batang serai diketuk
5 biji buah keras di tumbuk lumat
2 biji tomato
10 biji kacang bendi atau terung panjang (kaknab xbubuh sebab xade)
air secukupnya
garam
caracaranya
panaskan minyak, tumis bawang kecil yang di mayang, biar ia garing dan kekuningan, kemudian masukkan bahan yang dimesin halus tadi, buah keras dan serbuk kari ikan, biar ia masak sampai wangi dan betul betul garing tapi jangan hangit, kemudian masukkan air asam jawa, bila dah cfm betul2 garing baru masukkan air, daun kesom, serai, garam. masak sampai kuahnya mendidih baru masukkan kacang bendi, biar selama 5 minit baru masukkan ikan dan halba, halba, biar ikan masak dan bendi empuk dan kuah pun pecah minyak rasa dulu masam masin barulah tutup api.
salam semua dan selamat datang, hobi menjahit dan memasak boleh menjanakan pendapatan. Senaman aerobik untuk jantung yang sihat. semua masakan dalam blog ni adalah masakan kaknab untuk family
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
-
hari ini masak gulai ikan tongsan, tadi p jusco tengok cantik sangat ikan ni, kaknab pun ambik lah 5 ketul, murahnya tak sampai pun rm4. Ni ...
-
Ni gambar dari miss google. Oven pensonic AE-350N Oven yang kaknab beli tahun 2013. Dah 6 tahun umur dia. Tulisan kat oven pun dah tak nampa...
-
Assakamualaikum semua, dah pergi pasar ke? Masak lauk apa hari ni. Kaknab dah p market, beli ikan baji, 3 ekor 2 kilo rege rm15/- dah ada...
sedapnya asam pedas...lapau la plak...dpt mkn ngan nasi pans2 sedap ni..
ReplyDeletememang sedap, simpan esok pula cecah dengan cucur udang, atau cucur bilis amboi sedap.
ReplyDelete