sekali sekala ubah selera lah pula, dok makan nasi saja jemu lah juga. so kaknab buat chicken chop. sebenarnya kaknab pun xpernah buat, try lah, ambik resepi dalam internet lah. anak anak kata okay lah. pi jusco beli ayam yang xdak tulang, senang.
*untuk di perap*
6 peha ayam (buang tulang)
3 ulas bawang putih
2 cm halia (dicincang - tapi kaknab tumbuk je bawang putih dengan halia)
1 camca teh serbuk lada hitam
2 cambesar sos cili
2 cambesar sos tomato (kaknab xade sos tomato so kaknab guna tomato 1 biji tomato dan blender hingga hancur)
2 cambesar lea and perins
2 cambesar kicap manis
2 cambesar kicap masin
2 cambesar sos tiram
2 cambesar madu
garam secukup rasa
*untuk black pepper sos*
1/2 botol sos lada hitam
3 cambesar sos tiram
1 biji bawang besar (dicincang)
4-5 cendawan butan (dicincang)
garam /gula secukup rasa
1 cambesar air limau
cara caranya
selepas diperap, dengan menggunakan nonstick kuali, gorenglah ayam itu dengan menggunakan sedikit minyak, tutup kuali, goreng hingga masak jangan terlalu garing, nanti hilang kemanisannya.
lebihan bahan perapan tadi, campurkan dengan sos black pepper, dan masak selama 5-10 minit. kalau pekat sangat campurkan sedikit air.semasa menghidang tuang sos ke atas ayam dan bahan bahan lain yang anda suka. sekian terima kasih
susahnyeeeeee
ReplyDelete